Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin.
Ini ialah RDS yang ke 8.
Hmm menyesal tulis tajuk guna nombor roman, kena google nak tengok bentuk nombor 8 macam mana.
Okay kita mulakan cerita..
SELASA
Pada selasa petang, hampir maghrib masa tu. Aku balik dari jumpa kawan. Aku nampak Uya depan pintu bilik tengah belek-belek kotak, siap letak kain dalam tu.
Sebelah Uya tu aku nampak Ruby, Ruby ni seekor kucing. Nama sebenar dia aku tak tahu, tapi aku memang panggil Ruby. Aku pon tegur Uya..
Butan: Uya buat apa tu?
Uya: Tengah nak siapkan tempat beranak kucing ni haa. Nampak macam dah sarat sangat tu nak beranak.
Butan: Uya, akak dah setahun tunggu dia beranak, lepas tu akak sedar yang dia cuma obesiti je.
“Tu kucing jantan la” kata Maria yang berkemban dari bilik air menuju ke bilik aku.
Aku speechless. Setahun aku tunggu Ruby bersalin. Jantan rupanya.
Dan…
APA MARIA BUAT KAT BILIK AKU?!! Aku masuk bilik, aku tengok Maria tengah sikat rambut, pakai baju tidur. Aku pandang Ana dengan Lisa, dari mata mereka, aku dapat baca yang mereka tak mampu buat apa-apa. Maria datang tanpa diundang.
RABU
Malam Rabu, Uya pergi buat assignment dengan classmate dia. Aku, Ana, Lisa pergi join aktiviti kolej. Maria tak call, tak whatsapp. Nampak sinar harapan Maria tak menumpang malam tu. Tak lama kemudian..
Lisa: Suspek dikesan! Suspek dikesan! Bukak whatsapp..
Dekat whatsapp ada 2 group roommates.
Group LAMB: Lisa, Ana, Maria, Butan
Group LABU: Lisa, Ana, Butan, Uya.
Tiba-tiba dekat group LABU, Uya invite Maria. Maka jadilah group LAMBU, nasib bukan lembu.
Ana: Kenapa Uya invite Maria?
Lisa: Ada satu kemungkinan je..
Butan: Uya tengah dengan Maria….kan?
Aku, Ana, Lisa bergegas balik bilik. Aku nampak Maria pegang phone Uya. Memang tak boleh dibagi Maria berdua dengan Uya, koyak mental Uya nanti. Mental aku ni pon teruk jugak koyak rabaknya, tapi aku gam balik.
Kes Uya ni berbeza dengan kitorang. Maria layan aku, Ana dan Lisa baik dan sweet tapi dia tikam belakang. Uya pulak dia tikam depan-depan takda cover apa, terang-terang nampak kejahatan dia kat Uya.
JUMAAT
Aku, Ana, Lisa ada assignment yang memerlukan lawatan ke company. Kebetulan company tu dekat dengan rumah Ana. Rancangannya, lepas lawatan company tu, terus ke rumah Ana dan besoknya pergi berjumpa dengan ‘kawan baik’ Maria.
Siapa ‘kawan baik’ Maria tu?
Aku namakan dia Miya, Miya ni kawan baik Maria masa sekolah dan sekampung dengan Maria. Mana aku dapat contact Miya? Ianya terlalu panjang untuk diceritakan. Lepas habis sekolah, Maria dan Miya tidak lagi menjadi kawan baik. Kenapa? Teruskan membaca..
Aku, Ana, Lisa dah sewa kereta awal-awal lagi, semua dirancang tanpa pengetahuan Maria. Tengahari lepas habis kelas, terus bertolak. Uya kitorang angkut sekali alang-alang dia pon takda kelas petang tu.
Aku, Ana, Lisa masing-masing ada lesen kereta tapi cuma aku dengan Lisa je yang boleh drive. Ana pulak gunakan lesen dia sebagai pembaris dekat kelas, sekurang-kurangnya berfungsi jugak lesen dia tu.
Lisa drive, singgah makan, singgah solat, pergi company, singgah solat lagi tuptup dah pukul 6:30. Giliran aku pulak drive nak ke rumah Ana. Ana cakap dalam sejam je rumah dia dengan company tu.
15 minit kemudian, Lisa suruh aku masuk jalan kampung..
Lisa: Simpang tu kau masuk kanan Butan, ni shortcut ni, aku pernah naik bas ke rumah Ana, ni lah jalannya.
Berhenti dekat traffic light masa tu. Aku nak tanya Ana, tapi boleh pulak dia tidur dekat belakang tu. Aku suruh Uya kejutkan, Uya pon pergi bisik kat telinga Ana “kak Ana bangun kak bangun.”
Butan: Bukan macam tu Uya, kena goncang-goncang baru dia bangun.
Lisa: Kau azankan je Uya. Tapi Butan, percayalah kat aku. Belok kanan.
Lampu dah hijau, aku pon ikut jela cakap Lisa sebab Lisa memang pernah ke rumah Ana pon.
Hampir pukul 7 masa tu. Jalan kampung, kecik je jalannya, kiri kanan hutan. Dekat sebelah kiri aku nampak macam ada sungai di sebalik pokok-pokok besar. Aku drive 50-60km/sejam. Takda kereta pon follow belakang, ada motor je itu pon tak banyak.
Azan maghrib dah berkumandang dekat radio. Hari dah gelap. Aku rasa menyesal ikut cadangan Lisa, tapi aku taknak gaduh dengan dia. Senyap sunyi, Uya dengan Ana sedap tidur, Lisa mulakan topik nak bercakap dengan aku.
Lisa: Dengar cerita Argus sakit ye Butan? Suspek sihir ye?
Tak sesuai Lisa nak sembang benda tu sekarang, tak sesuai, jadi aku pon tukar topik.
Butan: Takda lah, dia keracunan makanan je, makan meggi expired kot.
Lisa: Eh aku pernah la Butan makan meggi expired, elok je. Kau yelaa tak pernah rasa sebab bila kau beli meggi je, besoknya habis dah. Sekali buat meggi, 2-3 bungkus.
Butan: Aku buat 2-3 bungkus sebab ada yang menumpang makan.
Lisa: Aku nak rasa je, bukan banyak setakat 2-3 suap.
Butan: Kau sedar tak sesuap kau banyak mana? Kau gulung meggi tu dekat garfu sampai jadi sebesar penumbuk John Cena. Tu takpa lagi, yang aku bengang lepas kau kenyang kau cakap meggi aku masak tak sedap rasa kertas basah.
Tengah-tengah borak, aku nampak lampu kereta dari arah bertentangan. Kereta tu belok ke kiri, tapi bila aku sampai ke tempat dia belok tu, takda simpang atau jalan pon dekat situ. Aku dah cuak tapi aku teruskan perjalanan. Tiba-tiba…
Lisa: Butan kau gostan balik, aku rasa kereta tadi masuk parit laa.
Jam hampir pukul 8, tapi memang gelap dekat situ sebab takda lampu jalan. Aku kalau boleh memang taknak reverse tapi kalau betul kereta tu masuk parit macam mana.
Tengah aku reverse perlahan-lahan, Lisa pergi bukak tingkap seluas-luasnya sambil menjenguk keluar, nak gugur jantung aku bah dengan perangai Lisa ni. Angin dari luar pulak memang sejuk semacam.
Lisa: Takda apa laa Butan, Parit ni kecik, kereta tak muat masuk.
Uya: ASSALAMUALAIKUM YA AHLI KUBUR..
Aku terus pandang belakang, Uya senyum sambil pandang ke kanan. Aku tengok kanan, baru aku nampak terpacak-pacak batu nisan situ. Aku terus tekan minyak, aku tutup tingkap sampai tersepit-sepit si Lisa tu.
Terkumat kamit mulut aku baca ayat kursi dan segala surah yang aku hafal, doa makan, doa perjalanan, doa tidur segalanyaa aku baca.
Dalam 10 minit macam tu, aku nampak pekan. Nampak lah cahaya kat situ. Aku pandang Lisa, dah tidur rupanya. Aku berhenti dekat 7E. Aku bukak torchlight dekat phone, aku suluh cari sapu tangan aku. Aku suluh belakang, aku nampak lembaga mata merah..
Butan: Ya Allah Ana! aku tahu laa kau pendiam, tapi sekarang tak sesuai untuk diam. Menangis tak berlagu aku.~~
Mata Ana memang bulat sangat tahu tak, bila dia bangun tidur, mata dia penuh urat merah. Aku dah biasa tapi malam tu rasa luar biasa.
Ana: Rumah aku dah dekat dah Butan..
Ana pon tunjuk jalan, rupanya rumah Ana ni aku ada lalu tadi. Tapi aku memang tak perasan ada rumah sebab takda lampu satu, lagi satu rumahnya warna hijau. Hutan kiri kanan.
Ana: Aku yang suruh bapak aku cat rumah ni hijau. Sebagai penyamaran, supaya perompak dengan pencuri tak nampak rumah aku untuk dirompak.
Butan: Berkesan ke?
Ana: Berkesan jugak, setakat ni tak pernah kena rompak. Haiwan liar je banyak masuk macam ular, monyet ….
Ah sudahhh. Ana ni haiwan liar dia tak takut tahu tak, tapi dengan lipas dia takut. Tapi tulaa, lipas memang menakutkan.
Semua mandi, solat, makan lepas tu tidur. Bersyukur sangat dapat bantal, rasa letih, rasa nak demam, rasa nak meninggal semua ada.
SABTU
Lepas Zohor terus bertolak nak jumpa Miya, Miya belajar dekat IPT berhampiran rumah Ana. Sampai situ terus bawa Miya ke kedai makan.
Sebelum jumpa, Miya ada cerita dekat aku yang Argus sakit. Puncanya kitorang pon tak tahu sebab Rafaela cari Miya untuk cari Maria. Tapi rupanya Miya dah lama tak berhubung dengan Maria.
Masa nak mulakan cerita, aku suruh Ana bawa Uya pergi jalan-jalan tepi pantai cari mentarang ke tapak sulaiman ke sebab aku taknak Uya tahu cerita pasal Maria ni.
Dekat sini aku ringkaskan info yang Miya bagi tentang Maria.
Miya:
Begini ceritanya, aku kenal dia dari tingkatan satu, dia seorang pengawas, antara best student dekat sekolah. Masa tu aku fikir best kalau dapat kawan dengan best student ni. Lagi best kalau dapat jadi bestfriend.
Masa tingkatan empat, alangkah bestnya aku dapat sekelas dengan Maria, duduk sebelah-sebelah. Mula-mula seronok dan berbangga kawan dengan Maria, tapi semua itu sementara.
Semuanya bermula pada suatu hari, Maria kena tegur dengan Cikgu Vexana, puncanya sebab Maria tak amanah masa buat spotcheck, ada student yang Maria lepaskan. Maria minta maaf dekat cikgu tu dan cakap dia terlepas pandang.
Sebenarnya Maria terima rasuah dari budak-budak yang dia lepaskan tu. Ada yang dalam bentuk duit dan dari bentuk lain pon ada.
Seminggu kemudian, aku minta tolong Maria ajarkan subjek yang aku tak faham. Maria cakap “aku boleh tolong kau kalau kau tolong aku”.
Teka apa dia buat? Dia bawa pen sharpie pergi dekat tempat parking kereta cikgu Vexana, dia suruh aku coverline, dia buat-buat jalan sebelah kereta cikgu tu sambil dia buat garisan keliling kereta tu.
Aku cuak dan menggelabah waktu tu, tapi aku tengok Maria muka dia selamba badak je, macam takda perasaan. Bila dah selesai, aku nampak dia senyum sinis
Dia jugak pernah ajak aku pancitkan motor dan basikal budak-budak lain yang dia tak suka. Padahal depan budak-budak tu dia nice je.
Ada suatu hari, aku ada bergaduh dengan budak kelas sebelah namanya Karina, besoknya kecoh Karina kena tuduh mencuri kerja khusus Hilda, Hilda tu budak kelas aku. Saksi kejadian adalah Maria. Maria cakap Maria nampak Karina pergi ke kelas kitorang ambil sesuatu bawah meja Hilda.
Walaupon aku benci Karina tapi aku tahu Karina tak buat semua tu. Aku yakin tu kerja Maria sebab Maria pengawas, waktu perhimpunan Maria ditugaskan pantau kelas.
Maria mengaku dekat aku, dia buat untuk aku katanya, aku makin takut dengan Maria jadi lepas habis SPM aku terus letakkan jurang. Aku tukar nombor, aku buat-buat busy.
Itu jela selama aku jadi bestfriend dia selama 2 tahun. Apa yang aku cerita tu adalah kegiatan dia yang melibatkan aku. Yang dia buat secara lone ranger, aku tak tahu dan aku yakin memang banyak yang aku tak tahu.
..
Terima kasih semua yang bagi kata-kata semangat, Butan baca komen semua, ada beberapa tu Butan siap like lagi. Dekat sini Butan nak jawab soalan dekat komen.
Bukan ke sepatutnya sebilik dengan Maria?
Ye memang Maria ada apply untuk bilik berempat, tapi Butan, Ana, Lisa pon ada apply bilik untuk bertiga sahaja sebelum tu dan permohonan yang diterima ialah permohonan kitorang.
Kenapa tak jauhkan diri dari Maria? / Kenapa tak berenti kawan dengan Maria?
Macam ni tau, Maria tak tahu yang kami ni tahu perangai sebenar dia. Jadi kitorang buat macam biasa je dengan dia. Dan hanya kitorang bertiga je tahu perangai sebenar Maria. Yang baca confession ni pon tahu la perangai Maria, tapi korang tak kenal Maria hehee.
Kenapa tak tinggikan suara/marah Maria?
Memang Butan geram dengan dia, tapi bila berdepan dengan dia, jadi lembik tahu tak. Lagipun hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk bertahan dengan Maria. Jadi playsafe je.
Mutiara naga ketujuh dah jumpa ke?
Tak jumpa, Ana makan sorang-sorang 6 bijik tu sebab aku dengan Lisa dah tak selera tengok limau tu dilukisnya dengan pen marker. Besok paginya, Ana balik dari toilet, dia cakap dengan aku “panjang naga tadi”.
Air gedegang?
Sesiapa yang dah janji nak belanja Butan air gedegang tu. Korang pergi beli air gedegang tu dalam jumlah yang korang janji, lepastu minum bagi pihak Butan, kalau taknak minum bagi la sesiapa yang memerlukan. Sebab korang dah janji korang kena tepati tau hehee. Kalau tak jumpa mesin gedegang, belilaa dekat kedai berdekatan walaupon namanya bukan air gedegang.
Dan akhir sekali, susah ye kalau terlepas cakap dekat sini. Bijak pandai betul korang siasat ye Butan ni study dekat mana.
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit