Rumah Pusaka

Assalammualaikum. Aku nak minta pandangan semua tentang satu rumah pusaka peninggalan orang tua.

Biar aku cerita dari awal lah ya. Aku ada enam orang adik-beradik. Empat lelaki, dua perempuan. Aku anak nombor dua. Lelaki sulung lah.

Masa arwah ayah meninggal dunia dua puluh satu tahun yang lalu, semua harta arwah dibahagikan secara muafakat antara ibu dan adik-beradik kami. Masa tu semua setuju kami tak bahagi secara faraid.

Dalam pembahagian tersebut, masing-masing yang lain dapat tanah-tanah, rumah-rumah sewa. Aku pula dapat rumah pusaka – rumah peninggalan ibu dan arwah ayah.

Aku tak kisah dapat apa pun. Rumah tu ibu yang terus duduk setelah ayah meninggal. Ibu duduk saja lah. Tak ada apa-apa isu pun.

Segala bayaran bil, cukai kini beralih kepada aku lah. Tambahan pula aku pun bekerja jauh dari rumah pusaka tempat tinggal ibu tu. Sesekali macam biasa, jika ada cuti, aku akan balik melawat ibu.

Isunya di sini, bila ibu kami meninggal dalam 3 tahun lepas, bila aku nak ambil alih penjagaan rumah itu semula, hak aku terhadap rumah tu seolah dinafikan. Sedangkan tanah-tanah dan rumah sewa dorang, aku tak ambil tahu pun. Tak peduli pun.

Alasan dorang, “Itu rumah mak ayah kita. Hak kami pun masih terus ada dalam rumah tu.”

Macam tu senang je dorang kunci mulut aku.

Masa mula-mula arwah ibu meninggal, ada seorang anak saudara (anak adik aku) yang tiba-tiba masuk tinggal di situ tanpa minta izin aku pun. Memang agak terpinga-pinga juga.

Tapi atas dasar silaturahim, aku akur sajalah. Aku fikir budak tu mungkin boleh jaga rumah tu baik-baik. Tambahan pula aku pun tinggal jauh.

Aku serah bulat-bulat penuh kepercayaan penjagaan rumah kepada budak tu yang masih bujang. Walaupun aku tak duduk situ, tapi segala bil api air dan cukai aku yang tanggung.

Atas dasar kasih sayang pada ibu ayah, aku tak nak apa-apa tertangguh. Bagi aku, rumah tu amanah pada aku.

Masalahnya… baru-baru ini, aku ada balik ke kampung. Apa yang amat menyedihkan, aku dapati rumah tu rosak sepenuhnya dan sangat-sangat kotor.

Tak payah lah aku nak gambarkan macam mana kotornya rumah itu. Nanti korang pun tak lalu nak makan. Kalau aku cakap… pinggan nasi dalam jamban. Haa… korang bayangkan lah ya.

Kalau korang tanya, sebelum ni aku tak balik langsung ke rumah selama tiga tahun tu. Aku ada balik jenguk kubur ibu ayah dan menyantuni kawan-kawan arwah.

Tapi kesilapan aku, aku tak pergi jenguk ke rumah tu atas dasar hormat orang yang tumpang tinggal. Walaupun budak tu sikit pun tak hormat ke aku.

Setiap kali balik, aku duduk hotel di pekan. Bodoh aku kan?

Bila aku dah tengok keadaan macam tu, mestilah aku mengamuk. Rumah mak ayah aku kot. Orang yang agak dihormati di daerah tu.

Tambahan pula bila nampak aku di situ, jiran-jiran pakat datang mengadu tentang sikap anak saudara aku yang kerap angkut kawan-kawan lepak tak kira jantina. Sentiasa ada parti BBQ.

Korang boleh agak lah apa aku buat seterusnya kan?

Tapi masalahnya dengan adik-beradik aku yang lain ni… terutamanya dengan kakak sulung aku. Bila aku nak jaga sepenuhnya balik rumah tu, tak sudah-sudah dengan ayat, “Tu rumah mak ayah. Aku anak perempuan sulung. Aku ada hak ke atas rumah mak ayah.”

Ohhh… masa rumah tu tunggang-langgang dikerjakan si bedebah sampai hancur luar dalam, tak nak pula korang mengaku hak-hak korang.

Tapi bila aku nak take over saja, segala hak pula muncul. Sampai aku nak berkemas-kemas pun susah. Itu jangan buang. Ini jangan pegang. Itu jangan sentuh. Aku suruh dorang ambil bawa balik ke rumah masing-masing, tak nak pula.

Semua barang nak berlonggok kat rumah tu. Kalau barang mak ayah, memang aku sendiri yang simpan. Semua tu aku sayang.

Tapi ni barang-barang memori waktu dorang membesar – segala pingat-pingat, buku-buku majalah lama, baju-baju lama, surat-surat cinta – semua aku tak boleh sentuh. Dorang yang lebih kalut cepat-cepat berkemas terus longgok di sana.

Untuk pengetahuan korang, rumah tu dah ditukar ke nama aku.

Aku ingat, bila pencen nanti, aku nak balik duduk situ. Aku nak jaga elok-elok rumah tu sebagaimana arwah ada dulu.

Tapi bila tengok perangai masing-masing yang tak tahu hormat aku sebagai tuan rumah yang sekarang, aku rasa sedih.

Apa patut aku buat?

Korang jangan suruh aku jual. Aku rasa sangat sayang.

Bantu aku…

– Hashim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kalau rumah dah nama kamu pertahankn
    hak kamu. Terangkn pd mereka masa ayah masih ada sudah jelas pembahgian semua dan adik beradik dah amik bahgian masing2. Kamu kena tegas. Buat pernyatasn harta peninggalan yg ada dlm rumah kena faraidkn walau selipar pun tu apa yg dikatakn UAI. Tapi brg2 lain sprt piala dn brg2 peribadi adik beradik minta mereka ambil sbb rumah tu bukan stor simpanan brg2 mereka. Beri masa mereka ambil jika tidak awak akan buang atau bakar. Kena tegas dlm hal ini . Tegaskn itu rumah awak dan hya brg awak di dlmnya.

  2. Allahu berat jgk ni. En. Hisyam jgn pening², pegi jumpa/ rujuk pakar faraid dulu..kot ada kwn² yg arif, tak pun pegi pejbt agama. Tnya je dlu situasi tuan & dptkn nasihat cmn nak buat. Mgkin sbnrnya ni lebih kpd nilai sentimental, tu yg masih nk pegang pd ‘harta pusaka’ tu pdhl nama tuan tanah/ rumah dh ubah. Adik brdik En. Hisyam mgkin terlps pandang psl hak mereka & hak tuan pdhal klu tkde jln lain, ada kmgkinan masing² kena melepaskan hak skrg (muafakat dulu) & bermula semula (penamaan & pembahagian lain). Cumanya klu En. Hisyam & adik beradik mahu kekalkan ikut muafakat dulu, tuan mungkin perlu rangka perjanjian dgn peguam (cuba tanya juga perkara ni di pejbt agama & pejbt tanah) & ditandatangani semua adik brdik lain supaya tak berlaku isu² berbgkit mcm dlm confession. Buat secara undang² supaya hak tuan & ahli waris tuan terjaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *