Roommate Dalam Selimut IX

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin. Nama aku Rambutan. Ini merupakan sambungan cerita aku yang ke 9.

Memang lambat sangat aku sambung yang kali ni sebab busy.

Kalau ada yang ingat, Alhamdulillah. Kalau yang tak ingat dan tak pernah baca confessions sebelum ni, Butan tulis sinopsis sikit.

Cerita pasal Butan (aku), Lisa, Ana dan Maria yang duduk sebilik. Tapi dalam diam Maria merupakan musuh dalam selimut. Bila Maria dah pindah bilik lain pon, dia tetap ada dalam selimut aku.
Uya merupakan roommate baru aku menggantikan Maria.

..

Peristiwa 1.

Aku sambung cerita dari confession lepas, dimana aku pergi buat assignment dengan Ana, Lisa dan aku bawak Uya sekali masa tu.

Keesokkan hari nya..

Masa dekat kelas, kena duduk dalam group. Aku berbeza group dengan Maria. Aku terpandang Maria, Maria tengah pandang aku. Aku angkat tangan kat dia, dia still pandang aku. Aku senyum buat thumbs up. Maria still pandang aku, aku tunjuk jari peace kat dia. Aku pandang depan. Aku tengok jari, nak tunjuk jari apa lagi ni. Seram la dia asyik pandang.

Dekat luar kelas, Maria soal siasat kenapa aku tak ajak dia pergi sekali. Sebaldi alasan aku bagi dekat dia dengan penuh confident, sebab aku dah buat homework awal-awal lagi. Salah satu alasan aku ialah aku “tak tahu bilik dia dekat mana”. Alasan tersebut memakan diri aku apabila Maria menjemput aku bermalam dekat bilik beliau minggu depan.

..

Malam tu, aku duduk dalam bilik dengan Ana dan Uya. Tiba-tiba ada jiran tetangga datang bagitahu Lisa panggil aku dekat bilik air. Pukul 12 malam dia mandi ye tuan puan. Aku pon menapak la ke bilik air.

Lisa minta pinjam tuala, aku bagilah tuala sparepart. Dekat bilik, Lisa cerita tadi dia bawa tuala sangkut dekat pintu. Bila dia toleh dekat pintu, tuala dah takda. Dia cuba tengok ikut bawah pintu kot ada jatuh. Tapi takda.

Bilik air tu memang berhantu, aku dah pernah kena. Jadi kitorang memang syak hantu je masa tu.

..

Hari yang ditunggu dah tiba. Berbekalkan doa dan semangat dari Ana, Lisa dan Uya. Aku gagahkan. Petang tu, aku ke bilik Maria.

Bilik dia kecik, duduk bertiga. Maria katil single. Lagi dua orang tu ada duduk dekat meja study. Senyap sunyi macam dewan peperiksaan. Berbeza dengan bilik aku, bilik aku macam cerita Didi and Friends.

Bilik dia agak suram dan bersepah. Bayangkan la cadar roommate dia warna hitam. Lantai dia agak berpasir sikit, terasa macam pijak dekat Mesir.

Lepas maghrib, roommates dia keluar berdua. Tinggal aku dengan Maria. Tak lama lepas tu, Maria nak keluar, dia cakap ada hal. Aku duduk bilik tu, niat hati murni nak tolong kemaskan. Siap sapu sampah, aku tolong susun kotak-kotak bawah katil Maria. Tengah nak susun, aku terbuka satu kotak kasut.

Dalam tu, aku yakin dan pasti sekali itu ialah tuala kelabu asap Lisa. Tuala Lisa tu kelabu dia lain dari yang lain sebab asalnya tuala dia warna ungu. Dia clorox jadi kelabu dan dah berlaku proses pereputan dekat tuala tu. Aku betul-betul yakin.

Aku sepahkan balik kotak-kotak tu. Dan malam tu, sekali lagi aku tidur sekatil, sebantal dan seselimut dengan Maria. Huhuu

Aku cerita dekat Ana dan Lisa. Jadi kitorang simpulkan, waktu Lisa tengah mandi, Maria tarik tuala dari luar. Tapi kitorang tak ambil tindakan sebab kitorang pengecut.

Peristiwa 2.

Dalam 2 minggu kemudian, dekat kelas Madam bagi assignment, satu team hanya ada dua orang. Aku team dengan Ana, Lisa team dengan Maria. Lisa balas jasa aku bagi tuala free kat dia kot. Sanggup dia berkorban team dengan Maria.

Assigment tu memerlukan melawat ke tempat yang kitorang pilih. Lisa dengan Maria dah decide nak pergi mana, aku dengan Ana pulak ada idea lain. Kitorang ada kawan bernama Nana yang dah pernah pergi melawat dan kumpul maklumat dari satu tempat yang memang sesuai dengan assignment kitorang. Kitorang ingat nak ambil maklumat dari dia dan terus buat assignment.

Jalan mudah yang aku nak ambil tu ternyata tak mudah. Ana terlepas cakap dekat Maria dengan Lisa pasal idea genius tapi tak berkat tu. Bukan terlepas cakap pon sebenarnya. Dia siap cerita dari A sampai Y. Masa nak sampai Z tu aku pon tiba. Aku cuak jugak bila terkantoi nak buat benda tak baik ni. Tapi Maria dengan Lisa nampak tenang je. Lisa aku tahu memang penenang orangnya, yang Maria tu aku risau.

2-3 hari kemudian, Maria ajak tidur dekat bilik dia. Tapi aku cakap aku tak sihat. Aku sihat je siap makan megi dua bungkus bubuh sosej. Cara masak, sumbat je semua dalam heater.

Malam tu aku pergi bilik Nana, nak ambil maklumat nak buat assignment tu. Blok Nana jauh dari blok aku. Dah borak-borak, Nana buka cerita pasal bilik kosong. Selang 4 bilik dari bilik dia.

Dia cerita, bilik tu kosong sebab pernah ada student bunuh diri. Lepastu dia siap cerita pasal lembaga la apa laa. Aku suruh dia berhenti tapi lagi dia jegil-jegilkan mata dia. Dia pegang tangan aku tak bagi aku lari lepastu cerita berbisik dekat telinga aku. Aku nak je tumbuk tapi kenangkan assignment.

Dekat blok tu ada dua tangga, satu yang aku lalu tadi, satu lagi yang dekat bilik berhantu tu. Seram memang seram. Aku nak balik cepat, tengah nak balik, aku nampak Maria tengah naik tangga yang aku lalu tadi. Waktu tu tegak bulu roma aku, ni memang ultimate seram ni.

Aku terus lari ikut tangga lagi satu. Aku tak kisah pasal lembaga dah masa tu, kalau dia muncul jugak depan aku, aku tolak tepi. Aku lari sepantas kelajuan cahaya, hantu-hantu semua tak sempat nak sergah aku.

Sampai bilik tercungap-cungap aku. Terus betul-betul demam sebab seram sangat.

Jadi kesimpulan dia, jalan tak berkat tu Maria dah ambil, jadi aku buat assignment dengan penuh keberkatan dengan Ana.

Peristiwa 3.

Peristiwa kali ni takda kena mengena dengan aku. Aku cuma saksi sahaja. Kisah bermula masa aku tengah berbuka dengan Ana, Lisa, Maria dekat dewan makan. Maria makan jenis save the best for last. Dia suka makan nasik dulu baru makan lauk, dia ratah lauk tu masa last.

Waktu tu kitorang makan nasik lauk ayam goreng, ayam goreng tepung yang rangup tu. Maria simpan kulit ayam yang rangup tu untuk last. Tiba-tiba, datang jiran, bertegur sapa.

“Kau tak makan kulit ayam eh, takut gemuk la tu, meh sini.” Dengan rakusnya jiran ambil kulit ayam Maria dan kunyah dengan penuh ASMR.

Aku tengok Lisa dengan Ana dah telan air liur dah. Aku yang minum laici kang mampu telan kang je masa tu. Tapi Maria nampak tenang.

Keesokan harinya, waktu nak ke kelas, aku nampak jiran tengah garu-garu kepala depan bilik. Kasut dia hilang. Selalu kalau barang hilang, dorang fitnah hantu tau. Tapi bulan puasa ni. Entah la, aku tak nak fitnah Maria. Tapi aku rasa memang Maria.

Balik dari kelas, aku dengan Maria pergi keluar kejap cari barang. Ana dengan Lisa balik bilik. Waktu aku tengah makan dengan Maria. Lisa whatsapp.

“Kitorang nampak sepasang kasut dalam tong sampah dekat-dekat bilik Maria.”

Ana dengan Lisa curious sangatlah tu. Tu pergi siasat tu. Kesimpulannya kitorang tak tahu tu kasut siapa, kalau tu betul kasut jiran ha padan muka dia, siapa suruh makan kulit ayam Maria.

Peristiwa 4.

Pada dua hari sebelum birthday Maria, Maria buat ayat sedih dekat aku, yelaa final sem. Aku terus cair, aku rasa Maria mungkin nak berubah masa tu. Aku rasa macam happy ending.

Kitorang rancang nak sambut birthday Maria. Ana dengan Lisa takda balik kampung. Aku dengan Maria dah janji nak jumpa bawah blok malam birthday dia tu.

Aku rasa Maria betul dah berubah, aku excited nak jumpa dia malam tu. Aku pergi beli kek coklat Resepi Rahsia kegemaran dia, aku belikan tudung untuk hadiah dia.

Malam tu, aku pon duduk tempat biasa, tempat kitorang janji. Blok tak ramai orang, ramai student balik kampung. Tiba-tiba hujan turun. Aku call Maria nak bagitahu aku nak tukar location atas sebab hujan.

“Ha Butan nape, aku dalam bas ni otw balik kampung.”

Aku letak kek dengan hadiah tu elok-elok kt kerusi, phone aku matikan dulu sebab petir. Hujan lebat, petir sambung menyambung, aku tadah tangan ke langit. “YA ALLAH, YA TUHANKU..ENGKAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA…..”. Tiba-tiba blackout.

Korang bayangkanlah sendiri macam mana aku balik bilik. Dah panjang sangat dah cerita ni.

..

Rambutan dah habis belajar.

Terima kasih semua yang dah luang masa baca cerita ni dan bagi nasihat. Yang kecam pon terima kasih. Butan banyak belajar dari komen semua orang dan terima kasih admin.

Siapa duduk Selangor jom setable, aku nak cerita pasal mak aku kalahkan aku dekat Mobile Legends.

– Rambutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *