Rumah Mertua Bersepah Tahap Kritikal

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya luahan saya disiarkan. Mohon maaf sekiranya penulisan ini berterabur, maklumlah saya bukan pengarang novel.

Saya sudah berkahwin lima bulan dan saya bersama suami masih tinggal bersama keluarga masing-masing. Kami tinggal di dalam negeri yang sama, tetapi suami bekerja dan menetap di Shah Alam manakala saya bekerja dan menetap di Kajang.

Walaupun tidak tinggal sebumbung bukanlah masalah utama yang saya ingin tekankan. Masalah yang ingin saya luahkan adalah mengenai rumah keluarga mertua yang bersepah, kotor dan berbau busuk secara kritikal.

Untuk pengetahuan, suami mempunyai sembilan beradik, tiga lelaki dan enam perempuan. Suami anak kedua sulung lelaki. Rumah mertua sangatlah tidak selesa untuk didiami.

Mertua membela kucing yang banyak sehingga berbelas-belas ekor dan diletakkan di sangkar belakang rumah. Kadang-kadang ada kucing yang berkeliaran di dalam rumah juga. Potty kucing merata-rata di dalam rumah; di dapur, ruang tamu, tangga dan ruang tamu atas.

Kalau sudah banyak kucing, faham-fahamlah bagaimana bau rumah. Dengan bau hancing kucing dan bulu merata-rata.

Kadang-kadang saya nak solat pun rasa musykil dengan kebersihan bilik suami sebab bilik suami pun ada bau hancing kucing walaupun tiada potty kucing dalam bilik kami.

Saya pernah bertanya suami, kucing banyak-banyak tak nak jual ke? Suami jawab, “tengok keadaan”.

Serius saya rasa kadang-kadang nak makan pun tak lalu dengan bau kucing yang kuat sangat. Saya pun ada bela seekor kucing, tapi rumah saya tak ada bau kucing langsung.

Sebabnya kami sentiasa bersihkan sangkar dan potty kucing dua kali sehari dirumah ibu bapa saya. Grooming kucing dua minggu sekali.

Ini baru cerita tentang kucing, belum lagi cerita keadaan dapur rumah mereka.

Di dapur mertua, keadaan dapurnya sangatlah teruk seperti neraka.

Kotak-kotak yang dah tak pakai masih tersidai di kabinet dan atas peti, makanan-makanan yang sudah expired pun ada di atas meja makan, dalam peti, sampah tak dibuang, minuman Tealive yang dah basi seminggu lepas masih ada dalam peti.

Dan bila buka peti, ‎masya-Allah, bayangkanlah bau busuknya macamana. Kalau nak buat air atau makan kena cek betul-betul expired datenya bila.

Pernah sekali saya masak dengan mertua, ambil telur dalam peti, telur itu pun dah macam berlendir dan expired. Yucks.

Bukan itu sahaja, kain baju berlonggokan di ruang tamu, ruang tamu atas, dalam almari. Di mana-mana sahaja ada longgokan baju yang bersepah.

Setiap kali nak balik rumah mertua, saya bawa beg berisi kain sebab tak ada tempat untuk saya letak baju saya dalam almari suami.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang pembersih dan kemas. Bukan ibu ayah sahaja yang jenis pembersih dan pengemas, makcik, pakcik dan nenek pun sama.

Rumah kami sekeluarga tak pernah orang tak puji bersih, cantik, wangi dan kemas. Kerana kami tahu, tuntutan agama dalam kebersihan rumah. Nak beribadat dalam rumah yang kotor pun rasa tak selesa.

Nak dijadikan cerita, masa raya Aidilfitri, saya pulang ke kampung suami. Saya ingatkan rumah mertua sahaja yang bersepah, rupanya rumah neneknya pun bersepah.

Lantai melekit sampai tahap merah-merah daki di tapak kaki bila memijaknya. Sama sahaja dengan rumah mertua, kotor, berselerak dan berbau.

Tak cukup dengan nenek, bila bertandang ke rumah makciknya juga, rumah makciknya juga bersepah macam tak ada rupa rumah dah.

Dalam hati kadang-kadang saya bertanya, ini rumah atau tempat pelupusan sampah?

Kadang-kadang rasa berdosa bila berkata negatif dalam hati, tapi rumah mereka memang tidak selesa betul untuk didiami oleh manusia normal macam saya.

Berbalik pada mertua, saya ada mention yang suami ada enam adik perempuan. Adik ipar perempuan semuanya tak boleh diharap. Tak ada inisiatif langsung untuk tolong mak mertua kemas rumah.

Bangun tidur pun masing-masing bangun pukul satu tengahari. Turun makan, lepas makan sambung berkurung balik dalam bilik. Bila diajak keluar, masing-masing mekap dan dress up mengalahkan artis.

Betullah orang kata, perempuan yang bergaya suka mekap ni belum tentu rumahnya bersih.

Saya bukan tak nak tolong kemas, tapi bukan tanggungjawab saya untuk kemas rumah mertua lagi-lagi bila mertua ada ramai anak perempuan. Lagi pun saya ni cuma lah menantu, saya tak ada hak nak usik barang-barang orang lain dalam rumah tu.

Bab solat? No komen. Keluarga saya amat menjaga waktu solat. Keluarga mertua kurang menjaga sikit bab solat ni.

Kadang-kadang bila mertua ziarah ibu ayah, mereka main terjah je tak kira waktu maghrib ke waktu malam. Sampaikan ayah saya sendiri tak selesa terima tetamu pada waktu-waktu yang tak sesuai kerana waktu mereka datang waktu kita berurusan dengan Allah.

Suami, bila balik ke rumah saya kadang-kadang terbawa perangainya yang masih bujang. Dia bangun lewat daripada saya, tapi tak nak kemas katil. Baju kotor pun dibiar atas katil dan lantai. Nampak benda bersepah dia boleh buat tak tahu je.

Kadang-kadang saya rasa menyesal kahwin dengan lelaki macam ini. Keluarganya pun sama sahaja, pemalas dan pengotor. Saya tak tahu bagaimana caranya untuk ubah suami supaya tidak terikut perangai negatif keluarganya.

Saya masih buntu, pembaca. Mohon beri nasihat yang positif. Adakah saya terlalu cerewet? Apakah sy masih normal? Atau bersepah dan kotor itu sebenarnya normal?

Terima kasih.

– Sakura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Puan Sakura,

    Maybe puan dan suami bole menyewa dan duduk di rumah sendiri. Puan trained suami puan. insyaAllah dia boleh ikut sama menjadi pembersih. nak salahkan dia pon tak boleh sbb dia memang membesar dgn persekitaran begitu. bagi dia, its normal.

  2. kenapa tak duduk sekali dgn suami..kajang & shah alam bkn jauh sgt pun..maybe blh pilih area yg tengah2 mcm area sunsuria tu ke? bila dah duduk sekali, boleh puan train suami jd pembersih..nanti bila suami puan dah terbiasa dgn environment yg bersih, dia sendiri akan rasa kurang selesa bila dlm keadaan kotor atau bersepah..

    bab rumah mertua tu, maybe blh suggest kat suami utk upah cleaner utk bersihkan rumah tu tapi mesti lepas dah bersihkan pun jadi mcm keadaan asal semula sebab family mertua puan dah terbiasa dgn keadaan kotor..haha..

    tapi nanti dah duduk rumah sewa asing yg area klang valley ni jugak, puan blh dtg singgah je ziarah mertua & blh elakkan utk bermalam sbb jarak rumah dekat je.. mertua puan pun tak perlu nk dtg selalu kat rumah keluarga puan sbb puan n suami dah tak tinggal dgn family dah

  3. Boleh puan,suami puan masih boleh dibentuk, masa awal awal kahwin ni la nak bentuk sebab dia boleh dengar kata kita. pastikan jangan tangguh2 train suami puan, makin lama dia makin selesa dia xkn dengar dah kata. Nanti slow2 dia akan segan dengan puan and family

  4. Sama macam keluarga mertua saya. Pengotor. Isunya bukan sebab kita berlagak.. atau kalau tak suka carilah rumah lain.. tapi kesedaran dlm diri tu perlu ada. Jaga kebersihan tu tuntutan agama. Tempat najis kucing letaknmerata.. rumah akan jadi berbau dan tak selesa. Memang ada org yg seperti ini. Saya juga stress hadap benda ni. Sbb saya dari kecil dididik dgn kebersihan. Menyesal pun ada kawen dgn org macam ni. Kalau tahu dari awal.. mmng tak nak laah kawen dgn dia nii. Serabut.

  5. TT kena duduk berdua dgn suami, so boleh biasakan & ajar suami tentang pentingnye kebersihan. Keluarga mentua saya pun mcm ni lah, 360 darjah berbeza dgn keluarga saya. Tapi bila dah masuk berbelas tahun kawin ni, bila datang rumah mentua saya buat2 tak nampak je, takkan pula kita nak kemas rumah dia. Anak2 mentua yg perempuan pun ramai dari lelaki. Saya dah lama sgt tak tidur rumah mentua, bukan menyombong atau rasa diri ni dah perfect, memang tak boleh tido dgn keadaan rumah tu. tapi mentua saya dua2 baik, jadi bab yg tak berapa elok tu pejam saja lah mata

  6. i know how it feels. Nasib baik rumah mak mertua i tak macam tu. just bersepah je sebab biasalah budak ramai. Rumah biras i macam rumah mil you. I pernah nak termuntah masa duduk rumah dia. nasib baik biras i takde dekat situ masatu tapi i rasa i biadap lah. hahah bukan sengaja! cari lah rumah sewa youu. train laki you jadi pembersih. susah tu kalau dah family semua pun macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *