Roommate ku

Assalamualaikum wbt kepada pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin kerana siarkan confession aku ni.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Y. Seorang gadis yg berusia lingkungan awal 20’an. Seorang pelajar di sebuah IPT di Pantai Timur. Aku ada seorang sahabat disini, yg amat aku sayangi seperti seorang adik beradik sendiri. Biarlah aku namakan dia A.

A berasal dari keluarga yang agak susah, ibunya meninggal dunia sewaktu dia masih kecil, merupakan seorang yg pemalu, agak pendiam namun dia cukup periang bila bersama dengan org yang dia rapat. Aku kenal A sejak hari pertama jejak kaki di IPT ni. A sememangnya seorang yang sopan. Aku cukup sayang akan A. Namun ada dua hal yang aku tidak suka akan sikap A.

A seorang yang tidak solat. Ya aku tahu aku tidak sempurna. Aku bukan ingin membuka aib si A, aku tidak mention namanya pun. Tapi sepanjang aku menjadi roomate si A, aku tidak pernah lihat dia solat cukup 5 waktu. Sekali lagi aku cakap aku bukan nak berburuk sangka, bukan nak cakap aku ni sempurna. Tapi sebab aku sayangkan A, aku jadi sangat tidak suka bila dia tinggalkan solat. Untuk pengetahuan, ayah A sudah meninggal beberapa bulan lepas. Aku selalu terfikir bagaimana keadaan ayahnya di sana bila A selalu meninggalkan solat, sebab aku pernah trdengar bahawa ayah sedikit sebanyak akan menanggung dosa anak perempuannya, wallahua’lam bissawab. Bukan aku tak pernah ajak A berjemaah, tapi ajakan aku selalu dia tidak peduli sambil dia buat-buat sibuk dengan smartphonenya. Kadang-kadang aku akan buat-buat tanya “A dah solat belum?” selalunya dia akan jawab “belum” sambil leka bermain smartphone sehingga habis waktu solat. Demi Allah, aku sayangkan A dan aku ingin pimpin dia ke syurga sekali, insha Allah..walaupun aku ni belum tentu dapat ke syurga..

Kedua, A seorang yang pengotor. Semester ni, hanya 3 kali aku lihat A basuh baju. Aku pernah tanya kenapa tak basuh baju, dijawabnya malas. Aku terdiam. Almarinya kalau bukak je, satu bilik berbau. Aku bukan nak aibkan A tapi benda ni menggangu aku memandangkan aku roomate dia. Tuala dia berbau kepam, dengan tilam dan cadar ada kesan darah period yang kering, aku kadang-kadang rasa nak termuntah bila terhidu bau tuala dia. A ni jenis seorang yang susah nak terima teguran. Aku pernah tegur pasal almari dia, sehari dia tak bercakap dengan aku. Walhal aku cuma cakap lebih kurang macam ni “A, awk letak la wangian kat almari nanti hilang sikit bau yg tak enak kalau ada”, terus dia cakap okey dan tak hiraukan aku seharian. Mungkin teguran aku tu kasar..

Dia seorang yang baik. Tapi dua sikap ni je yang buat aku rasa aku seorang kawan yg buruk kalau aku tak tegur. Tapi, aku tak tahu macam mana nak tegur dan macam mana nak buat. Aku harap pembaca boleh cadangkan macam mana aku nak nasihat A supaya solat dan ubah tabiat jadi pembersih. Aku bukan nak aibkan dia. Tapi aku sayangkan dia. Sumpah, demi Allah aku sayangkan A. A, andai awak baca, saya harap awak ubah sikap awak..saya nasihatkan sebab saya sayangkan awak..saya tak nak nanti Allah tanya apa saya buat bila tengok awak tak solat, saya tak dapat jawab. Saya sayang awak..

– Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit