Salam/hai. Terima kasih admin jika post nie disiarkan.
Cerita nie pasal kawan aku yang pelik atau lebih kepada unik. Aku gelarkan namanya siti. Aku kenal siti waktu mula-mula masuk u. Kitorang tak rapat sangat. Dan dia bukan roomate aku waktu dekat kolej. Yang aku tahu waktu tu, dia obses dengan aku hihi. Aku dapat rasakan dia nie pelik waktu mula-mula berkawan jadi aku perlahan-lahan jauhkan diri sikit.
Aku tak benci dia. Boleh berkawan tapi untuk rapat memang tak boleh. Kawan gitu-gitu je mampu. Siti nie boleh dikatakan bijak. Dan kawan-kawan rapat dia pun memang dalam kalangan yang bijak-bijak.
Pernah sekali aku dengan dia menyewa bersama dengan lagi 5 orang (lain-lain course) satu rumah (nie waktu tak duduk hostel dah) At first, aku macam tak nak serumah dengan dia tapi sebab kesian dia tengah cari rumah, so dia masuk lah rumah kami.
Aku awal-awal lagi dah avoid untuk berurusan apa-apa dengan dia. Kiranya aku nie tak layan sangat lah dia tu. Dia punya unik perangai tu start dari awal pagi. Subuh hari. Aku biasanya bangun awal untuk solat subuh. Kiranya azan subuh je terus bangun, takpun sebelum azan lagi aku dah bangun. Biasanya kalau sorang bangun, yang lain tak bangun lagi lah sebab bilik sempit, nk solat ramai-ramai memang tak boleh. Jadi give and take. Benda tu tak payah bagitau. Faham-faham sendiri je lah. Yang peliknya dia nie, time aku terkejut dari tido, takde siapa bangun, aku bangun lah. Rumah aku bilik air ada 2. Satu tempat mandi, satu lagi jamban. Dah bangun tu, mestilah aku masuk jamban dulu membuang apa yang patut sebelum ambik wudhuk dekat bilik air satu lagi. Lepas aku membuang, ambik wudhuk semua, terkejut aku bila masuk bilik tengok dia tengah solat dah. Cepat betul! Dia nie nak berlumba dengan siapa. Jadi aku pun tunggu lah habis solat. Aku paling tak suka menunggu. Aku kalau boleh biar memang betul-betul takde orang bangun untuk solat supaya aku tak tunggu. Aku pernah try untuk bagi dia bangun dulu sebab aku memang pasti kalau aku bangun masuk bilik air, mesti dia cepat-cepat bangun jugak. Huhu. Pernah sekali aku bangun awal sebelum subuh sebab aku ingat nak solat tahajud, solat hajat tu semua sebelum subuh. Alih-alih macam biasa lah, dia dengar je aku masuk bilik air terus dia cepat-cepat ambik wudhuk dekat sebelah. Takde bunyi sebenarnya tapi sebab bila aku masuk bilik, aku tengok dia dah pakai telekung. Aku macam biar je lah. Sebab ingat dia pun nak solat sebelum subuh, alih-alih dia tengok jam. Dia baru sedar yang subuh belum masuk waktu. Aku cakap lah aku nak solat sunat. Baru dia bagi laluan dekat aku untuk solat. Aku taktahu lah dia nie cepat-cepat buat apa, dia ingt nie pertandingan ke apa.
Siti nie boleh dikatakan orang yang senang lah jugak. Kiranya masalah kewangan memang tak patut ada berbanding dengan housemates aku yang lain. Tapi 1 yang aku pelik dia nie jenis berkira dan kedekut. Kadang-kadang nak beli untuk makan pun berkira satu sen. Pernah sekali kitorang makan dengan housemates yang lain. Waktu nak bayar, dia argue dengan cashier pasal rm0.50. Aku lupa dah pasal apa, tapi nampak macam cashier tak bagi dia rm0.50 (atas sebab-sebab tertentu). Dia punya lah argue sampai semua orang dekat kedai perhatikan dia. Sampai aku sendiri malu berada dekat situ huhu. Kesian abang cashier tu. Nak sangat, dia bagi je lah balik rm0.50. Satu lagi masalah dia kalau nak makan je, mesti loading haha. Orang semua dah siap order, dia still awang awangan duk tanya semua orang nak makan apa. Orang dah siap makan, order dia still tak sampai. Haihhhh aku kalau diberi pilihan nak keluar makan dengan dia, aku rela tak keluar sebab cerewet dia tu memang tak boleh bawak bincang.
Siti nie jugak ada satu perangai unik iaitu suka paksa orang ikut arahan dia. Orang yang baru-baru kenal dia memang akan kena. Ada satu ketika tu, dia nak jawab online quiz. Aku dengan yang lain pun nak jawab jugak. Tempoh masa untuk quiz tu dalam 1-2 jam. Sehari suntuk tu dia duk gelabah pasal online quiz dia padahal orang lain pun kena hadap benda sama jugak. Waktu tu dia takde internet katanya data dah habis (konon), dia pun paksa lah junior kitorang yang takde kaitan dengan quiz teman dia pergi cc. Dia tak berani mintak dengan kitorang sebab dia tahu kitorang dah tahu perangai dia. Waktu nak pergi cc tu, duk gelabah lah bawak buku nie buku tu, pastu tak lupa jugak mengarah junior tu supaya tak lupa bawa handphone dan powerbank sebab dia nak guna internet si junior nie. Dia punya desperate waktu tu sampai aku geleng kepala tengok. Hari-hari seterusnya, selalu duk menyendeng dekat junior tu untuk dapatkan hotspot, sampai 1 hari tu, dia marah junior tu sebab tak bukak hotspot untuk dia. Dia tengking tau. Bukan marah biasa. Berubah air muka junior kitorang sebab kena tengking free depan kitorang semua. Padahal dia yang nak pinjam barang orang. Adab ke mana tak tahu la.
Banyak sebenarnya perangai unik dan pelik dia nie sampai buat orang geram. Aku tak pernah jumpa perangai yang macam nie sebelum aku jumpa dia haha.
Sampai sini saja lah. Terima kasih sudi baca sebab aku tak tahu nak meluahkan dekat mana since aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Bukan niat aku nak menghentam perangai dia ke apa cuma aku nak kongsi yang aku pun pernah punya roomate yang pelik.
– Sari
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit