Rumah Mak Ayah Suami Bau Busuk

Aku Ana, 25, aku baru kahwin. Baru sangat lagi. Orang kata, fasa awal perkahwinan ni fasa bulan madu, tapi untuk aku, dia jadi fasa terbuka mata pada realiti ada mentua.

Masa mula-mula kenal suami aku dulu, dia tak pernah bawa aku ke rumah mak ayah dia. Kalau kami nak jumpa, merisik atau bertunang, dia akan buat dekat rumah nenek dia.

Nenek dia memang jenis kemas orangnya. Rumah bersih, tersusun. Suami aku masa tu nampak sangat bertanggungjawab, jenis rajin tolong angkat pinggan, sembang pun sopan, jaga solat. Aku fikir, “Lelaki macam ni, kalau jadi suami mesti tenang hidup aku.”

Lepas beberapa bulan kenal, dia masuk meminang. Aku setuju. Mak aku pun berkenan. Semua macam sempurna. Kami kahwin, alhamdulillah, majlis pun elok. Tapi ujian untuk aku, aku hadap lepas tu.

Lepas kahwin, dia ajak balik rumah mak ayah dia. Katanya, nak jumpa keluarga, lepak-lepak kenal akak dan adik dia. Aku pun excited la, fikir mungkin boleh bonding dengan ipar duai. Tapi Tuhan je tahu perasaan aku bila aku masuk rumah tu.

Bau busuk serang hidung aku sebaik buka pintu. Bau bulu kucing yang tak dibersihkan, hapak, macam dah lama tak cuci lantai. Kaki aku tiap kali melangkah mesti hitam.

Aku cuba senyum. Maybe kemas sikit ok ni. Tapi bila masuk dapur. Aku rasa nak menangis. Minyak tebal kat dinding dapur, pinggan mangkuk berlonggok, singki berkerak. Macam rumah tak berpenghuni.

Yang buat aku lagi tak faham, rumah tu ada anak dara tua. Tua dari aku. Dan adik perempuan suami aku pun ada. Umur awal 20-an, tak kerja, duduk rumah.

Tapi masa aku sampai, dia rilek je baring depan TV, gelak-gelak tengok drama. Tak ada rasa segan, tak ada usaha nak kemas ke, sapu lantai ke, at least buatkan air ke bila ada tetamu.

Aku bukan nak dilayan bak ratu, tapi basic adab tetamu tu langsung tak ada. Aku senyum je walau dalam hati aku tengah berkecamuk.

Malam tu aku menangis dalam bilik. Suami aku tidur lena. Aku termenung sambil fikir: “Betul ke aku kenal dia sebelum ni? Macam mana dia boleh tinggal dalam persekitaran macam ni tapi nampak bersih dan terurus masa dekat rumah nenek dia dulu?”

Rupanya dia memang jarang balik sini, banyak ke rumah sewa dia di ibukota. Jadi aku kenal versi dia yang duduk rumah bersih, dengan orang tua yang ajar tertib. Tapi rumah sebenar dia… sebaliknya.

Aku bukan benci keluarga dia. Tapi aku kecewa. Sebab aku rasa tertipu. Bukan dia menipu dengan sengaja, tapi aku tak pernah tahu reality dia. Dan dia sendiri tak pernah cerita.

Sekarang, aku tak tahu nak buat apa bila nanti dia ajak balik rumah mak dia, aku rasa berat. Bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku struggle dengan suasana.

Aku orang yang suka kebersihan. Bila tengok dapur macam tu, aku rasa nak pengsan. Bila nak solat pun, aku kena cari ruang betul-betul bersih. Kadang aku kesian dekat diri aku sendiri.

Tapi aku diam. Aku pendam. Sebab aku tahu kalau aku cakap, nanti orang kata aku menantu cerewet. Aku takut nanti dikata tak reti hormat keluarga suami.

Tapi aku manusia juga. Aku ada rasa, aku ada hati. Dan aku cuma nak hidup dalam suasana yang selesa, bersih, itu je.

Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan. Tapi aku harap suami aku akan sedar. Sebab kalau dia sayang aku, dia akan faham kenapa aku jadi begini. Bukan sebab aku tak suka keluarganya, tapi sebab aku tak sangka realiti lepas kahwin boleh seteruk ni.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kemas bilik kau nak tidur tu je dgn tempat kau selalu lepak. Yg lain pejam mata je. Aku dulu first time balik rumah pun culture shock jgk. Toilet pun aku geli nak jijak. Mak mentua tak sihat. Anak dara 2 org ada je tinggal sekali tapi mcm biasa alasan penat. Mmg dasar pemalas pengotor nak buat mcm mna.

    Sekarang punya stail.. bantal, cadar, selimut, towel semua angkut bwk balik. Airpurifier pun aku bwk sbb ada anak kecik. Setiap kali mndi aku sental toilet sikit2. Dapur pun setiap kali cuci pinggan aku sental dinding, sinki sikit2. Karpet dpn TV anak aku lepak pun aku selalu sapu. Aku bg je alasan anak mkn tumpah. Ada anak kecik lg la tak boleh go kotor2 ni. Nnt diorg sakit tambah satu hal lg. Mmg penat tak sudah la tiap kali balik rumah mentua.

  2. Sama situasi masa baru kawin tahun 2022.
    6 bulan duduk rumah mertua yg kotor berlendir berulat berpasir. 6 bulan tu kemas dan bersih mana yg kita lepak dan guna je. Peti ais tu pun masa hari kedua duduk sana, kita bersihkan jaga elok² . Yang lain pejam mata. Tahan nafas. Hahaha
    Ada anak dara 2 org. Tapi mmg pemalas pengotor ya ampun. Keluar bukan main lawa. Dah tabiat mmg tak boleh ubah. Baik mak ayah atau anak. Jadi pandai² la urus utk diri sendiri. Tapi 6 bulan je boleh bertahan sebumbung. Ada drama yg tak best. Dgn sy yg pregnant masa tu angkat kaki terus balik rumah mak kat Johor 11 jam perjalanan pada hari pertama puasa tahun 2023. Kesabaran ada had nya. Walaupun dapat keluarga macam tu, suami faham dan back up isteri dia ni. Alhamdulillah. After pantang sy mmg kena balik sana. Tapi sy dah cakap dgn suami yg sy nak duduk rumah sewa. Apapun,rumah mesti dah ada lepas balik dari pantang. Kalau tak saya tak nak balik dan saya dah tak nak bermalam kat rumah mak ayah dia. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Allah permudahkan. Ambil masa juga sy nak terima takdir sy dapat keluarga macam tu. Dan sy sentiasa doa agar Allah lapangkan hati sy untuk terima segala kekurangan yg sy baru tahu selepas kawen. Btw, Komunikasi dgn suami tu sgt lah penting sis. Suami tak boleh teka² kenapa kita badmood atau apapun. Tak suka cakap tak suka tapi dgn cara penyampaian yg betul. Jangan pendam. Nanti sakit dalam. Kalau tak mampu nak cakap dgn suami. Sis doa dan mengadulah pada Allah supaya hati tenang dan lapang.

  3. Seeloknya sblm khwin kena berbincang kat mana nak tinggal.
    Kalau lelaki tu ckp stay rumah mak dia..big NO ye…

    Sebab dh ramai terima padah

    Kita menumpang rmh org..tetaplah sbg penumpang..takleh nak lebih2 ckp itu ni kan…

    Bertahun2 berpuluh thn jd pengotor tak mgkn tiba2 nk jd pembersih.

    Ajak suami keluar secepat mgkn..kalau xnk kua..awk yg kua..g cr kerja jauh2 agar dpt duk rmh sewa swndiri

  4. sama dengan uma FIL. uma flat kecik. uma kecik bukan masalah. tp pengotor nye dgn toilet. dengan dapur. kucingnye. sumpah geli..uma pun ada ank dara. bilik jgn ckpla. pernah sekali nk masuk solat. smpi trpk cmne tido atas katil yg penuh baju. nk sembahyang pn xda space. stress. sy plk ada mild OCD. 1 2 kali balik masih bole thn. da berthn rs btol xselesa. bole sesak napas. suami slalu xphm & ckp sy xsuka family dia. susah. nasib balik jarang. kalau setiap minggu bole gila rsnye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *