Rumah Persinggahan

Hai semua pembaca IIUM Confession terima kasih untuk admin yang siarkan tulisan saya. Saya cuma tak tahu medium lain untuk meluah dan saya rasa page ni sangat membangun kepada confessor.

Saya anak ketiga ada kakak, abang, adik. Saya dari broken family. Broken di sebabkan orang ketiga. Saya dan adik beradik saya jadi mangsa.

Rosak emosi dan mental. Abang dan kakak saya disahkan menghidap depression, adik saya pulak anxiety teruk dan saya pula rasa saya sangat kosong.

Kadang2 saya nak meluah ke adik beradik saya rasa x sampai hati sebab mereka dah tak mampu untuk mendengar.

Apa yang saya tahu bila mereka dengar, mereka akan jadi bertambah murung, sakit dan anxiety. Jadi saya ambik keputusan untuk pendam sendiri.

Disebabkan mak dan ayah saya bercerai saya tinggal dengan nenek. Saya jarang jumpa mak dan ayah sebab mereka dah berkahwin dan ada pasangan dan family sendiri.

Saya rasa sedih bila abang, kakak dan adik dah balik sebab mereka dah berkerja dan saya masih belajar di IPTA.

Bila cuti sem saya tak tahu nak balik ke mana sebab kadang2 nenek saya dia tinggal bersama makcik saudara dan rumah mesti kosong dan saya akan tinggal sendirian.

Bukan tak nak tinggal dengan mak dan ayah saya… Saya tak tahu kenapa saya rasa tersangat sedih bila tinggal dengan mereka sebab kenangan lama tu akan sentiasa bermain di fikiran dan teringat balik kenangan bersama masa mak dan ayah belum bercerai.

Nak tinggal ngn kakak dan abang?

Kakak saya dah berumah tangga dan umumnya bila dah berumah tangga ni memang banyak pakai duit sampaikan mereka masih merancang anak sebab duit gaji tak cukup.. Apatah lagi saya nak menambah beban mereka…

Saya ada je duit hasil kerja part time kat tempat belajar tapi bila duduk dengan kakak dia tak bagi guna duit saya dan penah satu masa dekat kedai makan saya saja yang order dia dan suami hanya tengok sebab tak cukup duit untuk order banyak makanan..

Akhirnya saya tipu-tipu kenyang untuk bagi diaorang habiskan makanan tu.

Berbalik pada kakak saya, dia depress bukan sahaja disebakan broken family saya saja. Keluarga mentua dia pun kurang suka family saya.

Saya pun tak faham, hina sangat ke anak yang ibu bapa mereka bercerai?

Kata kakak saya, ibu mentuanya selalu kata yang dia harap kakak saya tak menurun perangai mak saya yang curang.

Walaupun saya bukan di tempat kakak saya, kata2 mertua nya itu sangat kurang ajar dan orang tua seperti dia selayaknya bertaubat dari berkata dan mendoakan pekara seperti itu. Kesannya terpalit pada saya jugak..

Adakah orang yang menjadi mertua saya nanti boleh terima family saya begini?

Atau mereka akan turut mencemuh?

Bagi saya cukup malang wanita yang datang dari broken family dan mengharapkan ada sinar bahagia dari family kedua iaitu family mertua tetapi sebaliknya family mertua pulak yang mencemuh dan merendah-rendahkan

Sekiranya tuhan takdirkan saya bertemu family mertua begini saya memang takkan teragak agak untuk lari sejauh alam. saya dah tak takut kehilangan apa-apa.

Abang saya pulak duduk rumah bujang berkongsi dengan rakannya yang lain lagi lah tak sesuai untuk saya duduk.

Saya bukan tak nak tinggal dengan mak dan ayah tapi saya masih belum ‘sembuh’ dari kesan penceraian mereka dan sejujurnya saya terpaksa jadi yang kuat dalam keluarga, saya buat2x sedih, sentiasa ceria supaya kakak abang adik saya tak risaukan saya.

Saya di tahun ke tiga pengajian saya, kalau pembaca tahu mengenai teori psikologi maslow keperluan kehidupan.. Rumah atau shelter menjadi asas utama sebelum pendidikan..

Tanpa rumah tempat untuk pulang memang emosi seseorang sangat terganggu apatah lagi nak fokus dalam pelajaran.

Tapi Allah banyak bantu saya, allah permudahkan urusan belajar saya. Setiap sem pointer saya tak pernah jatuh bawah 3.95. Syukur alhamdulillah..

Di 2023 ni ramai rakan-rakan saya senasib dengan saya, ibu bapa bercerai di usia tua.

Di akhir tulisan saya ini sekiranya pembaca mempunyai anak seusia saya, jagalah hubungan keluarga pembaca sebab teruk ranapnya emosi anak bila ibu bapa berpisah ketika mereka dewasa dan mengenal erti ini.

Cukup ranap, nak bangkit sembuh, kini masih terumbang ambing. Sangat payah sebenarnya.

Saya harap pembaca doakan saya lepas habis belajar dapat pekerjaaan yang baik mampu beli rumah yang selesa dan bantu adik beradik saya. Doakan saya kuat jugak.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *