Assalammualaikum, saya berumur 19 tahun. Ibu saya sakit daripada saya kecil dan ayah saya pun ada sakitnya juga. Cerita saya ni maybe sedikit panjang sebab banyak benda saya nak luah.
Btw, saya probably akan guna ‘Saya’ atau ‘Aku’ sebab dah terbiasa. Jangan terasa kalau awak lebih tua daripada saya.
Saya buat confessions ni simply nak korang bagi idea atau share gambar ke kan untuk cara bagi ruang tamu cantik walaupun ada katil macam daybed atau massage bed sebab saya dah buntu
Saya sakit hati sangat bila tengok rumah semak, tapi saya buntu macam mana nak kemaskan rumah dah.
Mak saya pakai pampers dewasa, walaupun boleh berjalan (bantuan tongkat & pelan2) sebab malam2 mana sempat nak pi toilet. Saat orang lain ada ibu yang sihat, ibu saya tak.
Boleh dikatakan semuanya bermula bila saya umur 8 tahun. Sebelum tu, ibu saya sakit2 juga tapi mampu buat kerja rumah apa semua lagi.
Selepas sakit ibu saya jadi teruk, keadaan rumah sangat tak teratur. Bukan ayah saya tak tolong, tapi tak sama macam bila ibu saya sihat. Macam2 masalah datang. Kehidupan childhood saya tak seimbang.
Saya rasa macam nak lupakan je childhood saya tapi tak boleh. Self-esteem saya waktu tu sangat2lah rendah. Nak beli air dekat gerai tepi jalan pun, saya tak berani. Adik-adik saya pun jadi macam tu.
Kadang orang maybe jealous sebab hidup saya tak sederhana. Masalah kewangan tak teruk sangat walaupun ada juga. Rumah pun, besar berbanding kawan2 saya yang lain.
Kadang saya jealous sebab kawan-kawan saya rapat dengan ibu mereka. Keluar berjalan selalu lah apalah. Ibu saya boleh je nak pi shopping mall sekali pun, tapi waktu saya baru nak masuk remaja dulu, saya rasa malu.
Maybe orang kata, “eh buat apa nak malu? Ibu awak kan?”. Percayalah akan ada juga fasa rasa malu tu. Alhamdulillah sekarang tak rasa macam tu dah.
Dulu waktu sekolah rendah, setiap kali balik sekolah, kami akan bekerjaran ke Kafa. Hari weekdays makan nasi bungkus jelah, mana sempat dan larat ibu saya nak masak.
Ibu saya ni walaupun sakit tetap berkerja sbb dia rasa gaji ayah saya saja tak mampu nak tanggung perbelanjaan keluarga dan juga kos perubatan sakit ibu saya.
Which is amazing, saya tak pernah kenal wanita yang lagi kuat daripada ibu saya. Ayah saya pun kuat sangat sebab tak pernah pun fikir nak give up on my mom.
Tak pernah tinggalkan kami adik beradik macam tu je bila things get rough. Selalu bawa ibu saya berubat situ sini, rawatan islamik/ tradisional/ mengurut/
Kalau ikutkan dugaan kami selama ni, boleh je ayah saya nak tinggalkan kami sebab dah tak larat hidup macam ni. Tapi ayah saya tak buat macam tu. Walaupun ada juga dia akan meletup kalau dah tak tahan lama dah, tapi still, up to this day masih ada dengan kami.
Aku taip ni sambil menangis sebab aku tahu aku patut bersyukur tapi dugaan yang kami alami selama ni, ada consequences dia.
Dan benda2 ni selalu buatkan aku rasa aku anak yang sangat tak berguna. Bila orang kata aku baik, aku tak pernah terima pujian tu sebab aku tahu aku macam mana.
Antara consequences dia, self-esteem aku kurang.
Macam yang aku cakap, nak beli air dekat gerai tepi jalan pun tak sanggup. Dalam kelas lagi lah, waktu saya form 2, pernah cuba present kat depan kelas tapi end up terkaku kat depan tu, dengan pegang kertas sampai orang nampak kertas tu pun ketaq sekali.
It was an embarrassing moment tapi daripada situ aku belajar untuk jadi lebih yakin. Bila start higher education, my presentation has become better.
If you guys ada difficulty macam tu, keep on practising and building your self-confidence. Benda ni boleh dipupuk, awak cuma kena try sikit2, lama2 dah terbiasa.
Second consequences terhadap aku, adalah aku jadi malas nak kemas rumah atau masak.
Yelah, dah hidup daripada dulu tak teratur. Balik Kafa, tak tukar baju terus tidur depan tv kat ruang tamu. Makan tak teratur, tak makan sekali satu family dah aih. Dulu waktu kecil selalulah makan sekali.
Facility dalam rumah pun selalu rosak macam paip air apa semua, tapi tak cepat2 dibaiki, maka hidup jadi makin miserable.
Honestly, aku nak rumah kemas, tapi aku tktau macam mana nak buat. Sebab barang-barang ibu saya yang penuh ubat-ubatan tu takde tempat nak letak.
Aku jenuh fikir apa affordable way of hiding all those stuff but at the same time, my mom can reach those stuff easily especially at night. And also, aku rasa give up dan nak bebal tengok rumah semak.
Bila dah kemas, jadi balik. Pastu dahlah adik saya tidur dekat ruang tamu, so barang2 dia pun ada kat ruang tamu. Haih. Benda2 macam ni buatkan saya rasa give up sebab barang diorang takde tempat sendiri.
Oh ya? Korang selalu mop lantai kan? Saya mop beberapa tahun sekali :'( sebab saya tak tahu kena mop selalu. Entahlah, semua ni self-discovery. Sebab bila orang cerita, baru kita tahu yang hidup kita tak normal rupanya. HAHA.
Consequences banyak tapi saya tak ingat lol. Entahlah. Hidup ni kadang tak fair.
Okay I need to stop writing because I now almost blurt out nonsense. Lol saya taktau apa yang saya tulis ni. Takpelah send jalah confessions ni. Huhu.
So yeah. That’s that. If you have any questions, I’ll try to answer in another confessions. Also, please jangan kecam. It’s not like aku nak grow up macam ni. Aku simply rasa macam nak give up je.
And kalau korang ada tips nak simpan barang untuk orang yang sakit and hias ruang tamu yang ada kawasan untuk orang sakit juga macam massage bed ke, apa ke. Gitau lah ye.
Buntu nak fikir idea nak bagi ruang tamu elok ni. Kalau ruang tamu elok, takdelah malu nak jemput orang masuk rumah :)
Okay sekian…
– Daun Sup (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit