Hai, aku Juwita. Cerita ni akan dipendekkan atas sebab aku tak berapa ingat satu-satu situasi tu.
Cerita ni berlaku 8 tahun lepas di mana aku dapat sambung belajar di UiTM dan duduk dalam bilik berempat. So, 4 oranglah satu bilik termasuk aku.
Jom aku kenalkan 4 orang roommate aku — Tina, Yin dan Solehah. Semua bukan nama sebenar.
Solehah ni dia muslimah dan jenis tak gila-gila macam kami. So, dia selamat dalam cerita ni. Tina seorang yang sedikit liar, susah bangun pagi dan selalu lambat pergi kelas. Yin ni kenal daripada sekolah.
Kitorang classmate waktu sekolah tapi tak rapat sangat. Tahu-tahu dapat UiTM sama. Satu kos, satu bilik dan satu kelas. Hahaha. Maka tiba-tiba la rapat kami sebab kenal lama.
Kelas berjalan seperti biasa dan perkenalan dengan classmate yang lain pun dah kenal termasuk kelas-kelas lain pun kami berkenalan. So bilik depan pun kos yang sama dan berkawan juga dengan kami. Pergi makan, pergi kelas, pergi mana-mana kami mesti sama-sama walaupun kelas lain.
Yang lain-lain aku tak ingat cerita macam mana tapi aku rapat dengan salah seorang roommate bilik depan iaitu Jaja. Yin masih aku berkawan cam biasa tapi lebih rapat dengan Jaja. Kira kalau ajak teman pergi mana-mana pun dia temankan. Senang sebab dia tak pernah say no.
Persahabatan kami terus macam biasa, ada gaduh tapi baik semula. Sambut birthday sama-sama dan macam-macam lagi kami buat semua sama-sama. So, start sini aku nak pendekkan situasi.
Masa ni dah nak habis sem 1. Tapi Jaja dengan Tina tiba-tiba ngam. Kenapa ngam? Sebab dua tu kerap datang kelas lambat sama-sama. Paperwork semua buat cincai asal siap. Artwork semua banyak upah orang.
Aku dulu student baik. Hehe. Satu fakulti termasuk lecturer kenal aku sebagai yang buat kerja siap on time. Yelah, korang tidur tapi aku buat kerja. Korang malam-malam stay up untuk buat kerja, aku tidur sampai pagi. Barulah otak sihat. Haha.
Ok, lepas tu aku nak cerita waktu ni pergi library. Bag semua tak boleh bawa masuk dan letak di tempat letak bag. Yang silapnya aku tak bawa masuk bag duit. Sorok selit di antara bag kawan-kawan je. Yelah, percayakan kawan kan. Tapi balik je, entah kenapa terdetik nak tengok bag duit.
Duit yang aku selit untuk konon-konon urgent baru guna tu tiba-tiba hilang. Aku macam fikir sorang-sorang, apa aku salah letak atau aku dah guna. Tapi aku tak bagi tau sesiapa pun. Senyap je lah sebab takut memang aku sendiri terguna.
Selang berapa hari macam tu, Yin ada terbaca kasut hilang ditampal kat board depan tandas. Berlari-lari Yin panggil aku dan Tina nak tunjuk kasut tu sebijik dengan Jaja punya.
Jaja pernah cakap yang dia nak keluar ambil kasut baru adik dia bagi katanya. Tapi masa tu tak fikir apa lagi cuma lepas je tengok gambar kasut hilang tu, dan tiba-tiba Jaja dapat kasut baru — macam something fishy. Itu pun sebab Yin dulu yang rasa macam pelik.
Masa tu jugalah tiba-tiba masing-masing flashback balik kelakuan si Jaja ni perlahan-lahan. Dan tiba-tiba jugalah ramai antara kami mengaku banyak hilang duit.
Masa ni kami tak panggil Jaja masuk bilik. Dia pun tak perasan yang kami berkumpul untuk bincang pasal kasut dan pasal perangai dia yang dah mula kami syak.
Kami sentiasa sama-sama tau dan kami baru perasan, Jaja tak pernah langsung keluarkan duit kat ATM. So, mana dia dapat duit kan? Kalau bukan dari hasil dia curi dari bag kami atau mana-mana yang dia boleh ambil.
Salah seorang roommate dia tiba-tiba mencelah, “Korang perasan tak kenapa setiap pagi dia jemur tilam tapi tilam tu bau hancing?” Kitorang terdiam. Hahaha. Dan, “Korang tau tak, aku tak pernah tengok telekung Jaja.”
So perbualan dan cuba gali semula perangai Jaja akhirnya Yin bagi cadangan untuk bagitau ketua asrama selesaikan kes curi kasut ni bersemuka dengan Jaja.
Tapi dalam satu bilik hanya ada Yin, ketua asrama dan Jaja. Pemilik kasut dirahsiakan. Bermati-matian Jaja tak mengaku. Hanya tunduk, buat-buat main telefon.
Kami dah tak rapat. Cuti sem lagi beberapa hari. Tetapi Jaja tak hadir ke kelas akhir dan hilangkan diri tak tau pergi mana. Masing-masing mula pelik. Tapi tak fikir sangat. Kami dalam mood nak bercuti. Barang-barang Jaja berada di stor dan tidak dituntut.
Naik sem 2, rupanya Jaja masih ada tapi sekejap je nok. Tak ingat berapa minggu je, lepas tu dia quit. Selang berapa minggu juga, Tina juga pilih untuk quit.
Bila aku ingat balik kenapa Jaja mencuri dan sebagainya sedangkan dia datang dari keluarga yang berduit. Sama juga Tina sebenarnya. Cuma dia bukan mencuri, cuma selalu dan kerap meminjam duit. Sedangkan keluarganya berjaya dan kaya.
Kadang-kadang kami makan di kedai makan, dia tak pesan apa-apa makanan. Kalau korang, apa korang buat? Tengok je ke kawan kita tak makan? Tak kan. Terpaksa lah belanja.
Pernah sekali tu kami cuma jalan-jalan biasa bertiga dan singgah untuk beli air. Sambil tunggu air siap, aku ajak Tina teman ke 7-Eleven nak beli jajan dan aku tahu dia lapar. Aku pun cakap lah ambil lah apa-apa untuk kenyangkan perut.
Aku expect dia ambil roti atau biskut. Sekali dia ambil coklat plastik purple tu nok… Aku dengan duit pun tak banyak, aku sendiri pun makan berjimat… terdiam aku nak bayarnya.
Itu sahaja cerita mereka.
So tak apa lah… belajar diteruskan dengan kawan-kawan baik yang baru… yang banyak berkongsi ilmu, yang ikhlas berkawan dengan aku… aku sangat terharu. Terima kasih banyak-banyak.
Harini Jaja masih kami tak dapat jejak. Tina sudah pun menjadi isteri orang. Dan kami semua berjaya menjadi orang. Hahaha.
Jumpa di cerita lain pula. Tata.
– Juwita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit