Rumah Kemas dan Cantik

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua pembaca IIUMC. Terima kasih juga kepada pihak IIUMC kerana menyiarkan artikel/tulisan saya pada kali ini.

Sebagaimana tajuk, jadi pada kali ini saya akan menyentuh topik mengenai kekemasan & kecantikan rumah serta bagaimana untuk seseorang itu memiliki rumah idaman. Ini adalah artikel ringkas, carian lanjut di internet akan lebih membantu.

Disclaimer : Sekiranya anda seorang yang pemalas, jangan bazirkan masa anda untuk membaca. Tapi sekiranya anda seorang yang rajin atau paling tidak mempunyai kesedaran untuk berubah, teruskan pembacaan anda.

Rumah merupakan tempat akan kita berada untuk tempoh paling kurang 12 jam sehari – manakala sekiranya anda merupakan seorang suri rumah kemungkin 24 jam merupakan masa yang peruntukkan untuk berada didalam rumah. Memiliki rumah yang cantik, kemas & (mewah?) merupakan idaman setiap orang, namun kekangan kewangan sentiasa menjadi masalah & punca utama. Jadi, bagaimanakah cara untuk mendapatkan rumah idaman tanpa perlu memiliki wang berjuta ? Langkah-langkah ini mungki dapat membantu anda.

1. Sila bangun dan kemaskan rumah anda. Cari segala jenis barang-barang yang tidak berguna, yang telah rosak dan yang telah lusuh. Cari, kumpulkan dan buang. Ya, sila buang segala sampah berkenaan ! Jangan biarkan barang-barang berkenaan terlonggok atau disimpan didalam kotak. Jangan bazirkan ruang didalam rumah dengan benda yang tidak berguna. Sekiranya barang tersebut masih boleh digunakan, namun bukan dalam keperluan anda, sila jual atau berikan kepada golongan yang memerlukan.

2. Sekarang anda telah memiliki ruangan “extra” setelah anda buang segala longgokan yang telah terperam lama.

Struktur, susun semula perabot didalam rumah anda mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Optimumkan penggunaan ruang dengan sebaiknya. Jangan biarkan susunan perabot anda berserabut. Tarik nafas dan susun elok-elok.

3. Warna/cat. Selidik warna-warna kegemaran anda, atau warna-warna terkini yang mampu menaikkan seri rumah anda. Jangan jadikan alasan harga cat mahal. Ukur baju dibadan sendiri. Cari cat pada harga yang mampu milik (Contoh jenama San Cora, SKK & lain-lain pada kategori basic – RM35++/4 liter).

Minta pendapat orang lain sekiranya anda tidak mahir untuk memilih warna yang sesuai. Ini amat penting, kerana kombinasi dan pemilihan warna yang salah mampu merosakkan dan menghilang seri rumah anda.

4. Kawasan sekitar. Pastikan kebersihan luar rumah anda turut terjaga. Jangan biarkan barang-barang berlonggok. Jangan biarkan rumput jadi panjang sampai harimau pun boleh duduk.

Anda tidak perlu beli rumah baru atau berhabis ribuan ringgit untuk menukarkan rumah anda menjadi rumah idaman yang kemas & cantik.

Yang anda perlukan adalah sedikit kerajinan dan kreativiti. Percayalah, sikap malas & pengotor tidak akan membawa rumah anda kemana-mana.

Akhir kata, memiliki rumah yang kecil atau besar tidak akan membawa makna apa-apa sekiranya penghuni rumah tersebut malas dan hanya berserah pada takdir tanpa usaha.

– Chantik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *