Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Aku disini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga aku terima.
Aku seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku. Aku mula kan cerita daripada aku mula menikah saja ya.
Selepas aku dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak ku dimana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.
Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia untuk kami keluar hidup sendiri berdikari.
Dalam kami masing masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu.
Lalu kakak sulungku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari,
Untuk memberi laluan kepada kakakku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian dibilik sewa kerana dia suka kan privacy sebegitu.
Aku dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami. Aku fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak.
Lalu kakak ku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak.
Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak makin berubah. Makin kotor, makin semak, makin busuk dengan najis kucing.
Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika aku tinggal disitu, lantai rumah berpasir. Dapur yang kotor dengan lantai berkerak.
Sampaikan aku tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling aku suka hatta ikan kembong goreng pun bagi aku rasa sedap sangat.
Aku tak mahu menyalahkan mak yang bagi aku sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas,
Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan disitu saja .
Bila aku tertengok gambar gambar rumah kotor yang viral di media sosial terus aku terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang.
Lepas kami berpindah kakakku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal disitu.
Bagi aku ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya.
Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak makin teruk kotor kerana mak aku perlu dibantu.
Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah.
Sebelum pandemik aku pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi aku juga sibuk dengan rumah tangga aku dan kerja kerja lain yang perlu aku uruskan.
Dan kemudian aku melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa tapi yang aku nampak rumah bukan nya semakin bersih kerana kakak ku cuma berada dirumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah semakin kotor!
Yang terbaru aku tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaman dan sudah bertali hampir kena kepala, bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua.
Setiap kali aku melawat mak aku tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana aku punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan,
Jadi memang aku kena fokus untuk anak aku didalam keadaan rumah yang kotor banyak benda berbahaya untuk anak aku .
Mak selalu mengadu hal kakak ku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik. Kalau gelas air yang di minum ditinggalkan saja penuh meja diruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain.
Aku cuma diam, aku tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja.
Maksudku perlukah aku orang yang tidak tinggal disitu ikut campur urus rumah yang kakakku dan suaminya perlu urus?
Kenapa ketika aku dan suami tinggal disitu rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama?
Kakakku belum punya anak kecil macam aku dan aku rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.
Aku dan suami takkan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dikatakan kakak sulung ku terhadap kami dulu.
Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, dirumah aku mak tak boleh beraktiviti seperti dirumah sendiri. Dia tiada kawan kawan dan sebagainya.
Aku cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, aku tak mahu orang yang kenal keluargaku tahu tentang ini.
Aku rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga aku malu dengan jiran jiran. Dengan keadaan kotor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua.
Mungkin ambil masa berhari hari, dan jika aku mula mengemas aku akan buat bersungguh sungguh hingga bucu lantai pun aku tak mahu tengok berkerak,
Jadi memang ambil masa yang lama untuk aku mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan aku punya anak kecil memang aku tak mampu membantu. Ampunkan aku ya Allah.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit