Rumah Kampung Kotor

Assalamualaikum, Hai. Raff (nama panggilan), 27 aku nak confess pasal rumah kampung belah ayah aku yang sangat teruk. Pada aku lah, tapi pada korang tak tau laa teruk ke tak. Baru-baru ni aku balik kampung raya kedua. And stay sana 3 hari. Sampai kat kampung pukul 2 petang, masa tu tengah kemuncak panas bak hang. Oh ya, kampung aku kat kedah.

Aku mulakan cerita ya. Atuk aku ni ada 2 rumah, rumah pertama tu dah lama terbiar sejak atuk aku meninggal, dan sekarang nenek tiri duduk dekat rumah kedua tapi berdekatan rumah pertama juga. Dekat rumah kedua ni ada 4 orang adik tiri ayah aku, 3 perempuan sorang lelaki. 1 perempuan dah kawin tapi baru lepas berpisah.

Memang semua berkumpul dekat rumah kedua tu, rumah tu cantik 2 tingkat. Memang style kampung, tapi hujung tahun 2016, rumah tu nampak uzur. Sebab ada bahagian yang dah tercabut atapnya, dan kayu-kayu pun ada yang reput dimakan dek anai-anai.

Dan rumah tu sangatlah kotor, bilik air berkeladak, banyak barang-barang lama. Tingkat atas semua dipenuhi dengan sarang labah, tikus ada kat tingkat atas. Jangan tanya kenapa boleh macam tu, benda tu terjadi sebab makcik tiri pemalas.

So, bulan march 2017. Ayah aku selaku anak sulung, buat tabung dan collect RM20k sorang. Adik-beradik kandung ayah aku ada 6 orang. So dapat laa RM100k sebab ada yang tak dapst bagi full. Tujuan ayah aku buat tabung ni untuk runtuhkan rumah tu, dan dibuat balik. Fully batu laa kiranya.. Untuk keselesaan anak-anak yang lain, dan dengan harapan. Makcik tiri aku dapat laa maintain kemas rumah tu.

Dan akhirnya, bulan june 2017 baru laa siap, cantik sangat rumahnya. Teratur, memang selesa laa. Sebelum ni, bilik ada 2 je yang boleh diguna. Tapi ni dah buat baru, 1 keluarga 1 bilik. Memang happy laa kan, tiap-tiap bulan balik kampung pun aku sanggup.

Tapi sayangnya, kekemasan tu hanya bertahan sekejap sahaja. 3 months after tu, aku balik kampung. Tengok bersepah, dengan kencing kucing merata. Taik kucing kat dapur. Yang makcik tiri boleh je rilek buat tak tau. Takde rasa serba salah.

And yang paling teruk, balik raya kali ni laa. Aku semangat nak balik kampung, dengan harapan makcik tiri aku tu nak kemas laa sikit-sikit. Yelaa, abang sulung nak datang kan, takkan nak buat taktau je. Of course kena kemas sikit.

Tapi, aku sampai kampung je. Dengan 2 kipas rosak kat ruang tamu, air cond memang takde. Tak tau nape ayah tak letak. Dekat ruang tamu ada meja untuk hidang makanan, aku tengok makanan tu terdedah. Lalat hinggap, kucing pun dah makan kuih coklat kat atas meja tu.

And then, duduk kat sofa. Sofa tu melekit, kat lantai berminyak. Memang aku dah start rasa tak selesa. Aku yang lelaki ni pun tau nak kemas rumah tau. Aku still act cool lagi.

Masuk laa pulak bilik ayah aku, pehhh.. Serupa macam tidur dalam store. Ada biskut yang dah cendawan, katil patah. Ada bau kencing kucing, lantai berpasir + melekit, ada sebakul spender+baju yang bau hapak. Almari mekap, kalau ambik pembaris, mau 5 inci tebal habuknya. Aku ingat bilik ayah aku je yang macam tu. Sekali, tengok semua bilik macam tu. Banyak bekas makanan, maggi lah botol air pepsi laa. Seolah-olah tak pernah kemas rumah tu.

Masuk bahagian dapur, ni kalau korang jenis penggeli. Boleh skip part ni okey. Dapurnya luas tau, kalah dapur kat rumah ayah aku ni. Dekat table top, ada bekas kuih raya, dalam tu macam ada air kuning. And then, ada lendir dekat bekas-bekas yang ada kat atas tabletop tu.

1 bakul besar, penuh dengan sampah. Yang belah bawah tu dah berulat. Lantai dekat dapur melekit+berminyak+air lendir. Tak tau mana datang air tu. Singki tersumbat, tingkap depan singki tu ada sisa-sisa makanan tersekat (diorang buang sisa makanan ikut tingkap) and then. Ada 1 basin kat tepi fridge, ada kahak dalam tu, banyak. Campur muntah sikit, bau dia. Tak payah cakap laa, punya laa masam.

Aku taktau macam mana diorang sediakan air and makanan. Pernah sekali, aku minum. Tengok-tengok kat gelas tu ada kesan air kopi. Means, dia tak basuh bersih. Aku type ni pun rasa loya.

Kita masuk bab bilik air pulak. Bilik air, ada hitam-hitam kat lantai, kuning-kuning. Dalam tempat tadahan air, diorang letak ikan dalam tu. Airnya jadi berminyak.

Dekat jamban, punyalah banyak pasir. Tak tau macam mana boleh ada pasir kat situ. Makcik pakcik aku yang lain, semuanya mandi dekat rumah atuk sedara aku (bersebelahan), family aku je yang mandi kat situ.

Jujur aku cakap, tak ada 1 pun kawasan dalam rumah tu yang bersih rumah tu seolah-olah tak pernah dimop, dibersihkan. Kehidupan diorang memang dah sebati macam tu. Tak boleh diubah.. Dulu masa ada tokbah aku, elok je rumah tu sebab tokbah selalu kemaskan. Tapi, Lepas tokbah meninggal, rumah dah macam tempat sampah.

Ayah aku memang tak tegur adik tiri dia untuk kemas rumah, tapi makcik aku pun, agak-agak laa. Takkan nak biarkan tetamu datang dengan rumah kotor macam tu.

Adik-adik aku nak kemas, tapi aku yang tak bagi. Even aku sendiri boleh je kemas rumah tu, tapi rumah tu dah terlampau teruk. Mungkin apa yang aku cerita ni tak seteruk apa yang korang bayangkan. Tapi kalau datang rumah ni, memang tak sanggup nak jejak. Adik-beradik kandung ayah pun bukannya takde buat gotong-royong. Tapi sama je, tahan laa sebulan. Lepastu jadi balik.

Tolonglah, jangan malas. Baik lelaki baik perempuan, kalau malas. Haa jadi laa macam adik tiri ayah aku tu, terlampau dimanjakan sangat. Dekat facebook bukan main lagi, macam bersih macam rajin. In real life, rumah kotor, pemalas.

Kalau dia baca ni, harap faham laa apa yang kami adik-beradik and cucu-cucu tokbah rasa bila duduk rumah yang kotor tu. Masing-masing bukannya budak kecik. Dah besar, sihat walafiat. Umur 38,35,31,27 tapi pemalas.

Yang aku geram, ayah aku hulur RM300 sorang. Itu untuk dia sahaja ya. Untuk nekbah aku lain, untuk belanja rumah pun lain. Tak worth untuk bagi, susah memang laa susah. Tapi jangan laa sampai RM300, aku tengok beli basikal RM1k boleh pulak.

Itu je lah aku nak confess, kang makin meleret masuk bab lain pulak. Ingat, jangan laa malas sangat. Malu sikit dengan orang. Thanks if diapprove, Assalamualaikum.

– Raff

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *