Assalamualaikum, terima kasih admin.
Rindunya dekat iiumc ni, walaupon aku study tempat lain, kat sini jugak aku nak luah. Nama aku Rambutan, aku ada hantar 6 confession sebelum ni. Yang ni sambungan yang ke 7.
Aku rasa orang pon dah lupa aku cerita pasal apa sebelum ni. Aku cerita pasal roommate aku, Maria yang merupakan musuh dalam selimut. Dia khianat aku, Ana dan Lisa yang merupakan roommates dia.
Sekarang Maria dah tak jadi roommate kami tapi aku takkan tukar tajuk sebab nanti aku serabut.
…
Okay kita mulakan cerita dengan bilik, bilik untuk aku menginap di semester terakhir ini. Syukur Alhamdulillah, aku dapat sebilik dengan Ana dan Lisa. Maria? Aku pon tak tau kenapa Maria boleh tercampak ke blok lain, tapi takda la jauh pon, sebelah blok je.
Dengar macam berita baik kan? Tidak tidak, sangkaan aku meleset sampai melecet. Aku akan sambung nanti, sekarang aku nak cerita pasal bilik baru aku.
Masa aku masuk bilik baru, dah ada penghuni dalam tu, roommate baru aku namakan beliau Uya. Uya ni baru part 2, semester kedua, dia muda setahun dari aku.
Jadi position dalam bilik tu, Uya dan aku katil bawah, katil atas aku Ana dan katil atas Uya, Lisa. Sama je macam sem lepas cuma Uya ada diposisi Maria.
Mari perkenalkan Uya. Setakat yang aku kenal, Uya seorang yang manis, muka tak lekang dengan senyuman, gigi putih bersinar-sinar, baik, lembut. Memang senang nak berkawan dengan dia, sekejap pon dah rapat.
Tapi Uya ada kelemahan jugak, aku bukan saja-saja nak cakap pasal kelemahan dia, tapi perlu untuk korang faham cerita ni. Uya sendiri mengaku yang dia kurang bijak, pointer rendah, dia susah faham walaupon dia dah cuba sedaya upaya. Dia cakap dia dipaksa oleh family untuk sambung belajar.
Lagi satu, Uya ni lurus bendul macam aku, tapi dia lebih extreme. Aku bukan nak burukkan Uya tapi aku cerita untuk korang faham perwatakan Uya macam mana. Kat sini aku nyatakan beberapa peristiwa dimana melalui peristiwa ini lah kitorang tahu yang Uya ni lurus.
Peristiwa 1
Suatu petang yang indah, Ana pergi ke bilik laundry nak basuh baju. Masa dia tunggu turn dalam 5 minit macam tu, dia duduk dekat koridor, termenung tengok awan. Tiba-tiba Uya datang, maka perbualan ini pon terjadi…
Uya: Akak buat apa tu?
Ana: Akak tengah tengok gerhana awan, apabila awan dan awan berada di paksi yang sama, maka terjadilah awan nano.
Lepas tu Ana terus settle kan baju dan terus masuk bilik. Tapi Uya masih dekat situ. Aku ternampak Uya, (lupa nak cakap bilik aku dengan bilik laundry satu aras yang sama). Aku tegur Uya.
Butan: Uya buat ape tu?
Uya: Akak, kalau gerhana awan bentuk dia macam mana ye?
Aku pon terus cari Ana, aku cubit-cubit dia. Ana mintak maaf. Ana ni agak pendiam tau tapi dia suka main-main. Dia normal sebenarnya tapi nakal.
Ada suatu hari tu, limau mandarin, aku, Lisa, Ana dapat sorang 2 bijik ada orang bagi. Jadi total 6 bijik. Lepastu Ana lukis bintang dekat limau tu dan dengan bangga nya dia cakap dia dah jumpa 6 bijik bola dragon ball. Sebijik je lagi dia perlu katanya nak seru naga.
..
Peristiwa 2
Cerita dia macam ni. Dekat dewan makan (DM) kitorang, ada satu tempat jual nasik berlauk yang dijual oleh seorang makcik tapi makcik ni ada seorang pekerja yang kacak. Dia memang kacak tapi takda la sampai kitorang jatuh cinta dekat beliau.
Satu petang, Lisa dengan Uya nak ke DM beli makanan. Aku dengan Ana pesan kat dorang je. Masa dorang tengah pakai selipar, aku pon bergurau dengan Lisa.
“Nanti kirim salam dekat abang kacak ye!” (Sambil angkat kening).
Aku cuma bergurau dan Lisa faham sebab kitorang memang selalu macam tu.
Korang mesti dapat agak apa yang jadi kan? Ye betul Uya betul-betul pergi kirim salam dekat abang kacak tu. Dia siap tunjuk gambar aku lagi.
Aku pandang Lisa. Lisa pon…
“Aku dah cuba halang Butan oii. Tapi masa tu tangan aku penuh kiri kanan, dekat mulut pulak ada donut. Aku dah cuba meronta-ronta tapi orang keliling ingat aku tercekik, maka datanglah mereka bagi aku minum air dan tepuk-tepuk belakang aku, daripada tak tercekik terus tercekik. Begitulah alibi aku Butan.”
Aku tak salahkan mereka, salah aku. Jangan risau, takda hubungan lebih lanjut pon dengan abang kacak tu.
Okay aku stop dulu sampai sini. Sebab aku nak cerita pasal Maria.
Maria ada ikut kitorang balik bilik, ada Uya masa tu, Maria terus duduk atas katil Uya.
Maria: Ouh inilah roommate baru korang eh..
Uya tersenyum angguk
Maria: Sepatutnya inilah katil aku. Kau course apa? Pointer berapa sem lepas?
Uya pon jawab soalan Maria.
Maria: Rendahnya tak kena dismiss ke?
Aku pandang Lisa, Lisa pandang Ana, Ana pandang aku. Dengan menggunakan kuasa telepathy, Ana dengan Lisa suruh aku buat sesuatu. Aku terus ajak Uya turun teman aku beli air gedegang, dalam perjalanan turun..
Butan: Uya, jangan terasa tau dengan apa kak Maria cakap.
Uya: Kita rasa nak quit la akak Butan..(menangis)
Butan: Uya jangan begitu Uyaa..
Aku terus bagi kata-kata semangat yang padu, motivasi yang padat, keazaman yang mantap dekat Uya, aku acah-acah Prof Madya masa tu. Aku memang suka bagi motivasi kat orang, tapi bila masalah tu kena kat batang hidung aku, motivasi aku semua jadi rotibasi.
…
Pada satu malam, Ana dengan Lisa keluar pergi print dekat cc dalam kampus. Aku dengan Maria balik bilik aku, aku suruh Maria tunggu sebab aku nak mandi. Uya takda masa tu, pergi ceramah.
Seorang Rambutan mandi dalam 30 minit camtu. Selesai mandi, aku tengok Maria takda dekat bilik. Lepastu Uya pon balik, tapi dengan makanan yang banyak, roti hotdog, burger, keropok lekor, kentang goreng dalam kuantiti 4-5 orang makan.
Butan: Ate banyak bebenor makanan ni Uya, kamu lapo ke?
Uya: Takda la, ni akak Maria mintak tolong belikan tadi.
Aku pon call Maria.
Maria: Haah aku suruh Uya belikan makanan untuk kita overnight malam ni, kau bayarkan dulu eh Butan, aku kat bilik ni nak mandi-mandi dulu.
Sejam kemudian dia whatsapp..
“Tak jadi la overnight malam ni, penat, sory”
Aku reply tapi dapat satu tick je, call pon tak angkat, bilik baru dia pon aku tak tahu mana satu.
Aku termenung di tepian katil. Aku kesian dekat Uya dah satu hal, kesian dekat dompet dah satu hal, diet aku kelaut dah satu hal.
..
Belum habis lagi, selalu Maria singgah je kan? Sekarang dah tak main singgah-singgah dah. Aku, Ana dan Lisa tak jemput pon Maria untuk bermalam dekat bilik tapi Maria yang buat keputusan sendiri.
Uya tengah makan dekat meja, Maria mintak izin Uya nak baring atas katil. Nampak macam nice kan? Tapi Maria tak bangun-bangun pon dari katil tu sampai 2 jam. Aku kesian dekat Uya sebab dia dah mengantuk, jadi aku suruh Maria baring atas katil aku.
Dalam pukul 1 a.m . Semua dah tidur, aku dengan takda katilnya baring dekat lantai kesejukan, takpa lah, lantai ni pon selesa jugak.
2 minit 30 saat kemudian..
Aku tolak Maria rapat-rapat ke dinding, aku pon baring sebelah dia, aku peluk bantal aku, aku tarik selimut. Aku nak tidur selesa-selesa, takda makna aku nak berkorban untuk kau!
Dulu dia katil sebelah aku, sekarang dia betul-betul sebelah aku, betul-betul dalam selimut aku.
.
Butan nak minta maaf dekat sini sebab dah mulakan cerita yang takda penghujungnya ni. Dan pasal Butan dan Nazrul tu, maaf semua, kami takda jodoh. Butan memang nak stop tulis, tapi ada yang cakap, tak baik buat kerja separuh jalan. So Butan akan tulis cerita ini sampai penamatnyaa walaupon kena kecam kena kutuk, walaupon takda siapa nak baca. Assalamualaikum.
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit