Rumah Disita Kerana Hutang Kad Kredit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayah saya suka guna credit card dalam semua urusan. Saya rasa dia ada buat banyak credit card dari pelbagai bank. Sekarang ni hutang dia banyak sangat mencecah rm90k. Dia berhutang tapi tak bayar. So, pihak bank ada call ayah untuk bincang cara selesaikan hutang tu. Tapi ayah tak angkat semua phone call. Bank call rumah banyak kali. Ada saya angkat, ada saya biarkan sebab penat nal menjawab. Kalau bank call, saya akan bagitau ayah pergi ke KL (rumah saya di bangi).

Satu hari tu ada sorang orang dari lawyer firm wakil bank call rumah, die gelarkan diri die En Syukri. Dia suruh call ayah, bagitau hal urgent. Kalau ayah tak call& tak selesaikan hutang, pihak mahkamah akan datang sita rumah. so, saya sampaikan pesanan kepada ayah.

Malam tu ayah call En. Syukri. En syukri bagitau ayah kene langsaikan hutang at least 70% by 12 pm esoknye. Ayah dah cuak. Ayah pun call kenalan die yang merupakan seorang lawyer. Lawyer bagitau, bank tak boleh sita selagi letter or demand tak sampai. So, ayah lega sikit

Hari ni, ada dua orang lelaki datang rumah. Masa mula2 diorang datang, diorang tekan loceng banyak kali dalam masa 3 minit berterusan. Saya takdela bukak pintu sebab tak tahu siapa. Lagipon sekarang banyak kes pukau. Then, bila saya tak bukak pintu, diorang tanya jiran dengan suara kuat giler. Masa diorang tekan loceng pun, diorang bising. Saya tak tahan, saya pun keluar rumah.

Bila saya keluar, diorang kenalka diri diorang. Diorang cakap diorang wakil dari bank. Diorang bagitau yang ayah saya tak angkat call. Pihak bank dah cuba dapatkan ayah 4 bulan dah. Tapi ayah mengelak. Ayah ada sent email untuk bayar rm200 sebulan untuk langsaikan hutang tu tapi pihak bank reject. Then, diorang tanya pasal ibu saya. Saya ni lurus sangat, saya pegi bagitau nama & tempat keje ibu (sebab saya ingatkan mereka memang dari bank). Then lepas tu diorang mintak no phone ibu. Saya kasi no phone lama yang dah tak guna. Tapi diorang tanya”betulke no ni adik. Bukan no die 013″. Then saya suruh die sebut no 013 tu . And saya terkejut sebab no tu memang no yang ibu guna sekarang. Saya pun pura2 tak tahu. Diorang tak habis2 cakap ayah hutang rm90k kuat2. Saya bengang, so saya pun sound la. Saya suruh dia turunkan volume suara die. Die perlahankan la sikit. Pfttt.

Before diorang nak balik tu, diorang ada tinggalkan no office & phone orang yang handle kes ayah ni. Die cakap kes ayah ni takde kat mane2 branch or sesiapa. Hanya si A dan si B je yang handle kes ni & boleh discuss dengan ayah berkaitan kes ni. Saya pon catat la kat atas kertas. Diorang bagitau “adik kene suruh ayah adik call no ni before pukul 12 ye dik. Ayah adik kene settlekan at leat rm70k. Kalau tak, esok pihak mahkamah akan datang tampal notis ‘dalam tuntutan mahkamah’ dan pihak polis akan datang la untuk letak tape & papan depan rumah adik. Nanti pihak mahkamah akan masuk rumag adik dan tengok barang2 dalam rumah adik. Bila pihak mahkamah dah tampal notis, satu family adik kena keluar rumah selama 7 hari untuk discuss macam mana nak bayar hutang tu. Kalau ayah adik tak dapat bayar, bank akan sita & lelong rumah adik. Adik kene bagitau ayah adik ye”.
diorang pun balik.

Petang tu ayah balik & saya cerita apa yang berlaku pada ayah. Ayah cakap “yang datang tu bukan pihak bank tapi diorang bill collector. Diorang memang akan datang rumah & buat macam2 cara untuk harrass family supaya ayah bayar hutang. Tapi cara diorang salah sebab tak ikut law. Pasal sita rumah tu, proses tu lambat lagi sebab ayah tak dapat letter of demand. Selagi tak dapat, bank takboleh sita rumah. Kalau diorang cakap yang bank akan sita rumah kita esok kalau tak bayar esok, kita boleh rakam & hantar laporan polis sebab diorang ugut kita. Sebab cara diorang salah. “. Saya pon angguk je la.

So, soalan saya,betul ke apa yang ayah saya cakap tu.
1. Betul ke pihak bank tak boleh sita rumah selagi kita tak dapat letter of demand tu?

2. Betul ke orang yang datang tu bukan pihak bank. Diorang claimed diri diorang dari lawyer firm tapi sebenarnya diorang bill collecter yang bukan dari bank.

3. Kalau diorang (bill collector) cakap pihak mahkamah akan datang esok untuk lekatkan notis & sita rumah kalau tak langsaikan rm70k esok, kita boleh rakam apa yang diorang cakap dan buat laporan polis atas kesalahan mengugut. Sebab letter of demand dari mahkamah belum sampai?

4. Boleh tak kita rakam video orang tu (bill collector) buat bising depan rumah dan buat aduan kepada polis atau pihak berkuasa atas kesalahan harrass atau mengganggu ketenteraman kawasan perumahan.

5. Diorang (bill collector) tu dah tau nama, no phone & tempat kerja ibu. Kalau diorang call ibu, tapi ibu cakap jangan call ibu &suruh discuss dengan ayah. Tapi pihak bill collector tu still call ibu & call tempat kerja ibu. Apa yang boleh kita buat?

6. Betul ke rumah boleh kena sita kalau tak bayar hutang kad kredit hampir rm90k.

Sata mohon jasa baik para pembaca yang tau tentang hal ini untuk berikan pencerahan kepada saya tentang persoalan2 saya di atas. Sebab saya tak tahu nak tanya siapa. Siapa yang ada rakan yang pernah mengalami kes yang sama seperti ayah saya, boleh tolong ceritakan apa yang berlaku & bagaimana cara untuk selesaikan. Kalau para pembaca ada rakan atau keluarga yang kerja dalam bidang law, saya mohon untuk tag nama mereka supaya mereka boleh jelaskan tentang kes saya ini.

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih. Terima kasih jugak kepada admin sebab siarkan post saya ni. Terima kasih juga kepada sesiapa yang respons kepada post saya ini. Tolong doakan keluarga kami murah rezeki dan dapat langsaikan semua hutang ayah. Amiin. Terima kasih.

– -anak yang risau-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit