Salam & hi semua. Terima kasih admin, sudi siarkan luahan hati aku.
Aku Rose, lewat 30an, masih bujang & duduk sendiri. Apa yang aku nak ceritakan dekat sini, bila masuk tahun baru ni, aku terasa diri aku semakin loser.
Aku tengok orang lain, semua ada progress dalam kehidupan masing2, yang bujang berubah status ke husband/wife to someone, yang wife menjadi mother to someone, dan juga berubah dalam career masing2, getting promotion, tukar tempat kerja with better salary.
Tapi bagi aku, bila aku tengok balik apa yang aku ada/capai, aku terasa aku loser. Dengan career yang stagnant dan kehidupan yang tak banyak perubahan.
Aku cuba join beberapa platform untuk mencari jodoh, namakan platform tu, semua aku dah try, tapi tula aku punya insecurity and lack of trust aku ni tinggi dan setiap kali kenal dalam platform2 ni, mostly akan sampai talking phase je, tak lebih dari tu.
Lagi satu aku akan turn off bila orang tanya, buat apa tu? Makan apa tadi? Aku rasa nak marah! Boleh tak tanya soalan yang lain. Penat nak jawab soalan2 macam tu.
Kawan aku cakap, aku yang problem sebab orang tu nak berbasa basi tanya soalan2 macam tu :). Dan dari platform2 cari jodoh ni jgak banyak jumpa yang scammer dari yang tulus ikhlas niat nak cari jodoh dalam tu.
Ada 1 scene tu, aku join 1 platform cari jodoh yang berdaftar & berbayar, bm since 2013, tapi dah lama tak aktif, adalah setahun sekali aku aktifkan selama sebulan untuk cari jodoh.
Ada 1 calon tu tanya aku “Awak join since 2013, masih tak jumpa sapa2 lagi?”, waktu tula aku terasa loser gila.
Aku faham je niat dia tanya maybe out of curiosity, tapi bagi aku soalan2 tu buat aku lagi rasa loser macam aku tak berusaha langsung ke arah tu.
Kadang2 aku terfikir, aku ke yang problem. Ada rasa lack of interest dalam semua benda yang aku nak buat, sampai impact kerja which is aku delaykan benda2 yang penting, lack of passion, susah nak fokus.
Masuk tahun baru ni, aku tryla nak cuba hobi baru, at least 30 minit membaca, tapi fokus aku susah nak dapat. Boleh dapat dalam 2-3 pages, lepas tu main phone.
Lagi satu tentang social media ni, aku try dah deactivate semua social media aku, tapi boleh bertahan, sebulan ja sebab aku rasa bila tak ada social media ni, aku tak tau apa yang jadi isu2 sekarang dalam & luar negara.
Aku pun ada baca 1 article, how to reduce feel loser ni which is “Bragitude” : celebrate together. Tapi bila aku try nak buat ni, membuatkan aku lagi penat.
Kadang2 aku rasa kawan2 aku cari aku bila diorang ada problem, baru reach out aku. Aku plak jenis tak reti nak cerita or describe masalah or perasaan sendiri, kadang bila reaction yang diberi tu membuatkan aku lagi rasa tak ok.
Sometime tu aku cerita just for ranting, and aku tak expect any solution pun. Aku tak boleh nak cerita kat mak ayah, sebab aku takut diorang risau yang akan merisaukan aku jugak akhirnya, huhu.
Aku try jugak, solo travel, enjoy the world forgot everything behind, time travel okla seronok dan best, tapi bila balik, perasaan tu akan datang balik.
Aku pun try talian heal 15555, tapi yang angkat tu lelaki which is make me uncomfortable.
Aku nak tanyala korang yang baik hati & yang pernah lalu fasa ni, apa yang korang buat?
Kadang aku rasa nak bangun pergi kerja pun malas sangat, macam heret kaki ke tempat kerja. Terasa nak berhenti je, tapi bila fikir komitmen, aku tak boleh berhenti.
Terima kasih sudi baca sampai ke saat ini, aku ucapkan terima kasih in advance kepada yang sudi titipkan tips2, semoga Allah merahmati kalian dan dipermudahkan segala urusan kalian.
Love,
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sy pun rasa apa yg sis alami and bila baca tu jd faham dgn sis punya situation,umm tp tula mampu bertahan je smpai bila xtau haha.. in syaa Allah yg terbaik akan dtg pd sis bila tiba masanya.. apa2 pun semoga terus kuat and enjoy ur life😉
I pon macam you now- hilang minat untuk semua benda. I dah takde passion.
Walaupun I ada anak, circle friends yang best, ada kerja yang challenging, still currently I tgh lost interest untuk semua.
Apa nak buat ekkk? I ni p la brisk walk, bersukan, buat2 gembira, still balik dari semua ni I ada rasa macam ohh tak bestnya.
Kalau boleh I nak tidur jeee. Tidur taknak bangun dan nikmati mimpi indah yang pelbagai tempat dan orang.
Oh tapi kalau I tengok awan, i nak p bercuti kot. SORANG. Tapi tengok bank, kbai! Murung balik
Jodoh pertemuan ditentukan Allah, kita cuma berusaha setakat yg mampu, teruskan bersabar menanti. Saya cadangkan ambil saja anak angkat atau bela anak saudara mara. Sekurang-kurangnya ada yg akan pedulikan kita di hari tua nanti. Ada juga tempat kita berkomunikasi dengan orang yg dekat dengan kita. Selebihnya berserah diri kepada Allah sambil mempersiapkan diri sebelum kembali kepadaNya.
saya faham apa yang sis ini rasa. pada saya yang pernah alami dan skrg kadang2 juga merasakan ia, agak cliche tp apa yang saya buat ialah berdamai dengan takdir, dan sentiaasa cuba bercakap dengan Allah apa yang kita runsingkan setiap hari. even sekecil kecil benda. trus me, the process very membantu, and lebih lapang walaupun feel like loser in real life