Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab dah siarkan dua confession Rambutan sebelum ni. Segan pulak nak send yang ketiga ni huhuu. Terima kasih jugak yang sudi baca sudi komen. Rambutan baca tau komen kakak kakak, adik-adik, abang-abang sekalian.(mungkinlah tak semua huhu).
Okay, mula-mula aku nak cerita apa yang jadi pada pagi Sabtu yang indah yakni sehari sebelum confession ketiga ini ditaip. Pada Sabtu pagi itu, burung pon berkicauan, hari cuti semua ada dalam bilik. Maria tidur lagi.
Aku nampak baju berlonggok dalam bakul tak basuh lagi, aku bawak laa baju tu ke mesin basuh yang kena bayar rm3 tu. Aku bawak phone sekali sebab nak bertapa dekat situ nak tulis confession ketiga.
Masa sampai dekat bilik mesin basuh tu. Kedua-dua mesin penuh baju. Satu mesin tu tinggal 10 minit, takpa boleh tunggu. Aku pon menaip la confession Roommate dalam Selimut yg ketiga. Banyak jugak bah sudah aku taip.
Mesin berbunyi tanda dah siap, aku keluarkan baju siapa tah tu aku letak dalam bakul tepi tu. Tengah aku masukkan baju aku, Maria tepuk aku dari belakang. Memang TERKEJUT sangat.!! Terkejut yang luar biasa ni huhuu.. Kering darah aku, aku rasa jantung aku dah gugur ke usus ni.
“Pinjam phone kau jap Butan”. Aku dah cuak, dahla aku tengah berkarya tentang hikayat hidup kau dalam phone tu, meninggal aku kalau kantoi ni. Aku pon buat-buat tanya dia sambil tangan aku memainkan peranan. “Alaa phone aku dekat bilik laa”, padahal dah selamat dalam mesin basuh. Dia cakap okay jap lagi baru dia nak pinjam. Kedengaran macam dah selamat kan. Tapi belum lagi.. Dia boleh pulak ajak aku sembang-sembang dekat situ. “Asal kau tak start mesin lagi, duit dah letak belum?” . Aku rasa macam nak menangis. Aku pon sumbat duit sedikit demi sedikit, perlahan-lahan. Menangis hati ini, ku juga bersimpati…
“Maria ke tu? Weh Maria aku nak tanya ni blaa blaa blaa…”. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, jiran aku muncul, waktu Maria leka layan jiran, aku cepat-cepat carik phone aku, aku sangkut dekat seluar aku bla tinggalkan Maria dengan jiran. Masuk bilik terus guling-guling atas katil sambil cium-cium phone aku. Terima kasih ya Allah ..huhuu. Aku delete balik confession yang aku dh type separuh. Aku teruskan hidup macam biasa. Pagi ni sementara tunggu dewan makan bukak, aku taip confession RDS III ini.
Okay confession kali ketiga ni takda apa-apa sangat pon. Tapi siapa yang tak baca part 1 dan part 2 mungkin akan tak faham apa aku cuba sampaikan.
Kat sini aku cuma nak jawab persoalan yang bermain di minda readers. Soalan yang ditanya di komen.
..
Confess dekat sini untuk?
Okay selalu kalau kita ada masalah kita cerita dekat siapa? Kawan baik..okay tak logiklaa kalau aku nak cerita dekat Maria. Kawan lain? Aku taknak aibkan Maria sebab kawan-kawan aku dekat sini (adalaa dalam beberapa ketul) semua kawan dengan Maria jugak. Family? Aku taknak dorang risau. Mak aku kalau tahu benda ni jadi kat aku, aku rasa mak aku jumpa Maria, mak aku sekeh-sekeh kepala diaa.
“Kau janganlaa pedajal anak makcik Maria oii, anak makcik tu tak berapa nak bijak, jangan le kamu pijak-pijak diaa.”
Mungkin itulaa mak aku ckp kt Maria kalau mak aku tahu. Jadi sebab tulaa aku confess kat sini je.
..
Tak rasa aibkan Maria ke?
Aku cerita dekat sini, takda siapa pon pergi serang Maria tu, takda siapa pon baling pasu ke baling chipsmore kat Maria tu. Nama Maria pon bukannya Maria. Nama aku pon bukannya Nur Rambutan. Takda siapa pon tahu Maria yang sebenar tu siapa. Dan tak terjejas pon reputasi Maria. Aku tulis kat sini, aku nak pandangan netizen dan mungkin boleh dijadikan pengajaran.
..
Maria tak baca ke?
Aku tak tulis secara membuta tuli. Aku dah betul-betul yakin bahawa memang Maria tak baca . Aku sekarang dah acah-acah Detective Conan. Aku siasat dulu, kalau rasa selamat aku teruskan. Sebelum aku decide nak tulis confession dekat sini. Aku dah fikir masak-masak. Kalau lah Maria terbaca jugak. Biarlah. Aku tunggu jelaa apa akan jadi lepastu aku datang balik confess kat ini. Kalau aku tak datang balik confess dekat sini… Tolong balas dendam kat Maria untuk aku..kk gurau jee huhuu
Tapi Lisa baca
Hari Jumaat, masa dalam kelas, Madam pon tak masuk lagi, Lisa ajak aku pergi toilet. Sewaktu nak ke toilet, perbualan ini pon terjadi.
Lisa: Butan, kau ada apa-apa nak bagitahu aku ke?
Aku: Ha ada, aku pinjam gunting kau semalam. Aku dah letak balik dah.
Lisa: Bukan tu..something lain, sesuatu yang merunsingkan kau ke..kau boleh jujur je kat aku.
Aku: Hmm..aku dah lama nak cakap dengan kau. Kalau kau nak kentut lagi lepas ni, jgn dekat bilik, pergi keluar, kepam kau tahu.
Lisa: Huhhh..okay senang citer camni. Aku ada baca confession dekat fb. Bila aku baca tang dress tu, aku terus teringat kita. Kita ke tu?
*Lisa dengan Ana hanya tahu pasal Maria mengumpat kitorang, putar belit cerita. Pasal sabotaj assignment, nota fake semua tu dorang tak tahu. Jadi Lisa macam tengah terkebil-kebil lagi nak hadam semua tu.
..
Maria ada boyfriend?
Maria takda boyfriend. Tapi Maria ada ramai kawan lelaki. By the way, Rambutan pon single jugak (sambil angkat kening)..
..
Kenapa Rambutan ni dengar je cakap Maria?
Okay aku nak explain yang ni tapi aku risau korang tak faham. Okay macam ni, antara Leader dengan Follower, aku more kepada Follower, aku jenis ikut je cakap orang. Aku dari kecik memang macamtu tapi takda la sampai penculik ajak naik van aku ikut. Aku tak reti sangat gaduh. Aku iye kan je semua. Lepastu kalau ada benda aku terpaksa sangat reject, aku akan explain panjang-panjang, minta maaf banyak kali supaya orang tak kecik hati.
Maria lebih dominant. Tapi secara lembut, secara sweet. Okay contoh pasal nak beli dress pokok tu. Bukan aku sorang tw, Lisa ngn Ana pon ada. Dia boleh yakin kan kitorang bertiga beli dress tu. Nak cakap aku lemah, Lisa dengan Ana tu? Lemah jugak kot ..berhuhuhu lah kita..
..
Dress tu?
Dah selamat disedekahkan pada insan yang lebih kurus. (Anak buah darjah 4). Aku kecewa bila teringat dress ni. Sebab masa tu aku kena pakai korset sebab kalau aku tak pakai, aku nampak macam ibu mengandung. Faham tak kalau dh pakai korset tu apa maksud diaa..hmm..tabah Ram tabah.. Maksudnya tak boleh makan banyak…masa aku bayar duit untuk dinner tu (eh aku tak sebut event tu dinner ye sebelum ni?).. Dahlaa bayar duit dinner, duit dress, dapat makan dua tiga suap lepastu aku nampak buruk pulak tu..aku tak boleh move on lagi ni.
Rambutan cau dulu..komen laa apa-apa ye, nanti Ram baca. Maaf kalau Rambutan typo atau ayat berselirat. Yelaa taip sambil pandang kiri kanan huhu.
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit