Rumah Idaman

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

Ceritanya begini..

Aku dan suami bercadang untuk memilik rumah impian kami. Kami berdua bekerja dalam sektor awam dan masing-masing punya kemudahan pinjaman perumahan. Tapi aku mengimpikan sebuah rumah tanah yang boleh berkebun di tepi, ada ruang anak-anak bermain dan tempat untuk suami aku baiki motor kesayangan dia.

Kami pernah menyewa di sebuah apartment dan walaupun ramai yang puji persekitaran dan rumah yang best tapi hati aku masih rindukan rumah bertanah. Aku cuba survey harga rumah sekitar KL dan Selangor, rata-rata cecah 500 ribu dan ke atas. Kalau ada murah pun, rumah yang jauh dari tempat kerja.

Jadi aku dan suami bulatkan hati nak beli dan bina sendiri rumah di sebuah daerah di Selangor. Tanah yang dibeli agak berbaloi dan kami memohon pinjaman peribadi dari bank. Kami rancang bina rumah idaman atas tanah lot yang dibeli guna pinjaman peribadi dari bank sebabnya komitmen hanya 10 tahun berbanding beli rumah siap yang beban hutangnya cecah 35 tahun.

Setelah puas survey dan dapatkan nasihat, suami bertemu dengan seorang kontraktor. Kontraktor yang punya rekod baik dalam pembinaan rumah dan di recommend oleh ramai orang. Harga yang ditawarkan alhamdulillah berbaloi dan mampu milik.

Selang beberapa minggu, kami mengikat perjanjian untuk membina rumah. Atas dasar percaya, kami bayar lebih dari sepatutnya yang dibayar mengikut fasa kerana takut duit dalam pegangan terguna untuk benda yang tak berfaedah. Kontraktor mulakan kerja seperti biasa.

Selang beberapa bulan, rumah yang kami impikan masih belum siap. Kontraktor memberitahu yang dia ada masalah dengan pekerja Indonesia yang lari dan tinggalkan site. Aku cuba untuk faham kerana lumrahnya begitu.

Hampir setahun berlalu, rumah idaman masih belum siap. Aku menangis setiapkali melalui kawasan rumah baru kami dan suami memohon maaf berkali-kali kerana gagal menyempurnakan impian aku.

Kami merancang tinggal di rumah baru hujung tahun 2016 tetapi sehingga kini masih belum siap.

Kontraktor yang diamanahkan gagal dihubungi dan setiapkali kami suami isteri ke rumahnya, pintu dan tingkap ditutup rapat sedangkan aku tahu dia ada di rumah. Dia tak mahu keluar rumah.

Suami seorang yang sabar. Mungkin kalau orang lain, sudah lama kontraktor dibelasah cukup-cukup. Tetapi suami masih ada sifat sabar dan belas kasihan. Tetapi, aku masih belum boleh terima kenapa sanggup dia menganiaya kami suami isteri sedangkan kami begitu percayakan dia atas dasar saudara sebangsa dan segama. Rekod dia pun baik dan bersih sebelum ni. Entah di mana silapnya. Suami menanggung beban hutan pembiayaan peribadi 10 tahun dan rumah kami masih belum kelihatan.

Kawan-kawan menasihatkan untuk dapatkan khidmat peguam untuk menyaman tetapi aku dan suami masih berat hati. Kes ini mungkin berpanjangan sedangkan kami hanya nak kan rumah kami siap. Kami nak duduk di situ dan bertenang bersama suami dan anak-anak.

Itu saja impian kami. Sedih. Terlalu sedih diperlakukan oleh orang macam ni.

Satu je aku nak minta pd kontraktor, tolonglah siapkan rumah kami sepertimana dia janjikan.

– Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit