Untuk part I, https://iiumc.com/rumah-3/
Mashallah terkejut, tak sangka, rasa ralat dan macam-macam perasaan bila tengok confession ade orang komen. Terima kasih korang sebab bagi pendapat; aku sangat terharu. Rasa lucu pun ada kadang.
Buat korang yang baca, jangan stress. Aku tak pandai nak karang cerita sangat. Nak tulis cerita “rumah” tu pun ambil masa 2 bulan aku nak karangkan ayat.
Ternyata ayat karangan aku membuatkan orang hilang akal membaca, maafkan aku ya.
Ok, berbalik kisah “bau” tu. Bau maksud aku tu bukan bau busuk masam kotor, ada yang komen pepatah jauh bau bunga dekat bau tahi.
Itulah maksud ayat “bau” aku itu, aku nak luah pun tak reti nak luahkan macam mana. Tapi aku cuba karang ayat supaya korang faham.
Bila duduk tepi rumah ibuayah ni kan, memang kita sebagai anak harus bantu ibuayah jika dia perlu.
Tapi makin lama, aku nampak seperti nak ambil kesempatan. Adik beradik aku juga begitu, sebab aku seorang yang mudah bantu. Ibuayah aku jika menyuruh anak-anak lain buat kerja, endah tak endah je arahan.
Tapi bila suruh aku, aku mesti kena ikot. Sehingga aku dan suami aku dah takda masa santai dan rehat.
Bila aku sedang santai bersama keluarga kecilku, mesti akan ada arahan dari ibuayahlah, arahan adik beradikkulah.
Anak sedara aku, aku gelarkan dia Tiara (anak kakak aku). Dulu tiara sekolah ibu/ayah/kakak aku yang ambil, tapi bila aku dah duduk dekat ni.
Dengan mudah dia suruh aku ambilkan, alasannya sebab aku dah nak keluar ambil anak sekolah. Anak kakak aku ni banyak perangai, kadang lambat balik aku terpaksa tunggu.
Suami aku dah mencuka, yelah. Nak marahkan, tak boleh. Telan sabar begitulah dan aku terpaksa tenangkan keadaan.
Jadi tak macam dulu, dulu duduk rumah mertua. Memang ada masalah, tapi tak sangkalah pulak meleset sehingga begini.
Jadi setiap pergerakan, nak keluar ke kedai, keluar pergi jalan-jalan. Macam ada sekatan, rasa tak best. Nak buat apa-apa, perlu fikir panjang. Macam-macam ada di minda aku ini.
Tiara pula, selalu datang rumah aku. Jadi kakak aku macam lepas tangan pada aku,
Aku pula seperti mengasuh anaknya (biasa ibu aku yang jaga tiara) jadi kakak aku boleh relax, sebab kadang anaknya suka buat perangai.
Aku pula nak jaga anak aku lagi, terkejar-kejar nak siapkan kerja dalam rumah lagi. Entahlah; kakak aku dia bercerai, jadi dia duduk rumah ibuayah aku. Dia kerja.
Adik adik aku ragam adik aku, selalu suka ambil kesempatan. Macam mana nak tenang?
Korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan tu?
Sebelum balas cerita “rumah II” ni pun, aku baca karangan aku banyak kali. Sebab tak mahu korang pening lagi. Jika ada kekurangan lagi, maaf sangat.
Aku harus sabar dan selalu syukur, terima kasih korang semua.
– Ramlah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dok dekat macam tu la.. penat sebab bukan keluarga kecil kita ja kena jaga. Cakap je yg awak/suami tak nak buat, bagi alasan dan tutup mulut(tahan dari bercakap mempertahankan diri sendiri). Biar je apa kakak dan ibubapa nak cakap apa. Buat bila rasa mampu. Kalau tak mampu, terus terang. Cakap benda sebenar. Jangan sesekali keras utk pertahankan alasan kita, sebab itu akan buat kita bergaduh sesama ahli keluarga. Lama2 depa akan paham. Kalau depa nak mengutuk, cakap belakang tu pedulikan. Lama2 depa tau, depa yang salah.