Rumah Cantik

Assalamualaikum semua. Harap admin sudi lah share confession aku ni. Tergerak betul hati pagi ni nak share pasal keluarga kecil aku. Kalau ada yg senasib, diminta berikan pandangan dan nasihat. Pada yg lebih bertuah, harap jangan dipandang hina.

Bismillahirohmanirahim. Takde lah rumit sgt pun masalah ni. Cuma bila dibawa fikir hari2 akan jadi moody 1 hari. Baiklah, nama aku Wani berumur 26 tahun. Dah berkahwin selama setahun lebih dan dikurniakan seorang anak lelaki yg menjangkau usia 6 bulan. Suami pula berusia 30 tahun. aku dan suami pekerja swasta yg gaji bawah 2500 sebulan bila digabungkan. Mempunyai sebuah kereta dan motor yg masih berhutang. Tinggal dirumah sewa bulanan 300. Faham2 lah kan rumah sewa sekarang ni klu harga 300 mcm mana keadaanya. Tp alhamdulilah suami aku rajin, tak suka tgk rumah bersepah atau buruk. Rumah sewa yg dulunya cat hitam suami dah cat balik dengan warna putih, tampal wallpaper yg beli kat kedai rm2 bagi Nampak cantik. Cumanya rumah tu dah byk anai2 sbb rumah papan. Tikus pun ada. aku agak penggeli org nya jadi suami lah yg bersihkan semua tu.

Baru2 ni kami ada dapat rumah sewa baru. Dekat je dengan rumah sewa kami sekarang. Bulanan 500 siap perabot. Rumah cantik. Rumah teres. Ada aircond, air panas setiap bilik air, ada sofa, bg aku yg tak pernah merasa semua tu rasa mcm duduk rumah org kaya2. Hahaha. mmg cantiklah. Teruja sgt masa tu. Tanpa fikir panjang terus suruh suami letak deposit sbyk 300 sebagai booking dan selebihnya akan bayar masa masuk rumah tu. Deposit yg penyewa baru tu letak rm 1300. Duit tu dah ada hasil duit aku pinjam kawan sbb trlampau excited nak duduk rumah baru. Terima kasih kawan yg sudi pinjamkan aku duit tu. Dalam fikiran aku wah seronoknya dapat duduk rumah batu, ada aircond lagi, rumah besar, tentu anak aku seronok boleh main dalam walker dia tu tanpan batasan sbb rumah sewa sekarang sgt kecik. Ruang tamu terus ke dapur.

Duit booking yg kami bayar tu adalah duit sewa rumah untuk bulan ni. Aku fikir, nanti bgtahu penyewa yg lama ni kami nak keluar rumah so maknanya untuk bulan ni tak perlu bayar sewa lah sbb deposit sebelum masuk rumah ni kami dh bayar 2 bulan. Suami aku jenis ikut je apa perancangan aku. Kata dia, dia nak aku dan anak selesa. Tapi aku tahu dia tak mampu nak bayar sewa rumah 500 sebulan tambah dengan hutang2 yg lain lg. bila aku Tanya dia suruh jawab sungguh2 betul ke dia boleh bayar 500 sebulan dia jawab nak taknak, ada atau tak, dia tetap kena usaha cari sebab dia nak aku dan anak selesa. Kalau korg kat tempat aku apa yg korg rasa? Aku sedih dan rasa bersalah. Hanya sebab aku nk ikutkan nafsu duduk rumah cantik, aku sanggup tengok suami aku susah payah cari duit.

Satu hari aku fikir, betul ke keputusan aku untuk pindah rumah ni. Gaji kecik, hutang banyak, PTPTN pun tak bayar ada hati nak tambah hutang dengan sewa rumah mahal2 lg. simpanan? Zero. Lgsg tak ada. aku bukan takde tempat berteduh sekarang. Bukannya aku duduk rumah mertua atau tumpang rumah org. aku tetap menyewa sendiri walau rumah buruk sekali pun. Sekarang Alhamdulillah anak aku menyusu badan, kalau ditakdirkan satu hari nanti susu badan aku dah habis, mana nak beli susu anak lagi, pampers lagi, bayar pengasuh lg. buatnya tiba2 sakit, atau kereta rosak, mana nak cekau? Nak duduk rumah cantik punya pasal, nanti dapur pulak tak berasap. Sekarang ni walaupun rumah buruk, makanan kami mewah. Tak pernah tak dpt makan. Baju anak kami bertukar2 walaupun Cuma beli baju bundle.

Setelah dibawak bincang dengan suami, jawapan dia tetap sama. Dia ikut je keputusan aku. Seperti dia cakap sebelum ni, dia nak aku dan anak selesa. Dan keputusan aku, aku taknak menyusahkan dan membebankan suami aku, asal dia sentiasa berusaha untuk kami, aku selesa walaupun tinggal rumah buruk. Selama kami tinggal di rumah ni, tak pernah lg kami jatuh sakit, tak pernah lg kami susah tak cukup makan. Sewa rumah lain yg cantik siap perabot pun buat apa kalau setakat menyewa. Bukan jadi hak milik kami pun. Betul ke keputusan yg aku buat ni? Sebab kadang2 aku terfikir, aku pun nak bagi yg terbaik dan keselesaan kat anak aku. Adakah cara aku ni aku Cuma fikir aku dan suami tanpa fikir keadaan anak aku? Mcm mana dia mmbesar dalam rumah yg buruk. Arghh bercelaru nya otak aku saat ni.

Sekian luahan aku.
Wani,

– Wani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit