Assalamualaikum. Terima kasih Admin dan readers sekalian. Saya Maria, disini saya nak bagitahu yang saya dah ikat Rambutan jual kat pasar dua seringgit.
Cuba bergurau pulak Butan ni huhu. Maria ada kat katil tu ha.. Dia tanya Butan buat ape. Butan jawab tengah exercise jari, Butan buat muka garang supaya dia tak tanya lebih-lebih.
Okay,
Kenapa Maria nak pinjam phone Butan?
Sebab dia nak pinjam instagram aku. Sebab aku hot dekat instagram (sambil angkat kening) okay tipu je. Sebenarnya aku ada instagram yang aku guna hanya untuk beli barang online. Dp pon pakai gambar siput je. Siput khinzir pulak tu huhu.
Dari semestar 2 lagi Maria dah guna account Instagram aku untuk follow dan stalk Argus dan kekasih Argus. Sebelum aku tukar password, dia tak pinjam phone aku sebab aku rasa dia bukak sendiri dekat phone dia.
Siapa Argus? Mari kita flashback..
..
Semester 2
Okay aku nak ingatkan balik, semester 1 dan 2 ialah semester dimana Maria ibarat buk peri (pari-pari) dalam cerita dongeng yang selalu ada apabila kau dalam kesusahan.
Argus (bukan nama sebenar), ialah bekas kekasih Maria. Mereka disahkan putus cinta di semester 2. Pada waktu ini Maria meroyan teruk menangis-nangis mengadu dekat satu kelas. Maria memang dah burukkan Argus ni kaw kaw dekat kitorang. Satu kelas start benci Argus kecuali Lisa, dia cakap Argus kacak. Tapi betul, Argus kacak oo yeah.
Budak kelas aku pulak ada dua tiga ketul bawang. Bawang-bawang ni pergi cyber buli Argus dengan kekasih Argus. Aku sebagai kawan baik Maria tak kacau Argus pon sebab Butan dah cakap kan Butan tak reti gaduh.
Tapi Maria minta tolong. Iaitu dia nak gunakan acc Instagram aku untuk stalk Argus dan kekasih Argus. Masa tu aku tak kisah pon nak tolong, kawan baik kan.
Sekarang ni aku kesian dekat Argus sebenarnya, sebab sampai sekarang Maria tak ‘lepaskan’ Argus. Dia hantui hidup Argus. Argus kalau Argus terbaca confession ni, Butan nak mintak Argus supaya hati-hati dengan Maria. Dia tengah rancang sesuatu (muzik seram).
..
Alang-alang dah flashback Semester 2, kita teruskan flashback Semester 3-4 ye.
Semester 3.
Macam yang pernah aku cerita sebelum ni, semester 3 inilah aku dah tak pandang dia macam pari-pari, aku pandang macam ikan pari, berbisa. Aku buat asam pedas taw laa.
Kenapa sampai sekarang aku berlakon aku tak tahu kejahatan Maria? Sebab aku taknak end up macam Argus. Sebab Maria akan play victim sampai ke sudah. Jadi aku play safe je. Lisa dgn Ana pulak duk playground je.
Semester 3-4
Semester seram. Kenapa seram? Pertama yela sebab aku dah tahu perangai tersembunyi Maria. Tapi apa yang aku cerita dekat RDS pertama itu hanyalah perangai Maria yang aku discover secara tak sengaja.
Aku siasat Maria. Tolong jangan bayang cerita CSI ke Gerak Khas ke. Aku detektif takde bajet. Berbekalkan muka seposen, pau kari ayam, sel-sel otak yang makin berhubung dan doa .
Cakap pasal doa, ye aku mmg akan selitkan Maria dalam doa aku, doa Maria berubah supaya boleh kawan macam dulu-dulu tanpa aku rasa takut,
Tapi apa yang jadi ialah, aku makin discover beberapa lagi perangai Maria.
Apa lagi aku discover?
Selamat Bercurious.
..
Yang ni memang seram, dia punya seram suppp naik ke atas. Aku kena menghadap Maria almost 24/7. Aku dengan Maria jarang balik kampung atas faktor jauh. Tapi Lisa dgn Ana, asal petang Jumaat je lesap.
Lagi satu, Ana dengan Lisa ada repeat class. So, ada class yang kitorang tak sama-sama. Inilah faktor kenapa Ana dengan Lisa tak perasan sisi gelap Maria.
Kenapa aku kata seram berdua dengan Maria?
Ibarat kau dah tahu kawan kau tu hantu, tapi kau terpaksa berpura-pura tak tahu.
Lagipon aku suka berimaginasi. Antara imaginasi aku..
Tatkala malam menjelma, waktu berdua je dengan Maria, lampu dah tutup nak tido..Tiba-tiba Maria datang dekat katil aku, dia bisik “Maria dah baca semua confession Butan. Hihihi…”
Over ke imaginasi aku? Lagi satu..
-Bilik air kosong, aku sorang je tengah mandi, lepastu tiba-tiba dengar suara Maria panggil “Buuuutaaaaan ooh Buuuutaaann.”
Dan secara jujur, harini Maria makin seram sejak dia tahu Argus…..
..
Sesi membalas komen readers.
Butan baca hampir kesemua komen dekat confession lepas-lepas. Alhamdulillah banyak yang positif, ada jugak terselit yang negatif tapi Butan tak nak ambik kisah sebab Butan dah ada Maria di sisi, bagi Butan, siapa sangatlah yang lebih seram dari Maria di saat dan ketika ini.
Lisa dah tahu?
Ye dia dah tahu. Dialog yg tergantung di RSD III bukan tergantung sebenarnya tapi takda dialog sebab Butan diam masa Lisa tanya tu. Diam kan tanda setuju huhuhu.
Maria lawa ke?
Menurut kajian Butan, setelah menemubual Lisa dan disahkan oleh Ana, keputusan menyatakan bahawa Ram lebih comel dari Maria. Butan taknak riak, habis sini je okay. Tapi Maria pandai bergaya, bab tu Butan kalah la.
Nazrul
Okay Nazrul ni ada confess dekat komen RDS III. Mula-mula Butan ingat gurauan, sekali penyokong beliau ramai betul. Terima kasih dekat Nazrul, Ram terharu gak sebenarnya huhuhu. Tapi tulaa, muka Butan tak mcm Mira Filzah huhuhuu.. Ada jugak dekat confession sebelum ni reader suruh Butan add dorang. Butan memang tak add sesiapa, komen atau like dekat confession RDS memang takda. Bukan Butan berlagak tapi Butan tengah jaga identiti. Harap semua faham.
Maria tak baca? Macammana Butan yakin dia tak baca? Apa lagi perangai Maria yang Butan baru discover?
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit