Roommate Dalam Selimut Memang Wujud

Terima kasih kepada cerita roomate dalam selimut yang telah aku baca. Ya sememangnya maria (roomate rambutan) wujud di kalangan kita semua sebab aku pun pernah mengalami benda yang sama. First time aku jumpa roomate aku ni muka baik, innocent, cakap lembut lahai pijak semut pun tak mati la kiranya. Ramai orang cakap yang dia ni baik termasukla aku dan aku rasa sejuk ja hati aku berkawan dengan dia. Aku namakan dia A. 1st aku masuk belajar aku terserempak dengan A dan dia banyak tolong aku sebab aku baru lagi. Boleh katakan hubungan aku dengan A sangat rapat sampaikan boleh pergi jalan sekali, tidur sekatil sekali, belajar sekali, tengok cerita sekali pokoknya semua benda kami buat sekali sampaikan dengan roomate aku yang lain memang aku tak rapatla. Roomate aku ada 8orang termasuk aku dan semua adalah senior aku. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bila aku dah kawan lama dengan A aku rasa macam aku ni dipandang serong oleh staf-staf IPT dan ada something tak kena rupanya si A ni dah cakap macam-macam pasal aku kat staf-staf tempat aku belajar sampaikan pernah ada staf tanya aku kenapa perangai aku macam sekian2 sangat sampai buat kat si A macam tu. Astaufirullah mengucap aku bila aku dapat tahu si A ni cakap buruk pasal aku. Ceritanya macam ni aku pernah bergurau dengan si A, A ni pernah buat air kat aku pastu aku cakap kat dia ‘eh kau letak racun ey dalam kopi ni, aku xnak minum ah nanti mati tak sempat bertaubat’ tapi aku minum je sebab aku bergurau dengan dia dah nama pun kawan, rupanya dia seorang yang anggap gurau tu adalah serius. Dia pergi cakap kat staf yang aku ni tuduh dia jahat sampai nak letak racun dalam minuman orang dan banyak lagi kes yang kalau aku cerita pun 3hari 3mlm pun tak habis. Haha bodohnya lahai baru 1st time aku jumpa orang macamni. Lepas pada kes tu aku dah memang tak cakap dengan dia la wey sebab kalau aku tahu perangai dia macam tu memang aku tak ingin nak kawan dengan dia dan yang paling best salah sorang roomate aku yang 6orang tu aku namakan D cakap kat aku perangai dia memang macam tu suka mengadu domba, mengata orang kat belakang, dan yang aku rasa 100% betul tu adalah dia seorang yang cepat buruk sangka sebabnya benda-benda yang dia mengadu kat staf tu semua benda yang aku rasa tak logik akal,macam gaduh-gaduh budak sekolah rendah tak pun tahap budak tadika. Sumpah aku cakap kalau la perangai buruk sangka tu ada dalam diri kita memang kita takkan boleh survive dalam dunia pekerjaan nanti. Macam-macamla aku dengar tentang perangai dia yang sebenar dan aku cakap dekat D kenapa tak cerita hal sebenar dengan aku dan jawapan D ialah dia ingat A tu dah berubah sebab dia tengok aku dengan A ok sangat. Yang tahu perangai A adalah D dan sorang lagi roomate aku, so yang 4orang lagi tak tahu tapi sejak kes aku dengan A memang diorang dah berhati-hati dengan A. A ni pulak aku tak tahu la dia memang bodoh ke tak da perasaan ke aku memang tak tahu sebab dulu time aku baik dengan dia, dia selalu cerita rahsia itu rahsia ini dan dia cakap dia cerita kat aku sahaja tapi rupanya dia cakap benda yang sama dekat roomate2 aku yang lain so semua orang tahu rahsia dia tapi kami bukanlah jenis dia yang suka cakap benda tu benda ni kat orang senang cerita aku dengan roomate2 aku yang lain bukan jenis mengumpat belakang orang. Tapi sejak aku terkena dengan A aku discuss dengan roomate yang lain dan ayat A ialah ‘aku cerita kat kau ja jangan bagitau sesape’ dan dia akan mengumpat sesape je yang dia dah terburuk sangka tu termasukla aku. A ni walaupun satu bilik dah boikot dia memang dah tak cakap dengan dia tapi selambe je dia datang cakap dengan kitorang seolah olah dia takda buat salah apa. Ok mungkin dia takda perasaan. Dengan aku memang si A dah tak berani cakap sebab lepas aku dapat tahu yang dia mengata aku belakang tu aku terus sound dia, aku cakap kalau tak suka, tak puas hati boleh cakap sendiri dengan aku, jangan libat orang lain. Sebenarnya aku tak rasa rugi pun aku dapat tahu A ni perangai macam ni sebabnya dulu aku kawan dengan A ja sebab A duk burukkan roomate aku yang 6orang tu. A cakap hati-hati dengan 6orang tu sebab diorang liar dan suka cakap lepas. Ya memang aku percaya cakap A sebab A baik gila wey dan aku memang tahu roomate aku yang 6orang tu jenis berkepit dengan laki, ada pakwe pastu suka cakap lepas tapi takda la teruk pun takat macam aku juga suka bergurau. Lepas pada kes tu aku semakin rapat dengat roomate aku yang 6orang tu dan alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi dengan roomate yang 6orang tu. Ada hikmahnya bila seorang kawan yang aku anggap macam family aku buat aku macam tu, masih ada lagi 6orang roomate yang ada tenangkan hati aku. Cumanya aku masih berhati-hati sebab aku dah mengalami benda yang bodoh macamtu so aku jadi trauma nak berkawan rapat dengan orang lain. Cukupla sekadar kawan kalau boleh rahsia apa pun tak perlula nak cerita dekat orang. Maafla kalau cerita aku panjang tapi point aku sebenarnya roomate dalam selimut tu memang wujud kat sekeliling kita tanpa kita sedar cuma perangai ja lain-lain sikit so berhati-hati dalam berkawan. Aku dah tertipu dengan muka baik dan innocent dia tu dan aku percaya masih ramai yang tertipu dengan muka baik dan ala-ala innocent dia tu. Sesiapa kat sini yang rasa perangai dia macam A ni silalah berubah. Tak kemana pun kalau asyik buruk sangka kat orang je, orang bergurau boleh ambil benda tu jadi serius dan mengadu benda tak logik kat orang lain.kau kena fikir kesan dia kalau kau terus dengan perangai macamtu. Yes aku faham setengah orang tak boleh dibawa bergurau tapi tak perlu kut nak cakap benda-benda tu dekat orang lain dengan harapan orang lain akan nampak kau macam malaikat sebab kau innocent dan akan backup kau. just face to face cakap terus terang dengan orang tu sendiri. Sebab jenis aku kalau kau cakap kau tak suka memang aku tak marah tapi aku akan 100% elak kau selamanya dalam hidup aku.

– Jane

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit