Rumah Berpenghuni

Salam dan hai admin and readers. Aku lily. Umur 20an, skg aku tgah study kat salah satu uni kat utara. Dan umah family aku skg kat melaka. Ape yg aku nk cite kt korang adalah pasal rumah yg bru family aku pindah. Dlu kitorang tggal kat johor. Pastu atas faktor keja ayah aku, kitorang tpaksa pindah ke melaka 4 bulan lepas. Rumah tu rumah teres setingkat yg style besar skit, dan dia sebuah sebuah. Tak bersambung dgn rumah sebelah. Rumah tu agak besar bg aku sbb yg tggal kat rumah tu just parents aku, aku dan adik laki aku.

Rumah tu agak lama sbb style dia mmg agak lama klu korang tgok. Suis dia pun lama yg style bulat wrna hitam dan kena tolak atas n tolak bwh utk on and off. Rumah tu ade 4 bilik, 2 ruang tamu, 1 store, dapur, bilik mandi dan toilet. Utk pgetahuan korang, rumah ni dh lama ditinggalkn, hampir lebih 20 tahun lepas mak tuan rumah aku tggal skg ni meninggal kat rumah tu. Ok, story begin apabila kmi satu family smpai kat rumah tu, msa masuk rumah tu utk cuci2 rumah. Smuanya ok, xde masalah. Sampaila hari kitorang nk pindah masuk ke rumah tu. Btw, kebetulan msa pindah tu aku cuti sem. Masa tu adik aku, aku bg nma dia farid. Dia org ptama yg masuk rumah msa tu. Lepas je farid masuk, terus dia cepat2 keluar balik. Aku pun pun pelik msa tu, pehal farid ni. Muka dia nmpk lain, nmpk pucat, takot, nmpk pelik la bg aku. Mak ayah aku xperasan masa tu. Pastu aku tny farid knapa. Dia ckp xde ape. Then, ayah aku masuk, diikuti mak dan aku. Farid still xmasuk masa tu, dia ckp masukla dlu dia nk ambik angin kt luar. Lpas kitorang kemas2 brg skit, ayah ckp jom mkn luar, ye la kn. Mana sempat nk masak haritu.

Msa kt kedai mkn, farid ade cite kt aku yg dia ade nmpk satu ‘family’ kt ruang tamu umah kitorang baru pindah tu. Ade mak ayah and anak2. Farid tkejut msa tu, tu yg dia lari keluar. Dia ckp mcm dia masuk satu dunia yg lain. Family tu tgah sembang2, nmpk happy n tiba2 farid masuk rumah tu, smua pandang dia. Tu yg tkejut beruk farid dibuatnya. Huhu. Klu aku pun tkejut msa tu. Yg si farid ni pun cite kat aku mlm tu, dhla lpas hbis mkn nk balik umah tu jgak. Aduh, seram jugak aku dibuatnya. Msa balik tu alhamdulillah smuanya ok. Cuma farid je yg xbrapa ok. Haha. Farid dtg ketuk pintu bilik aku mlm tu. Dia ckp xbole tido ade budak lari2 and lompat2 atas katil dia. Errrr.. Ckp je la takot farid ni, xyah la nk cite kat aku mlm2 mcm ni.. Huhu, aku pun takot dgar. So mlm tu farid tido bilik aku. Lpas kejadian tu mmg byk kali farid kena kacau. Utk pgetahuan korang, fmily aku mmg dh ade buat bacaan yassin n doa selamat sbb masuk rumah baru masa tu.

Satu hari ni msa tu siang, aku tgah simpan brg dlm stor, tiba2 aku nmpk kelibat budak lari keluar dri stor yg aku duduk tu, pastu budak tu mcm berhenti kat dapur. Aku nmpk samar2 je budak tu. Aku jln ikut dia, aku pegi dapur, then nmpk dia ade kat ruang tamu, aku pegi sana, pastu nmpk mcm dia lari pegi msuk bilik farid. Tp pintu bilik farid tutup msa tu. Aku bukak slow2 pintu tu, pastu aku nmpk farid tgah tido. Aku cari budak tadi, xde pun. Dia pegi mna ea? Huhu.msa tu aku xterfikir pun budak tu bukan org. Aku dok igt maybe ade anak jiran aku tersesat masuk umah aku ke. Haha. Then fon aku bunyi. Tgok2 farid yg call aku. Farid ckp mlm ni dia balik lmbt skit sbb nk g jumpa kwn dia. Allah… Aduhaii.. Sape yg tido dlm bilik farid tadi? Mak oii. Aku mmg mcm nk lari keluar rumah dh masa tu. Haha. Takot wey. Gila aku sorang kot masa tu. Mak ayah aku selalu xde kat umah, ayah bizi keja. Mak meniaga online. Selalu cod utk customer, g pos laju, jumpa kwn n so on. Aku ade kat umah tu pun sbb aku cuti, klu x, mmg umah tu pun xde orgla jwbnya.

Cite tu xhbis kt situ je, satu mlm ni parents aku dua2 outstation tinggal aku n farid. Masa ni kitorang tgah tgok tv. Tetiba blackout, pastu lampu umah aku jadi bukak tutup bukak tutup. Masa ni apelagi melompat la aku pegi kat farid. Haha. Takot. Farid ade ckp, jgn kacau kitorang. Kitorang xkacau korang pun. Pastu lampu padam. Aku dgar ade budak lari2 sambil gelak keliling kitorang. Makin lama dgar, makin byk budak. Then lampu terbuka balik, pastu kitorang dgar bunyi bising2 mcm ade org tgah bersembang n bergelak. farid tarik tgn aku n bisik ajak aku masuk bilik. Masa kitorang jln tu, kitorang nmpk ade rmai org kat ruang tamu umah aku yg satu lagi. Kan ade dua ruang tamu, satu ruang tv utk family, satu lagi utk tetamu. Yg utk tetamu tu la aku nmpk ade mcm family tgah dok sembang2 gelak2. Rupanya tu yg farid nmpk selama ni. Masuk je blik, aku tgok farid, farid tgok aku. Haha. Aku ckp goodluck la farid lpas ni sbb esok tu aku dh nk balik utara dh sbb hbis dh cuti sem. Haha. Sian my baby boy nnt dok sorang2. Huhu.

Actually aku n farid dh gtau parents kitorang pasal ni. Tp diorang xcaye. Yela, parents aku xpenah kena lagi. Dorang xpenah ade kt umah lama2. Balik just utk tido je. Yg merana ni aku n farid. Haha. Xtaula nk ckp cane. Skg ni aku kat uni, so aku relax la skit. Farid tu, kesian dia. Huhu. Baru2 ni farid call aku cite yg dia ade mimpi pasal satu family ni accident n smua meninggal. Ngeri jgak la cara farid cite. Lpas je terjaga dri tido, farid tgok2 dia tgah tido kat ruang tamu utk tetamu tu. Padahal tadi dia tido kat bilik dia. Huhu. Aku kesian kat farid, sbb dia mmg dok kat umah tu sorang2 la jwbnya klu aku xde.

Farid ckp skg ni dia tggu aku balik. Dia nak ajak pegi jumpa satu ustaz nk tnye pasal umah tu. Dia kata dia ade jumpa gmbar sorang budak laki kat bilik dia. Tp gmbar tu ade bekas trbakar. Dia rasa tu budak laki yg slalu dia n aku nmpk tu. Dia xbrani nk ambik gmbar n send kat aku. Dia ckp nnt aku balik aku tgok sndri. Huhu. Aku pun xtau nk ckp cane. Curious jugakla pehal dgn umah yg bru kitorang pindah ni. Berpenghuni ke? Tuan rumah xckp apepun. Seram jugakla rsa kdg2 tu. Huhu. Rsanye takat ni saja story aku. Aku hrp farid baik2 saja di sana.

Dulu2 bila kwn2 aku cita pasal makhluk2 halus ni selalu aku buat xtau n xnk ambik port. Skg ni baru tau ha.. Kena kat btg hidung sendiri. Huhu.

Lastly, doakan smuanya baik2 sahaja ye readers. Salam.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *