Rumah Pertama Dengan Gaji Basic RM1650

Salam terima kasih pada admin kerana publishkan story kami ini.

Hari ini aku terbaca (tak sure sahih or tidak) yang 93% rakyat malaysia tiada rumah sendiri. Suami aku seorang yang bekerja kilang, umur 25 waktu beli rumah pertama dengan basic salary RM1650 dan jika dah termasuk ot dalam RM2400. Dan aku pulak tidak bekerja.Pada masa tu juga kami tiada cash yang banyak untuk beli rumah.

Masa aku nak beli rumah tu betul-betul tak ready dari segi cash langsung. Mungkin rezeki kitorang dapat rumah yang berharga RM70k (rumah low cost). Masa tu benda 1st yang kitorang buat adalah booking dengan agent sebab rumah tu under agent. Selalu jika beli rumah 2nd deposit adalah sebanyak 10%

Tetapi untuk booking under agent perlu bayar sebanyak 3% pada hari booking so waktu tu kami hanya bayar dalam rm2100 dari own cash dan lagi 7% setelah loan lulus dan boleh dikeluarkan dari kwsp.

Waktu submit loan agent yang uruskan dan urusan lebih mudah jika guna agent. Agent akan hantarkan application kita pada beberapa bank tapi mesti ada bank yang tidak akan luluskan pinjaman lebih2 lagi bagi yang pinjam 100k dan ke bawah. Dan macam kami hanya 1 bank sahaja yang luluskan pinjaman tapi dengan rate 6.95. Dan untuk lebih mudah ptptn perlu di selesaikan/bayaran adalah cantik sebelum apply loan.

Selepas loan dah lulus dan snp pon dah sign, kita dah boleh apply untuk keluarkan kwsp. Kwsp boleh keluar sebanyak 10%, so kami dapat lah keluarkan rm7000

So 7% baki deposit kami setelkan menggunakan kwsp dan ada sedikit lebihan dari kwsp kami gunakan untuk valuer + lawyer (half kwsp half own cash). Oleh sebab dapat rumah yang murah jadi, valuer kami dalam rm700 dan lawyer dalam rm4500.

Untuk rumah ada bank boleh bagi 100% loan atau pon boleh masuk kan cost guaman serta valuer dalam loan. Jadi sebenarnya tak susah nak beli rumah. Cuma perlu ada sedikit persediaan.

– atie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit