Asslammualaikum ..
Name saya Linni.. sy berumur 30 tahun ..
Tajuk saya hari ini agak kejam dan terlau straight to the point .. hehehe.. Adakah rumah melayu paling kotor? Bagaimana kalau saya jawab iye? Okay jangan marah dulu.. rilex ye anak2..
Begini , 3 tahun lepas sy pernah bekerja sebagai maid partime di salah sebuah syarikat swasta .. Tugas saya mudah je , membersihkan rumah-rumah orang tak kira bangsa di smua tempat di area kuala lumpur .
Okay saya start cerita la hari pertama saya pegi rumah melayu nk bersihkan la kan.. saya bersama partner saya . Tuan rumah comey anak dua . Sorang tu baby lagi . Sorang tu pulak dah sekolah sebab nmpak baju- baju sekolah dia bersidai atas kerusi meja makan .
Kami buat keputusan nak bersihkan bilik tidur dia dulu. Langkah je masuk ,ya Allah.. katil berselerak tu pandangan biasa sis. Jangan heran . Sy nampak sebuah katil baby di sisi katil besar. Depan tu ade rak tv . Berhabuk gais.. seinci .. hahaha.. kawan saya tanya saya okay tak. Saya jawab okay je sikit ni boleh settle ..
Kami terus mengemas dan mngemas . Nak tau apa masalah kami masa tu? Kami siapkan bilik dia je 1 jam setengah … sebab terlampau banyak habuk wei.. belakang almari tv penuh sampah . Bila kami korek dan keluarkan satu- satu kami jumpe tudung ,garpu , sejadah kecil , baju dan macam- macam lagi harta karun . Hahaha. Tu belum bawah katil lagi.. baju- baju tak pakai longgok sebelah katil sampai berhabuk. Saya alihkan ampaian sejadah tu saya nampak telekung putih dah jadi warna kekuningan terselit kat kaki ampaian tu. Sedih nengok.
Okay rumah melayu yang kedua . Seorang isteri anak tiga . Anak-anak masih kecil . Comey2 belaka macam mak nya . Hehe.
Tugas pertama kami di suruh cuci kipas siling . Bab panjat memanjat memang partner saya yang buat sebab saya penggayat orang nya . Hahah.. Seperti biasa ye kawan2, rumah melayu adalah rumah yang paling banyak baju dan ade sikap ” SAYANG NAK BUANG” maka mereka longgok2 dalam bilik sampai tak perasan ada katil kat situ. Hahah.
Kali ni kami di uji dengan dapur dan bilik air . Kami ambil masa yang lama untuk bersihkan area situ . Sebab saya terpaksa menyental setiap sudut atas dapur sebab tersangatla berkeladak kehitaman. Tu sebab minyak yg teperecik masa korang masak tu then korang tak lap balik . Tu yg tinggal kesan macam tu .
Rumah ketiga , pasangan baru lepas kawin . Encik suami tu yg panggil kami datang . Dia kata rumah berhabuk sgt, hari2 saya lap pun sama berhabuk je .. katanye .. hahaha
Okay tak apa, saya start dengan bersihkan perabot . Lap hari-hari mana mungkin habuk masih setebal kamus dewan ni .. hahahah..
Mereka ada satu bilik khas untuk longgok kan baju – baju selepas basuh .. bertimbun .. tahniah.. huhuhu.. itu pun saya dah tambah sikit ambil baju bersepah atas sofa letak dalam bilik khas tu .. hahaha
Sy pernah pegi mengemas di rumah banglo. Kami di panggil masa tu sebab makcik tu kata personal cleaner diorang cuti. Oo ade personal cleaner. Hebat ! Mesti rumah ni bersih tak banyak la kerja.
Meleset gais!!! Tak tepat ! Personal cleaner kemas rumah ke mengangkang dalam bilik? Hahaha …
Jenis saya kalau mengemas saya buat betul-betul sampai nampak different dan tersusun. Haish, buat kerja tu biar la ikhlas bukan ambil bayaran je tapi kerja macam hape ntah
Saya ada banyak lagi nak cerita tapi tak mungkin la korang nak bace 3 tahun punya cerita kan. Hahaha .. Beza apa rumah melayu dengan cina ? Cina rumah diorang bersih sebab setiap pagi diorang kumpul baju- baju masuk dalam washing machine. Bila dah siap diorang terus gantung dan lipat.
Kalau kaum cina panggil kami , diorang lagi suka suruh kemas kan dapur , vacuum dan mop .
India pula dapur diorang paling tip top.. bersih sangat !! Sebiji pinggan pun tak ada dalam singki .
Partner saya pernah tanya kat saya ” kenapa lelaki ni pemalas? Nak bersihkan kipas pun tak mampu ke?”
Kami gelak je . Bersangka baik la. Mungkin lelaki tu kurang sihat .
Kepada ibu-ibu yang ada baby , kalau boleh jangan la biarkan baby anda duduk dalam kawasan yang berhabuk. Masalah nye bukan habuk sikit-sikit tu. Demi Allah , habuk tu bukan biasa2 punye habuk. Huhu…
Niat saya bukan nak membawang pasal melayu , saya cuma nak anda sedar bertapa pentingnya kebersihan .. Sekarang dah mudah , panggil je maid partime atau cleaner untuk bersihkan rumah.
Yang penting nampak bersih dan udara sekeliling pun jadi sihat . Suami balik pun sejuk je tengok rumah tu dah kemas.
Okay korang!! Terima kasih membacaa!!! Love u all!! Jumpe lagi
– Linni ( Bukan Nama Sebenar )
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit