Roommate Dalam Selimut VI

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin, terima kasih semua.

Ingat lagi tak Butan ni? Sebenarnya RDS sebelum ini ialah yang final, tapi ramai nak tahu apa yang jadi pada Argus. Jadi Butan nak bagitahu supaya semua tahu yang Argus selamat. Lagipun dengar cerita kalau Butan sambung ni dapat air gedegang. Tolong sediakan duit siap-siap kita jumpa dekat mesin gedegang.

Butan ada direct whatsapp Argus. Butan taknak guna media sosial yang lain sebab risau Maria boleh access. Macam mana Butan dapat nombor Argus? Panjang cerita dia, ibarat macam Awang Serama bagitahu Usin Kapor tadi, dia kata yang Mael Gandum bagitahu Mah Jepun yang Usop Kambing kata Lan Cicak yang bagi nombor Argus dekat Butan.

Butan singkatkan apa yang Argus cerita kat Butan.

..

Argus:

Ha betul Maria ada jumpa aku, dia merayu menangis-nangis supaya kami berbaik semula. Aku dah nak kawin Butan, minggu depan. Oleh kerana kau baik Butan, aku nak jemput kau, tema hijau ye Butan.

Aku bukan apa Butan, Maria tu Queen Control, aku rimas dengan cara dia. Semua acc media sosial aku dia take over, kalau ada friends aku yang lawa sikit terus dia unfriend, terus unfollow, walaupon yang dia unfriend, unfollow tu jiran dan sanak saudara aku serta selebriti tanah air.

Ye dia kuat cemburu Butan oi. Cemburu tanda sayang kan? Tapi pernah dia pergi cemburu dengan Marian Rivera pelakon Pilipina tu. Lepas tu dia siap tanya antara dia dengan Marian siapa lagi cantik. Aku cakap la dia lagi cantik, dia cakap aku tak jujur. Aku cakap Marian lagi cantik, tak lama lepas tu dia update “lelaki semua sama”. Lepas block aku dua hari dia warning aku jangan tengok cerita Temptation of Wife lagi.

Lagi satu kan Butan, Maria ni tiap minggu audit aku punya duit. Dia siap tulis baki aku minggu ni berapa dengan minggu-minggu seterusnya. Kalau aku beli barang dia suruh aku simpan resit dia nak check. Spot check mengejut takyah cakap la. Sebelum jumpa dia, aku pastikan diri aku ‘bersih’ dulu.

Aku ni takda curang pon Butan. Kalau ada kawan perempuan pon kawan biasa-biasa. Kawan lelaki ramai la. Oleh kerana Maria ni jenis 24 jam nak tahu apa aku buat, aku jawab la aku dengan kawan aku si Bruno, Zilong dan pelbagai lagi. Pastu dia tanya, kenapa hari-hari melepak dengan mereka, kunyit ke. Mungkin dia nak aku melepak dengan tenggiling gamaknya.

Sebenarnya aku dengan tunang aku Rafaela ni memang bercinta dari sekolah lagi. Dalam diam rupanya Maria suka aku, mungkin kerana aku kacak, hebat dan digemari ramai. Maria jadi batu api masa tu lagakan aku dengan Rafaela. Aku kecewa dengan Rafaela lantas aku terima Maria yang mengorat aku masa tu. Begitulah cerita nya Butan.
..

Aku : Jadi kau tinggalkan Maria sebab perangai dia macam tu?

Argus: Mana ada, dia yang tinggalkan aku. Dia marah aku taknak sambung belajar. Mula-mula dia nak gertak aku je rasanya. Tapi lepas seminggu dua putus tu, aku rasa seronok rasa bebas. Maria ada cari aku balik. Tapi aku pulak yang taknak.

*Aku dah warning Argus pasal fake account wechat dan gambar yang Lisa tengok tu. Orang tanya gambar xxx tu gambar apa, photoshop atau gambar asli. Photoshop atau asli tu kami tak tahu la sebab Lisa je yang tengok dan dia tak sempat tengok secara teliti. Tapi gambar tulaa..gambar ehem ehem. Kalau terangkan admin tak lepas pulak confession ni.

..

Selepas seminggu, Argus pon dah jadi suami orang, beliau call aku.

Argus: Assalamualaikum Butan, kenapa tak datang, tapi elok jugak sebenarnya kau tak datang sebab Maria datang. Dia bawak hadiah pulak tu. Nasib aku dah plan dengan adik aku awal-awal, kalau Maria datang tolong perhatikan. Nasib dia tak naik pelamin lepastu duduk tengah-tengah huhu. Hadiah tu adik aku dah asingkan siap-siap. Ada gambar tu Butan, aku dah bakar dah. Terima kasih sangat. Aku tak tahu nak balas macam mana.

The End.

..

The end pasal Argus je tu. Pasal aku belum lagi. Kitorang ada group whatsapp, group LAMB, group roommates berempat. Pada suatu hari di group LAMB..

Maria: Hi korang, babe aku nak bagitahu yang aku dah apply bilik sama lagi untuk kita berempat semester depan. Hehee

Butan: Oow wow..

Lisa: Bila kau apply Maria?

Ana: Ha bila pulak kau apply?

Maria: Ada haritu, saja taknak bagitahu korang, saja nak surprise. Aku tahu korang terlupa jadi aku tolong buatkan.

Butan: Menjadi la surprise kau Maria, aku terkejut ni..huhuu

Lisa: Tulaa, terima kasih la sebab kitorang pon terlupa.

Maria: Takda hal laa, see you next sem. Muah!

Maka aku pon berjalan di parit depan rumah aku, aku termenung, aku baling batu dalam parit sambil aku nyanyi ~mengapa ini semua harus berlaku..apakah ini semua kerna diriku…

Sampai situ jelaa aku mampu update.
Cuma kat bawah ni aku nak tambah sikit lagi kisah aku dan Maria semasa exam haritu. Mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Cerita dia macam ni, pada lebih kurang pukul 2 pagi, aku tengah tidur nyenyak. Tapi tidur aku diganggu dengan bunyi perempuan menangis. Bilik gelap masa tu lampu dah tutup. Aku suluh katil sebelah guna phone punya torchlight, tapi Maria dengan Lisa takda dekat katil. Aku cuba suluh locker dengan meja dan teka apa aku nampak. Aku nampak SAKA tengah mencangkung antara meja dengan locker tu, tengah-tengah tu, tengah menangis!

Aku takda masa nak jerit, aku terus lari. Jantung aku dah dupdapdupdap laju-laju. Yang paling bijak, aku lari ke tandas. Ye tandas yang penuh syaiton tu. Sebab dia bercahaya, aku ingat selamat dekat situ. Rupa-rupanya saka tu kejar aku ke tandas. Aku dah kunci pintu, tapi saka tu dok panggil-panggil nama aku Butan…butan..

Seminit dua lepas tu aku rasa macam saka tu dah pergi, sebab senyap semacam. Aku pon bukak pintu, dan saka tu betul-betul depan aku! Aku sempat tengok muka dia. Saka Merah, muka merah, mata merah, badan merah. Aku nak jerit tapi lepas tu aku rasa macam kenal pulak saka ni…

Lisa, ye saka tu adalah Lisa. Rupanya Lisa tadi tengah makan ramen samyang yang pedas tu. Dia taknak bukak lampu sebab taknak kacau orang tidur. Dia makan dekat ceruk-ceruk celah meja tu sebab apa aku taktau. Dia tak tahan pedas sebab tu menangis-nangis sampai satu muka merah dan kebetulan dia pakai baju merah. Dan suara dia pon bertukar sebab terlampau pedas.

Lepas Lisa dah terangkan, kitorang pon nak balik bilik. Tapi lepastu kitorang dengar bunyi perempuan menangis. Okay lupa nak cakap yang waktu ni blok agak sunyi sebab ramai dah balik cuti sem. Aku dengan Lisa beranikan diri. Kitorang dapati bunyi tu dekat tangga.

Dari jauh kitorang nampak Maria tengah menangis dekat tangga tu. Tepi tangga tu pulak ada pokok besar. Pemandangan masa tu memang scary sebab Maria pakai baju putih. Tengah syok tengok tiba-tiba Maria gelak, ketawa. Aku dengan si saka tu apa lagi terus memecut laju ke bilik. Lisa naik tangga katil, aku pon ikut naik tangga katil Lisa sebab ketakutan aku tidur dengan Lisa.

Bangun je tidur pagi tu, tak sempat turun katil, Maria dengan Ana pandang serong aku dengan Lisa. “Korang berdua ni….?” Ah sudah takda masa aku nak serai-serai dengan Lisa.

..

Kisah kedua adalah pasal minyak angin. Untuk pengetahuan, aku memang tak pakai minyak angin sebab kulit aku sensitif cepat pijor. Jadi aku memang tak tahu sangat pasal minyak angin.

Pada pagi exam haritu, macam biasa berkumpul dekat luar dewan dulu. Maria ajak aku pergi tandas. Maria tanya kenapa aku senyap je sebab selalu nya aku ni bising jugak laa. Aku cakap aku pening kepala. Maria offer kat aku minyak angin roll on yang wangi tu, aku tak pernah guna sebelum ni. Dia cakap minyak ni tak panas, tak pijor, wangi je.

Tanpa sempat membantah, Maria terus roll kan dekat leher aku, dia cakap biasa orang letak kat situ. Dia roll macam tengah cat rumah kau tahu, banyak betul sampai rasa basah-basah.

Masuk dewan, mula-mula okay, lepas tu rasa panas-panas sikit, lepas tu aku rasa pijor nak mampuih. Rasa nak je terguling-guling kat lantai tu menggelupor. Serius rasa macam pacat kena garam. Tapi aku tahan, aku macam nak menangis. Aku dah macam The Sacred Riana dah leher aku (yang tak tahu boleh tengok dekat youtube). Masa tu rasa geram dia Tuhan je tahu. Aku perati je Maria tu, rasa macam nak kamekamehaa beliau sampai hangus.

..

Banyak kan siri Rds ni. Maaf jika ada yang rimas, insya Allah ini adalah yang terakhir. Butan nak cakap yang sebenarnya Butan tak suka makan Rambutan, macam takda kena mengena kan. Ok takpa. Okay cuma Butan nak bagitahu satu fakta. Dalam ramai-ramai yang komen dekat rds sebelum-sebelum ni. Ada terselit adik kandung Butan sorang. Dia tak tahu pon kakak dia yang menulis ni.

– Rambutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit