Roommate Insecure

Assalamualaikum. Aku nak cerita ni adalah secebis pengalaman tentang roomate. Jadi sekiranya admin siarkan. Aku ucapkan jutaan terima kasih.

Yang pertama ialah waktu aku di matriks. Kolej matriks di utara. Aku sebilik empat orang dan roomat aku sema baik2. Alhamdulillah syukur sebab aku tak pernah duduk asrama. Matrik la yang pertama. Jadi aku agak homesick.

Perjalanan kehidupan aku macam biasa. Aku namakan roomates dalam bilik aku A,B dan C. Aku rapat sembang2 dengan A,B sebab C suka duduk bilik kawan dia. Sehinggalah suatu hari, aku tak berapa ingat exam apa, muet ke apa? Yang pasti result exam boleh check online. Satu bilik amik exam tu dan malam result tu keluar aku tido awal. Means aku tak tggu pun result keluar.

Dan keesokan harinya aku teruskan kehidupan seperti biasa. Dan begitulah beberapa hari kemudian sehinggalah satu hari si A confess kat aku bagitau B check kan result aku guna ic number aku. Aku benci orang macam ni benci perangai macam ni. Serius aku tak suka tak hormat orang lansung tengok curi2 hal private org. Si A cerita apa yang B buat seolah menyalahkan B. Aku rasa dia agak serba salah sebab tu dia confess dan dia confess tanpa pengetahuan B. Aku tak tahu reader rasa ni small matter tapi pada aku biadap. Aku mmg perasaan B agak insecure dengan performance aku waktu dulu sedangkan dia lain modul dgn aku. Tapi aku tak sangka la dia sanggup buat camtu. Apa hak dia nak ceroboh hal orang lain? Buat B sekiranya kau baca, aku nak kau tau yang aku dah tau apa kau dah buat dan aku harap kau hentikanlah perangai ni.

Aku habiskan zaman matrik aku dengan perasaan tak percaya lansung kat kau. Aku jenis yang mudah bagi kepercayaan kat orang tapi bila orang dah pecahkan aku tak percaya dah.

Okayy.. tutup dekat matrik sekarang sewaktu di uni plak. Zaman first sem aku masuk kena duduk empat orang jugak. Yang lagi dua orang biasa2 je lah. Cuma yang sorang ni aku namakan intan je lah ye. Intan ni jenis tak boleh kalah dengan orang. Pada aku dia budak pandai.

The best part is dia classmate aku jugak. Jadi selalu lah pegi balik kelas sama2. Sehinggalah satu hari dia putus dengan bf dia. Memang dia nangis gila2 lah. Aku pujuk gitu2 je lah sebab aku mmg tak minat couple2 ni. Sebab hati aku dah lama mati untuk lelaki (terlalu panjang kisahnya aku redha). Dan apa yang jadi insecure nya. Bila intan ni selalu nak check phone aku. Check call log bagai. Aduiii.. dia nak check aku ada bf ke tak.

Dia pantang aku sengih2 tengok phone. Kan kitorang classmate jadi bila sembang dgn yang lain dia selalu bahan aku bukan ad bf pun bagai. Sedangkan dialah yang menangis bgai nak gila bila break off. Aku kisah apa takde bf. Hihihi. Sejenis perangai insecure yang aku hadapi. Buat intan, aku takde bf pun kau tak perlu risau dan aku doakan kau btemu Mr. Right yaa.
Silap aku kat sini bila aku terlalu baik kau pijak kpla kan intan. Dah laa. Tutup sini.

Next sem aku duduk dgn orang lain plak. Ahahahahha. Ni lagi kelakar. Dan yang jenis ni teruk clingy. The saddest part again bila kitorg satu klas jgak. Jenis yang kau buat pe tu? Study ke? Baca sampai mana? Dah abis study ke? Jenis yang kalu turun beli makanan kat kafe tu sgat merugikan bagi dia tapi dia akan kirim kat orang.

Haa.. letih dengan orang gini. Kita sama2 lapar sama2 turun la. Okey la ada satu malam exam tu aku mmg jenis tido awal so aku ttp la lampu tempat aku tapi roomate aku ni sanggup ttp lampu dia jugak sebab nak bagi aku tido. Maka studylah dia dalam gelap. Aduh.. aku jenis malas nak cakap banyak. Sukati kau lahh kau tak nak bukak lampu.

Okeyy tutup pasal roomate tu, ni roomate sewaktu aku intern plak. Course aku jenis yang last sem intern. Ad potensi serap masuk tapi aku cari rezki tempat lain lah. Roomate yang ni okay jaa. Yelah roomate la jugak sbb satu rumah dpt bilik sama. Kebetulan kami satu supervisor (sv) intern sebab sv dia tukar last minute. Yang jadi insecure nya bila dia try hard sangat nak ambik hati sv. Dia ni bila sv bagi task dia bising mengeluh jadi aku pun cuba lah nak tolong tak bagi pulak.

At first, dia setuju nak buat task tu buat jela sampai abis. End up aku jugak yang tolong walaupun dia sorg dapat nama. Aku jenis buat kerja mulut diam lagipun kebetulan takde kerja. Ambik lah sebagai ilmu. Kemudian yang nampak sangat dia insecure bila dia tak bagi aku visit site biar dia pegi dengan sv je. Aku pun bising lah apehal lah dia ni. Ada satu kali tu dia suruh aku plak pergi sbb dia risau ada task dia tak settle. Memang bising lah aku. Tapi gitu2 je lah. Cuma aku penat lah insecure benda2 gini.

Okayy tu je cerita aku dengan roomate2 aku. Pesan aku buat roomate yang insecure dgn aku waktu intern ni semoga kau hentikanlah perangai ni. Kau cuma perlu percaya rezki kau sendiri. Dah tertulis rezki kau kat situ. Kadang memang kita akan tengok rumput orang sebelah lagi segar yaa dak?

Maaf lah sekiranya tak best korang baca. Untuk pengetahuan korang, ex roomates aku tu dulu bukan lah orang biasa2. Semua hebat2 ada terrer bersukan, si sopan santun, si jelita rupawan, dan si bijak geliga. Kalu sekilas korang akan tengok diorang hebat2. Tapi aku yang duduk sebagai roomate je lah yang jenuh menghadap peel insecure diorang ni.

Silap aku jugak sebab terlalu baik susah nak marah orang dan suka memendam. Tapi ini pun dah lama cuma jadi cebisan pengalaman ja.

Sebab pengalaman macam ni lah buat aku tak pelik orang zaman sekarang mudah cerai berai sebab dari luaran kita nampak helok2 jaa tapi bila duduk sekali baru nampak true color.

Buat adik baru masuk uni elakkan seroomate dengan classmate ya. Pada akak sangat tak selesa tapi korang tak tau lah.

Sekian.

– Seroja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit