Roommate Dalam Selimut X

-Untuk siri lengkap, “Roommate Dalam Selimut”,

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-ii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-iii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-iv/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-v/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-vi/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-vii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-viii/)

(https://iiumc.com/roommate-dalam-selimut-ix/)

 

-Untuk siri yang lain,

(https://iiumc.com/ayah-rambutan/).

(https://iiumc.com/cerita-seram-rambutan/).

(https://iiumc.com/mak-rambutan/).

(https://iiumc.com/mak-rambutan-ii/).

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan.

Aku kembali untuk menyambung cerita yang tiada penamatnya lagi iaitu Roommate dalam Selimut.

Bertahun cerita ni tergantung dimana Butan sangat busy sejak-sejak dah dewasa ni. Dalam tempoh PKP ni Butan akhirnya ada masa lapang.

Dari aku belajar sampai sekarang, aku masih berkawan baik dengan Ana, Lisa dan Maria. Ya masih teguh bersahabat. Cuma mungkin ada yang tertanya-tanya tentang Maria kan.

Fast forward tahun 2019,

Ada pergaduhan besar antara aku dengan Maria. Ianya tiada kena mengena dengan kisah sewaktu aku masih belajar.

Ada satu perkara yang Maria buat, yang betul-betul mencabar kesabaran aku. Kalau dia ada depan aku masa tu, aku dah kukuskan dia.

Pertama kali aku terasa sangat marah, emosi aku terganggu, jiwa aku terseksa, kebencian merasukiku.

Aku block Maria di media sosial. Aku tukar nombor. Aku ‘buang’ Maria dari hidup aku. Aku maafkan apa dia buat dekat aku selama ni tapi kali ini aku rasa dia dah melampau. Ni lah pertama kali aku betul-betul marah.

Perkara itu terjadi sewaktu aku dan Lisa merantau bekerja di bandar selama 4 bulan. Maria yang tolong kitorang dapatkan kerja tu. Kerja tu tiada masalah, tapi ada masalah besar yang timbul sepanjang aku kerja disitu. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.

Selepas sebulan pergaduhan aku dengan Maria, aku rasa nak hiburkan diri aku. Kebetulan birthday aku dah hampir jadi aku ajak Ana dan Lisa berjimba. Lisa dengan Ana ikut kan saja apa aku nak sebab mereka tahu yang aku tengah terluka dan merajuk.

Aku ajak mereka bercuti. Kitorang plan sampai jadi. Percutian 3 hari 2 malam ke Cameron itu sudah capai kata sepakat.

3 minggu kemudian,

Aku menunggu la Lisa dengan Ana ni jemput aku, excited la nak bercuti dengan kawan baik. Aku pakai lawa-lawa, baju baru, beg baru, kasut baru, mekap mekap.

Akhirnya Lisa dengan Ana sampai, tetapi! tetapi! Aku nampak lembaga mengekori mereka.

Nafas aku jadi kencang, jantung jadi laju. Apa benda kawan aku ni ya Allah!! Apa pasal la musuh aku dibawanya. Mereka bawa Maria sekali tuan puan. Ini tak seperti yang aku inginkan!

Aku cuba bertenang sebab aku tak nak mak ayah aku tahu apa-apa. Mula-mula aku fikir tak jadi nak pergi tapi malu pulak sebab dah bergaya sangat dah ni, homestay pon dah booking, jiran-jiran pon dah pesan jagung.

Aku buat keputusan pergi jugak walaupon ada Maria, aku pura-pura baik dengan Maria depan mak ayah.

Lisa dengan Ana bagi aku duduk belakang dengan Maria, memang aku amalkan jarak 1 meter la walaupon masa tu belum ada PKP lagi.

Aku pandang luar tingkap je, pasang headphone layan perasaan, masa tu aku kecewa betul dengan rakan-rakan aku ni. Aku senyapkan diri sehingga sampai ke destinasi.

Sampai sahaja dekat apartment yang kitorang booking tu, aku tengok ada 3 bilik, 1 master bedroom, 2 bilik sederhana besar dengan 2 katil setiap bilik.

Ana dengan Lisa masuk ke bilik dengan 2 katil tu, berkongsi. Dorang tak berbincang apa-apa pon dengan aku. Kemudian Maria masuk bilik lagi satu,

Maria: Butan, kau ambil la bilik master tu.

Aku senyap je.

Maria: Kalau kau takut, kongsi la bilik dengan aku. Ada katil 2 ni.

Aku terus masuk master bedroom laju-laju tanpa pandang Maria. First time ni tak rebut-rebut dengan Ana, Lisa. Selalu benda-benda macam ni kena gaduh dulu baru dapat.

Aku baring berehat dan merajuk, kemudian Lisa masuk bilik aku.

Lisa: Butan, aku boleh jelaskan.

Ayat drama dia pakai, aku pon turut berdrama.

Butan: Tak ada apa lagi untuk dijelaskan. Aku tak nak dengar apa-apa.

Dengan muka serius, aku bangun ambil tuala menuju ke bilik air. Lisa terkedu sebab ni first time aku sangat serius.

Tengah aku mandi, aku curious apa agaknya Lisa nak cakap ye. Tapi aku marah sangat sebab Lisa dengan Ana bawa Maria tanpa tanya aku. Tapi kalau tanya aku memang aku tak bagi la ye dok.

Lepas siap semua, dalam pukul 6 macam tu kitorang turun makan dekat kedai makan berhampiran. Aku dah order makanan aku, kemudian mereka bertiga order benda yang sama dengan aku. Mengada mereka ni.

Tengah sedap aku makan minum..

Maria: Butan….

Sibuk la dia ni, malas aku layan.

Maria: Butan yang kau minum tu air aku, tak apa minum jelaa. Aku nak sikit je tercekik ni.

Oh tidak, sungguh malu aku masa tu, aku terus minta izin nak ke tandas. Aku minta Ana jagakan beg aku, tapi Maria yang jawab..

Maria: Takpa pergi jela Butan, kitorang jagakan.

“Alif, Lam, Lam, Ha, siapa curi dosa”, aku tulis kt beg aku, cuma Allah SWT je aku boleh percaya sekarang ni.

Aku saja cakap kuat-kuat biar mereka bertiga terasa.

Balik dari pasar malam, aku keletihan, mood aku tak baik sejak dari awal lagi. Pukul 10 aku dah tidur. Aku kurang bercakap dengan kawan-kawan aku.

Aku terjaga pukul 2 pagi, kelaparan. Aku nampak Maria dekat ruang tamu. Aku jalan dalam keadaan mamai menuju ke dapur. Masa aku jalan tu, aku terlepas cakap,

“Tak tidur lagi hantu ni.”

Aku bermonolog saja tapi Maria terdengar. Aku serba salah tapi aku biarlah sebab memang aku geram dengan dia.

Kemudian Maria ikut aku ke dapur, dia hulur roti ikan bilis kegemaran aku.

Maria: Makan roti ni, kau lapar kan, kau tak makan apa-apa lagi malam ni kan.

Aku senyap je sambil buat-buat tak dengar je padahal lapar.

Maria: Butan, sorry.

Aku tengok muka Maria macam serba salah, sedih.

Maria: Aku minta maaf sangat. Aku tahu kau marah, tapi aku menyesal aku minta maaf sangat. Aku dah cuba sedaya upaya betulkan keadaan.

Maria pergi bilik, dia kembali dengan phone dia yang lain. Dia tunjuk bukti yang dia cuba perbetulkan keadaan. Dia jugak tunjuk bukti yang dia cuba hubungi aku banyak kali.

Aku tengok je Maria ni, ni pertama kali dia merayu minta maaf dekat aku padahal Maria sebelum ni seorang yang tak akan mengaku kesalahan dia. Aku malas fikir panjang, masalahnya sebenarnya dah selesai cuma sakit hati yang tinggal.

Aku hempas tangan ke meja, aku berdiri membelakangi Maria, aku toleh perlahan-lahan ke arah Maria,

“Aku boleh maafkan kau tapi kalau kau buat aku lagi sekali, aku santau kau!”

Huhu aku saja nak takutkan dia, tak reti pon nak santau santau, dosa.

Aku duduk dengan Maria, aku luahkan segala kekecewaan aku terhadap dia. Dia minta maaf banyak kali. Aku luahkan segalanya sampai aku rasa lega.

Lepas tu aku dengan Maria tergelak-gelak bila kitorang cerita semula pasal confessions aku sebelum ni pasal dia. Sebenarnya Maria tahu lama dah. Tapi kitorang dah kosong-kosong dah pasal kisah masa belajar tu. Ceritanya panjang tapi tula.. panjang sangat malas nak cerita.

Tengah gelak-gelak, aku nampak Lisa tengah jenguk-jenguk.

Lisa: Fuh aku ingat pontianak.

Aku gelakkan Lisa.

Lisa: Butan, Butan, kau ke tu Butan?? Kau dah kembali Butan!! Rindu kau Butannn!! Jangan merajuk lagi Butan!

Aku sebenarnya jarang merajuk dengan mereka bertiga ni. Ni kali pertama aku jadi bengis dengan kawan-kawan sebab aku terasa hati.

Maria: Butan, aku masuk tidur dulu ye.

Butan: Mariaaaaaaa… Nanti dulu….. Roti tadi mana?

Lisa: Eh kau lapar ke Butan, kejap-kejap.

Lisa terus berlari masuk bilik, dia kembali dengan Ana yang serabai akibat dikejut secara paksa. Lepas tu Ana dengan air liur basinya datang dekat aku..

Ana: Butan sorry jangan marah aku lagi. Bebel-bebel la macam selalu Butan.

Kemudian aku tengok Lisa keluarkan sesuatu dari dalam peti ais. Kek harijadi aku rupanya. Resepi Rahsia peh nampak sedap, lapar ni.

Mereka pon cerita yang sebenarnya Maria yang mula-mula rancang nak sambut birthday aku. Dan disebabkan aku dah merancang nak ke Cameron, Maria pujuk Ana dengan Lisa supaya dapat ikut sekali.

Dan di hari jadi aku tu, aku berbaik dengan Maria. Sepatutnya mereka nak surprise kan aku siang nanti tapi disebabkan aku dah lapar. Kitorang sambut je malam tu pukul 3 pagi. Tak tahu lah kalau ada makhluk lain yang turut serta.

Setelah habis bercuti, aku teruskan hidup macam biasa di kampung dengan mak ayah. Aku dapat kerja baru dekat kampung. Setiap 2 bulan aku akan pergi ke bandar berjimba dengan Lisa, Ana dan Maria.

Dan sehingga saat aku menulis confession ini,tiada lagi masalah yang Maria timbulkan dalam hidup aku. Kalau aku ada masalah, dia lah orang yang bagi aku idea macam-macam disebabkan otak dia tu genius.

2020

Sebelum PKP, aku ada jumpa Maria. Kitorang jalan dekat Mall. Kemudian kitorang terserempak dengan dua orang perempuan, mereka tegur Maria. Dalam 5 minit mereka berbual mesra lepas tu aku dengan Maria pon pergi makan.

Butan: Kawan kau ke tadi?

Maria: Kawan kerja, tapi aku tak suka yang baju kuning tu.

Butan: Kau jangan mengada ye Maria, hidup macam biasa dah la.

Maria: Tengok lah Butan.

Aku jeling dia.

Maria: Haha aku gurau jelaa Butan. Butan, bila kau nak tamatkan kisah aku?

Butan: Malas hahahahaha.

******

Sikit sahaja Butan mampu ceritakan di sini. Dan untuk pengetahuan, sebelum Butan hantar confession ni, Butan dah beritahu Maria, Ana dan Lisa.

Butan bukan seorang penulis. Hanya pernah menulis di IIUMC.

Butan tak dapat ceritakan kisah yang menyebabkan Butan dan Maria bergaduh kerana kisah itu mengandungi unsur kurafat dan agak menjijikkan untuk ditulis disini. Bukan Maria yang kurafat tapi Maria terlibat secara tak sengaja dan Maria sudah pon membetulkan keadaan.

– Rambutan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *