Situasi 1.
A: “Berapa harga rumah teres 2 tingkat awak masa beli dulu? Mesti murah kan? Jauh tu. Pegi balik keje berapa jam? Mesti jalan jem kan?”.
B: “Masa saya beli dulu murah RM200k. Sekarang dah mahal RM500k. Saya keluar awal pukul 6.15 pagi untuk elak jem. Kejap dah sampai.”
A: “Kat area rumah saya, RM500k tu dapat kondo je. Teres kat sini RM700k. Awalnye keluar. Saya keluar lambat so boleh spend time breakfast dengan anak. Berapa minyakk dan tol? Mesti mahal kan? Kalau naik public transport macam tren nak kena tukar banyak kali.”
Situasi 2. Pihak B pula yang menyoal pihak A.
B: “Berapa saiz rumah kondominium awak? Kalau beli rumah di pinggir bandar, dengan harga yang sama, boleh dapat rumah landed dengan saiz lebih besar.”
A: “Saya prefer rumah yang dekat dengan tempat kerja. Kejap je dah sampai ofis. Jalan kaki pegi lrt. Lepas tu naik lrt kejap je dah sampai.”
B: “Oh, awak naik tren. Saya dengar si C yang juga duduk dekat dengan pusat bandar tu pegi keje naik motor sebab jalan jem. Lagi satu, si D yang juga duduk dekat dengan pusat bandar tu, keluar rumah awal untuk elak jem sebab naik kereta.”
Untuk yang tak pernah dengar perbualan seperti di atas, ia adalah perbualan yang biasa didengar antara seorang yang tinggal di tengah bandar KL (pihak A) dengan seorang yang tinggal di pinggir bandar KL seperti Bangi, Nilai, Putrajaya, Shah Alam, Bukit Jelutong (pihak B).
Dalam situasi 1, pihak A menyoal pihak B mengenai kelemahan tinggal di pinggir bandar. Dalam situasi 2, pihak B pula menyoal pihak A mengenai kelemahan tinggal dekat dengan pusat bandar. Tak salahkan kedua-dua pihak. Boleh jadi sebelum ni mereka pernah berada di pihak yang disoal. So, apabila mereka bertemu dengan orang lain yang berada di pihak lagi satu, mereka pula menjadi penyoal.
Orang2 yang bekerja di tengah bandar KL ni terbahagi kepada 2 iaitu yang tinggal dekat dengan pusat bandar KL dan yang tinggal jauh dari pusat bandar KL. Biasanya, rumah dekat dgn pusat bandar KL adalah rumah bertingkat seperti flat, kondominium dan kalau landed, saiznya lebih kecil berbanding di pinggir bandar. Ade juga teres saiz besar, semi-d, banglo tapi harganya lebih mahal. Biasanya, rumah di pinggir bandar adalah rumah landed dan saiznye lebih besar dan harganya lebih murah. Ade juga rumah bertingkat tetapi tidak banyak.
Sebenarnya, kedua-dua kawasan rumah, baik dekat dengan pusat bandar KL atau jauh di pinggir bandar, masing2 ade kelebihannya.
Kelebihan rumah dekat dengan pusat bandar KL:
1. Dekat dengan tempat keje. So, travel time ke tempat keje sekejap dan travel cost murah.
2. Boleh keluar rumah lambat. So, boleh spend time dengan anak pagi.
3. Sesuai untuk yang suka tinggal dalam hiruk pikuk bandar yang dikelilingi pasar raya besar.
Kelebihan rumah di pinggir bandar KL:
1. Perlu bangun awal. Ade orang yang kalau rumah dekat, boleh jadi dia akan bangun lambat.
2. Perlu keluar rumah awal untuk elak jem. Pengangkutan anak2 ke sekolah perlu diuruskan oleh van sekolah. Selepas habis waktu sekolah, anak2 perlu transit di taska. So, buka peluang perniagaan van sekolah dan taska.
3. Perlu lalu lebuhraya dan bayar tol. Menjana peluang kerja dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya.
4. Perlu naik public transport dan bertukar tren beberapa kali. Menjana peluang kerja dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan public transport.
5. Pembinaan rumah jauh dari pusat bandar membantu mengurangkan kepadatan penduduk di situ.
6. Pembinaan rumah di pinggir bandar membuka kawasan baru dan membawa limpahan ekonomi di kawasan itu dengan pembukaan kedai dan pasaraya.
7. Sesuai untuk yang suka tinggal di kawasan kurang hiruk pikuk.
Maknanya, yang paling kaya ialah orang yang kerja di tengah bandar KL dan mampu beli rumah teres saiz besar/semi-d, banglo dekat dengan pusat bandar KL juga? Dan yang paling untung ialah yang memang kerja di pinggir bandar dan beli rumah “lebih besar tapi murah” di pinggir bandar juga?
Kepada anak-anak muda yang berkeluh kesah kerana belum memiliki rumah pertama, apabila anda sudah memiliki rumah kelak, selamat datang ke arena perbandingan rumah pulak.
Dalam pada kita menyediakan rumah yang selesa di dunia, jangan lupa untuk berusaha menyediakan rumah yang selesa di akhirat kelak.
– Insan kerdil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit