Roommate Dalam Selimut II

Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sebab siarkan confession Rambutan sebelum ni.

Untuk pengetahuan semua, masa aku tengah mandi, aku terdengar ada yang tengah bersembang pasal confession aku sebelum ini iaitu Roommate dalam Selimut. Dorang taktaw Rambutan ada dalam bilik air ni haa. Satu-satunya Rambutan yang reti mandi.

Aku ada terbaca komen dekat fb yang cakap cerita ni tergantung. Ye memang takda ending lagi sbb aku si Rambutan ni tengah melalui lagi ‘cerita’ Roommate dalam Selimut ni. Maria ada kat bilik tu..ada nak kirim salam ? Hehee

Sekarang kami di sem 4. Dan masih lagi buat-buat tak tahu bahawa kami sebenarnya sudah tahu tembelang beliau. Ada yang suruh aku berdepan je dengan Maria. Tak senang.

Kenapa tak senang? Aku dah bayangkan apa akan jadi kalau aku dgn Maria bergaduh. Kalau aku pindah bilik pon, aku still kena menghadap dia kat kelas. Dia boleh gunakan mulut manis dia kat orang lain untuk tunjukkan bahawa aku yang salah, dia yang betul. Dia ada ramai kawan, dia bijak, peramah, mulut manis memang dia dah buat banyak kawan dekat sini.

Aku tak kenal Maria sepenuhnya, aku taktaw apa mampu buat, masa aku ‘kawan baik’ dia ni pon dia sabotaj macam-macam, cuba kalau aku jadi musuh dia. Risau weh risau. Itu kalau dia guna cara kasar, kalau dia guna cara halus? Habislah Rambutan tak berambut lagi.

Maria ni kalau kau lepak dengan dia, kau boleh kembang dan rasa di awangan sebab dia akan puji kau sentiasa. Dia akan puji kau cantik, baik dia suka cara kau bla bla blaa.. Aku antara orang yang selalu sgt terkembang bila kena puji dengan dia ni sebab bab kena puji ni jarang sangat berlaku dalam hidup aku sobsob.

Aku pon fikir, macammana aku nak berdepan dgn dia, aku ni jenis manusia yang tak boleh berdebat, sebab bila bergaduh aku selalu kalah sebab aku selalu lupa point-point untuk aku attack orang. Kadang bila org attack aku dengan soalan aku boleh duk nganga fikir nak jawab apa. Pastu dah kalah malu nangis peluk bantal, sejam kemudian baru dapat jawapan, masa tu dah terlambat dah, nasik dah basi.

Okay kalau aku bawak backup yakni roommate aku Ana dan Lisa. Sekali Maria bawak backup satu kelas, aku bertiga, dia bertiga puluh. Dibuatnya tengah perang mulut tetiba Ana ngan Lisa AFK, Ana krik krik Lisa pulak pegi layan live Sajat, kan naya DEFEAT terus. Lepastu nak pegi kelas kena pakai plastik kat kepala sebab malu sangat.

Okay lupakan pasal tu sekejap, aku nak cerita pasal dress rm200 tu. Hmm.. Dress tu hmm.. Kau orang tahu tak kain Lycra yang selalu orang buat telekung warna warni tu (betulkan kalau rambutan salah). Kain yang kalau kau pakai, segala liku kau semua nampak. Kalau telekung ye besar labuh, tapi dress yg fit tu, kalau kau ada jerawat belakang badan pon boleh nampak timbul. Aku ni dahla berlemak manis kena pulak pakai baju berlapis-lapis . Selalunya aku nampak macam potato tapi malam tu nampak mcm mash potato dah.

And guess what, baju Maria nice sangat dan dia siap make up dengan freelance MUA dekat sini. Dia tak ajak kitorang pon. Dia cakap dia nak jumpa kawan, balik bilik muka dia nice je make up. Aku Ana Lisa dah berapi dah stress dgn dress. Aku tanya mana dapat baju then dia jawab “baju kakak aku ni”. Bagi yg dah baca confess Rambutan sebelum ni je akan faham sobsob.

Baju tu pon, aku rasa membazir sangat sebab kau takkan nak pakai pegi kenduri kawin atau mana-mana event lagi lepasni. Dahla dress aku kaler Sand, kaler nude gitu, tudung pulak hijau pekat atas saranan Maria (bongokkan aku dengar cakap dia, dia ckp aku nampak nice) padahal aku rasa aku dah macam pokok bengkak berjalan.

Sekarang aku rasa macam nak ikut nasihat dari comment sebelum ni, aku tak payah berdepan dengan Maria, tak payah reveal Maria, just jaga diri aku sendiri dan privasi kan everything dari Maria.

Hmm..

Maria, aku nampak apa yang kau buat kat aku, Ana, Lisa, aku just nak tanya, banyak lagi ke yang kami still tak nampak? Atau, ramai lagi ke mangsa kau selain kami?

Tak dapat nak sambung panjang-panjang, Maria panggil pulak huhuuhuu.

– Rambutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit