Roommate Yang Pelik

Aku May (F24). Aku ada seorang kawan bernama Jasmine sebaya dengan aku. Dia ni merangkap roommate aku zaman habis diploma.

Aku yang lebih dahulu masuk ke bilik sewa itu, kemudian 3 bulan berikutnya si Jasmine pon masuk. Dia gadis yang lembut, sopan santun dan mesra. Aku senang berbual dengannya.

Setelah hampir dua bulan kami sebilik aku mula perasan kejadian aneh yang aku sendiri alami apabila sebilik dengannya.

Pada suatu malam seperti biasa aku akan on the phone dengan tunangku, tetapi aku tidak menghadap dinding seperti kebiasaan. Aku hanya menutupi muka ku dengan bantal sambil aku dan tunangku berbual perlahan. Bilik kami gelap ketika itu.

Jasmine ada di katil sebelah sedang bermain handphone nya. Dalam kesunyian aku terdengar sayup-sayup bunyi yang aneh. Aku memandang Jasmine. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Jasmine sedang beronani di bawah selimutnya sambil menhadap handphone.

Aku tidaklah begitu naif untuk tidak mengerti apa yang aku lihat ketika itu. Aku mula memerhatikan gerak-gerinya. Aku perhati riak wajahnya ketika itu. Aku mengucap sendirian. Lama juga Jasmine sebegitu.

Perkara ini akhirnya terjadi agak kerap. Jadi, kerap juga aku memerhatikan Jasmine secara sembunyi. Aku tak sangka dengan raut wajahnya yang polos itu rupanya dia sebegitu.

Nak dijadikan cerita, malam itu, sedang aku perhatikannya, Jasmine tiba-tiba memandang aku. Dia menyedari aku sedang memerhatikannya. Cepat-cepat dia menghentikan langkahnya dan terus berpaling ke dinding.

Aku mula cemas. Kenapa? Sebab aku tak tahu nak react apa jika Jasmine menyedari yang aku sudah mengetahui hal itu.

Keesokannya, Jasmine berdepan denganku. Dia mengakui perbuatannya dengan tenang. Aku yang rasa cuak. Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengakui yang dirinya biseksual. Dia tertarik kepada lelaki dan perempuan.

Aku sangat terkejut sehingga tak dapat menyembunyikan riak wajahku. Jasmine berkata dia sebegitu mulai umurnya menengah rendah. Dia tertarik melihat tubuh lelaki dan wanita lain. Dengan hanya melihat sahaja dia boleh berimaginasi dengan fikirannya.

Aku beranikan diri untuk tetap melanjutkan conversation ini. Jasmine sudah mempunyai girlfriend dan dia juga mengaku dia memang melakukan seks dengan wanita itu. “aku rasa puas dan nikmat dapat melakukan semua itu”.

Kata-kata Jasmine itu terngiang di fikiranku lama. Apa yang patut aku rasakan saat itu? Takut? Yes aku takut sebab aku sebilik dengan biseksual. Namun Jasmine terlihat sangat tenang. Aku musykil dengan dirinya.

Selang beberapa hari, Jasmine semakin selesa menceritakan tentang dirinya pada aku. Aku yang mulai rimas. Sekarang dengan tiada segan silu dia beronani walau dia mengetahui yang aku melihatnya.

Aku rasa sangat berdosa. Lebih berdosa aku tak berani menegurnya sebab takut jika dia melakukan apa-apa pada ku.

Ada perkara yang lebih menyeramkan. Aku tak tahu la para pembaca naik bulu roma atau tidak. Dia pernah memuji buah dada ku besar dan dia geram mahu memegangnya. Aku seakan mahu teriak sekuat hati.

Fast forward, pertengahan tahun lepas, aku sudah pon berkahwin dan keluar dari rumah itu. Aku dan Jasmine tidak keep in touch pon selepas aku keluar.

Tetapi aku ada seorang kenalan fb yang kebetulan bekerja dengan Jasmine di sebuah Syarikat perabot. Dia menceritakan Jasmine yang dia kenal bertudung litup dan berpurdah. Dia juga akan berkahwin dua bulan lagi.

Aku mampu mendengar dan berharap Jasmine betul-betul berubah dan mulai hidup baru.

Sampai hari ini, hanya aku dan pembaca yang mengetahui rahsia ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tolong selitkan doa buat aku dan suami bahagia hingga ke syurga.. aamiin.

– May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *