Aku (Cinta) bukan nama sebenar, aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana dan bahagia.
Daripada aku kecil, aku dididik dengan penuh kasih sayang. Bahkan ibu dan bapaku banyak melarangku daripada melakukan aktiviti bersama kawan-kawan di sekolah.
Namun aku sangat aktif di dalam bidang sukan. Aku orangnya ceria dan mudah tertawa. Suka bercanda, mesra dengan orang sekeliling.
Artikel ini aku ingin ceritakan perubahan hidup aku yang dulu bersinar seperti pelangi namun kini kian layu dimamah sepi.
Selepas mendapat keputusan spm, aku telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian ku di sebuah universiti awam. Aku amat gembira dan bercita-cita tinggi untuk menjadi insan yang berjaya. Disudut hatiku telah aku tanam untuk membantu ibu dan bapaku kelak.
Namun, semuanya berubah setelah aku di universiti. Aku masih berhubung dengan bekas kekasihku, Aman (bukan nama sebenar). Lelaki berkulit putih, berketinggian sederhana, manis dipandang, senyumannya membuatku jatuh cinta berkali-kali.
Ketika itu, aku menghubungi dia hanya untuk meminta pertolongan untuk membelikan aku topup digi yang kadangkala aku tak mampu beli.
Namun, kami semakin akrab apabila dia dan aku mulai untuk chat di whatsapp dan menelefon di setiap malam. Aku dan dia telah memulakan bibit-bibit cinta di zaman persekolahan dahulu yang aku fikir telah pun menjadi kenangan.
Aku menjumpai dia di luar unversiti. Dia banyak memuji persona dan keindahan wajahku, aku yang berkulit putih. Waktu pertama kali berjumpa, kami tengok wayang bersama, makan dan banyak meluahkan cerita- cerita kehidupan kami.
Dia menghadiahkan ku bantal peluk tata v bts, katanya kalau rindu peluklah. Dia juga menghantarku pulang menaiki motosikalnya ketika itu.
Selepas beberapa bulan berkenalan, kami membuat keputusan bersama untuk menjadi pasangan kekasih.
Kami banyak kali bertemu. Aku yang dulunya gadis kampung yang dulu hanya duduk di rumah sekarang mula mengenal dunia. Dia banyak membawaku berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur. Banyak menasihati dan memberi perhatian kepadaku ketika bercinta.
Sekiranya dia membawaku luar daripada universiti, aku dan dia akan menyewa di hotel yang terdekat. Aku yang pada mulanya tidak melibatkan diri dengan kehidupan sosial telah mula melakukan bersama dengan kekasihku itu.
Menurutku, aku memberi segalanya kerana aku mencintai diri dia dan bukan hanya keinginan s*ks dia semata-mata. Aku pun sudah mulai ketagihan. Aku akan meminta kepadanya. Lama aku hidup dalam gelombang dosa ini.
Dia juga pelajar yang sedang praktikal, di sebuah kolej lain. Aku memujuknya selepas tamat pengajian di kolejnya itu sambung di universiti yang aku sedang lanjutkan ini. Dia bersetuju namun bergantung kepada UPU.
Akhirnya, keputusan melanjutkan pembelajaran di tempatku itu diluluskan. Jadi kami sering berjumpa dan kerap melakukan aktiviti itu bersama. Di universiti, kami menjual macam2 kepada penduduk kediaman untuk mendapat wang bayar hotel sekiranya tidak pulang ke kampung.
Dia sering membantuku dalam menjual makanan dan sebagainya. Walaupun dia dan aku selalu melakukan “Aktiviti” begitu, kelihatan tulus cintanya padaku.
Boleh dikatakan dia sanggup membelikan, memberi barangan keperluanku, bahkan masa yang terluang kepadaku, menguruskan aku ketika sakit dan sebagainya. Dia mewarnai kehidupanku. Dia selalu ada denganku.
Walaupun dia bersikap baik kepadaku namun sifat posesif kepadaku juga bergitu tinggi. Pernah ada lelaki yang mencariku dan cuba berkenalan denganku namun dicari lelaki tu sampai dijumpai.
Pada mulanya aku rasa senang dengan tindakannya, terasa diri ini penting dan dijaga. Tapi lama kelamaan aku mulai rasa rimas, tidak bebas dan dikongkong.
Aplikasi whatsapp dan instagram aku mulai dia minta untuk adakan pendua. Takut kalau aku layan dan curang dengan orang lain katanya.
Semasa di universiti aku mempunyai aktiviti bersama dengan teman kelas, mempunyai kerja volunteer, tapi disebabkan menaiki satu kereta dengan classmate lelaki dan ada kenalan perempuan didalam kereta. Terus dia naik angin ketika aku balik daripada majlis tersebut.
Sebenarnya sejak dari kejadian itu aku mulai kurang selesa dan rasa tawar hati dengan kerenah dia. Dia pernah telephone mak aku kononnya aku buat perangai, padahal ketika itu aku benar-benar marah dengan tindakan dia.
Dia dah mula pandai mendesak aku, kalau tak dengar kata-kata dia. Dia akan sebarkan ke media gambar yang tak berkenaan tentang aku supaya malu dan masih di genggaman dia.
Aku banyak ikutkan kehendak dia sebab tidak mahu imejku calar di universiti. Aku banyak meluangkan masa bersama dia namun rakan ku yang lain tidak menghindari aku walaupun aku sering menangis di dalam bilik oleh kerana dia.
Kawan-kawan aku sering menasihati aku namun aku tidak mendengar kata. Mereka bahkan tidak tahu aku menyimpan rahsia sendiri.
Sambung part 2…
– Cinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit