Rumah Pusaka

Assalamualaikum semua. Aku Mawar & adik aku Melati. Nama samaran sahaja.

Cerita aku ni agak biasa dibahaskan iaitu bergaduh pasal rumah pusaka.

Secara ringkasannya, parents kami dah meninggal & rumah pusaka tersebut dijadikan rumah sewa.

Rumah sewa tu diurus oleh makcik kami. Tiap2 bulan duit sewa masuk dalam akaun aku & adik.

Waris faraid lain dah lepaskan bahagian mereka. Masa ni tiada masalah tentang rumah pusaka tu.

Awal tahun lepas adik aku Melati nak kahwin & dia bagitahu nak duduk rumah tu bersama suami dia.

Adik aku janji akan bayar bahagian aku sebanyak macam rumah pusaka tu disewakan. Tu yang dia setuju. Tu yang dia usulkan sendiri. Tu yang dia janjikan.

3 bulan pertama suami Melati bayar. Masuk bulan ke 4 mereka kata hutang dulu. Sampai sekarang masih hutang. Sampai la aku call & minta bayar.

Tiba2 masa ni adik aku cakap, rumah pusaka pun kena bayar ke. Tu pun rumah dia juga. Kenapa nak bayar pulak. Macam2 alasan dia bagi.

Aku faham rumah pusaka tu hak dia tapi ada hak aku juga.

Aku bagitahu dia, kalau tak mampu bayar bulan2 bahagian aku macam dia janji, jual je rumah tu & bahagi 2 duit rumah.

Adik aku tertegas tak nak jual. Katanya ada sentimental value.

Aku pun suruh dia ambil terus rumah tu tapi bayar bahagian aku. Pun dia tak setuju. Senang cerita dia nak duduk free.

Aku faham tu rumah dia juga kenapa nak bayar kan? Tapi aku pun ada hak dekat rumah tu. Kalau tak mampu bayar, jangan berjanji.

Aku pernah buat2 nak pindah masuk rumah tu since tu pun rumah aku juga kan.

Dia kata tak boleh sebab bilik tengah dah jadi home office dia & bilik ketiga dah jadi store.

Kes kedua aku baru tahu dari makcik aku yang adik aku ambil semua barang kemas arwah mak aku.

Makcik aku bagi adik aku suruh share dengan aku tapi dia bolot sorang. Lagi la aku angin.

Sekarang ni memang aku tak bertegur sapa dengan adik aku. Aku dah banyak kali mengalah. Kali ni aku mengalah lagi sekali tapi jangan harap aku halalkan bahagian aku.

Aku ni jenis lembut hati kalau orang cakap baik2. Aku tak kisah mengalah dengan adik aku kalau dia cakap baik2 dengan aku.

Sekarang ni aku rasa mcm kena tikam dengan adik sendiri.

Masa mula2 parents kami meninggal, aku tak masuk UPU tahun tu sebab nak jaga adik aku SPM. Pergi balik sekolah aku yang hantar ambil dia.

Aku yang sanggup mengalah sampai aku nak belajar degree di KL pun aku tangguh. Lepas dia dah masuk matrik, baru la aku tenang nak ke KL untuk sambung degree.

Rasa macam kena pijak.

Aku rasa solusi paling waras adalah jual & bahagi dua duit rumah.

Satu lagi, dia ambil rumah tu & bayar bahagian aku. Tapi tu la duit bulan2 pun tak mampu bayar, tak mungkin dia mampu nak bayar semua bahagian aku.

Jadi, solusi satu tadi la paling logik. At least duit jual rumah tu dia mampu jadikan duit deposit rumah baru.

Tu je aku nak luah. Boleh kongsi pengalaman urus rumah pusaka untuk waris yang tak nak bagi kerjasama sekali kalau ada.

Terima kasih.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *