Rumah Papa Mama

Terima kasih kepada semua yang membaca. Sekarang dah lewat malam dan dah masuk dua bulan lebih aku menyewa. Tiba2 rasa nak menulis confession tentang perkara yang berlaku dan aku tak boleh lagi nak faham kenapa benda ni boleh berlaku. Lain orang, lain cara berfikir.

Mula2 aku nak cerita yang aku duduk di PJ, di rumah yang papa mama belikan untuk anak-anak mereka tinggal jika bekerja di ibu kota. Rumah ni rumah end lot, ada 5 bilik. Semua bilik ada en-suite bathroom. Ada 4 bilik di atas dan 1 bilik di bawah.

Rumah ni kalau hujung minggu, penuh la sikit sebab papa mama akan datang melawat kami yang tinggal di ibu kota. Tambahan pula, ada dua pakcik aku tinggal kat sini. Dan sepupu aku pun beli rumah kat sini. Jadi, bila papa mama datang, kadang2 papa mama akan ajak saudara mara kami ke rumah. Tapi biasanya kami yang ke rumah mereka.

Aku dan abang aku (abang M) dah lama la tinggal di sini. Abg aku tinggal kat rumah ni dah 5 tahun. Aku pulak baru 4 tahun semasa belajar di universiti berdekatan dan sekarang baru je dapat kerja.

Dan Abang aku (abang Z) baru je dok dengan kami dalam 2 tahun lepas dia dapat kerja kat ibu kota selepas tamat belajar. Jarak dari rumah ke tempat kerja sejam lebih perjalanan sehala. Tempat kerja dia paling jauh antara kami bertiga.

Lepas abg Z aku kawen, dia dan isterinya duduk di rumah yang papa mama beli ni sementara isteri dia mencari kerja dan akan mencari rumah lain bila isterinya dapat kerja. In the meantime, isteri dia mengandung dan tak nak lagi tinggal di rumah ni. Lepas kakak ipar bersalin, dia dapat kerja berdekatan rumah ibu dan ayahnya (makcik pakcik D) dan beterusanlah episod pjj abg Z dengan isteri dia.

Awal tahun baru ni, papa dan mama bagitahu kami yang isteri abg Z dah dapat kerja di ibu kota (jarak perjalanan sejam lebih juga). Aku gembiralah sebab kami semua berdekatan (sebab aku fikir diorg akan cari rumah sendiri) tapi mama sambung pula dengan ayat yang meminta aku dan abg M keluar dari rumah ni sebab isteri abg Z nak bawak makcik D duduk rumah ni untuk jaga anak dia yang berumur setahun.

Alasannya anak/cucu tu tak familiar dengan tempat baru sebab selama ni kakak ipar dan anak dia duduk kat rumah ibu dan ayahnya. Selain dari tu, mereka risau dengan berita kes2 kecuaian di taska atau pengasuh. Berdasarkan alasan ni, kakak ipar bertekad nak bawa makcik D tinggal sekali dan makcik D memang bertekad nak jaga cucu dia, tak percaya orang lain untuk menjaga cucu dia.

Aku ni bukanlah takde kawan yang dah kahwin atau saudara-mara yang berkahwin dan mempunyai anak tapi takde la pulak dalam circle aku yang buat macam kakak ipar aku buat.

Aku pun ada abg yang dah kahwin dan ada anak saudara dah pun berumur 4 tahun. Abg F dan kak N pun pjj juga dan takde pulak kak N bwk mak ayah dia jaga anak dia walaupun dia sorang2 je. Dan alhamdulillah abg F dan kak N dah dapat duduk sekali dan masih juga tak bawak papa mama atau mak ayah kak N untuk jaga anak mereka.

Aku tak pasti lah siapa yang bagi idea supaya kami kena keluar dari rumah papa mama beli (untuk kemudahan kami) dan idea siapa la nak bawak makcik D ikut sekali jaga cucu, tinggal suami dia kat negeri lain.

Aku ni hairan la jugak. Sebab aku pun dah set yang kalau aku kawen nanti pun nak keluar dari rumah ni dan takde pun terlintas nak papa mama atau mertua kena jaga anak kami nanti. Kita yang muda pun penat jaga budak (aku jaga anak saudara aku pun, malam tu aku tidur lena hingga pagi sebab penat) inikan pula mak ayah kita yang dah berumur.

Sebab kan dah kahwin, kalau nak selesa, duduk la rumah sendiri. Tak mampu nk beli, sewa la dulu. Tapi tak dapat la nak rumah selesa mcm rumah papa mama beli ni. Aku pun tau aku takkan mampu beli rumah sebesar dan seselesa ni kalau dah kahwin nanti.

Kalau duduk rumah sendiri, nak bawak mak ayah ke sedara mara duduk sekali pun bawak lah. Tapi sebab nak selesa di rumah papa mama ni, kami pulak yang kena keluar menyewa. Abg M aku takpe la, gaji dia byk. Mmg masa duduk berdua dgn dia kt rmh ni, abg M yang bayarkan bil2 sebab masa tu aku belajar lagi kan. Kerja rumah sendiri buat. Kalau dah makan, kemas sendiri. Basuh baju semua sendiri. Masa kakak ipar duduk dengan kami pun takde pun suruh dia kemas rumah, masak, basuh baju sebab kami biasanya sampai rumah lepas selesai makan atau beli bungkus.

Rumah papa mama beli ni besar. Dapat bilik sorang satu siap dah semua benda ada dalam bilik kecuali dapur. Melampau la dalam bilik pun nak ada dapur. Hihi. Actually, dapur je la tempatkalau nak berjumpa sebab semua berkurung dalam bilik lepas balik kerja. Aku pun kadang2 sampai berhari-hari tak jumpa abang2 aku walau serumah. Setakat tanya khabar dengan call/WhatsApp je.

Hujung minggu pulak abg M akan keluar kalau kakak ipar aku ada, jadi nak bagi privacy la. Takde la kakak ipar nak bertudung je dalam rumah. Dan lepas kahwin, abg Z pindah duduk bilik bawah utk keselesaan kakak ipar. Takde la bertemu dengan abg M bila keluar masuk bilik.

Ni je la nak cerita. Pointnya aku hairan dengan cara sesetengah orang berfikir. Hihihi.

Semoga kita jadi anak yang tidak mengabaikan ibu dan ayah serta tidak menghambakan mereka. Jangan pula lupa ibu dan ayah jika mereka sudah tidak berdaya menghambakan diri mereka kepada kita sebagai anak. Semasa mereka dianggap berguna, ke sana sini heret mereka supaya ada orang boleh tengok anak2 kita masa kita nak berehat.

Sekian, sekadar perkongsian dan ingatan kita bersama sebagai anak dan menantu.

– Acu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *