Rumah Sauna

Hi semua, saya menantu pantai timur daripada confession sebelum ni, (https://iiumc.com/insan-tersepit/).

Terima kasih di atas cadangan semua untuk saya block dan hide status di whatsapp dan instagram daripada ipar.

Sesungguhnya hati ini kembali tenang. Bagi yang suruh aku reply whatsapp ajak gathering di sana juga, ya aku sudah reply mengatakan ini abang2 ku punya plan.

Dan jika dia juga ingin belanja dan mengajakku makan2 aku okay2 sahaja, tetapi tiada reply. Masih tidak puas hati mungkin?

Adik beradik suami semuanya berkahwin awal kerana masing2 hanyalah bersekolah setakat pmr sahaja (kecuali suami dan kakak nya belajar sehingga ke universiti di bidang kejuruteraan).

Jadi semua adik beradik suami tinggal berdekatan kerana semua sekali bekerja dengan bapa mertua dan mengambil alih perniagaan di branch2 yang berbeza.

Ipar yang whatsapp perli2 itu adalah ipar yang bekerja di mini market di rumah suami.

Oh, bukan 10 tahun tak pulang ke rumah mertua ya.

Hanyalah ketika balik dua hari weekend sahaja dari jam 5 pagi sabtu hingga 5 petang ahad, memandangkan waktu yang sangat singkat. Setiap kali raya masih lagi mengamalkan konsep bergilir2.

Last raya bulan 4 pun turn sebelah suami. Setiap kali raya kami suami isteri akan beraya dari pagi2 sampai ke malam kerana tidak tahan kepanasan untuk berada di rumah.

Buat yang bertanya kenapa aku tidak siang di rumah suami dan bermalam di rumah aku, waktu siang di rumah Suami terlalu dan teramat panas.

Seperti yang diceritakan awal2, suhu di dalam rumah yang terperangkap tanpa tingkap dan pengudaraan, adalah 55 celsius.

Mana mungkin mampu untuk bertahan di dalam rumah dengan bertudung lingkup sepanjang waktu siang.

Hanyalah pada waktu malam sahaja suhu di dalam rumah tersebut turun sedikit.

Bab renovate rumah untuk keselesaan semua tiada di dalam fikiran ayah mertua, yang ada hanyalah untuk membesarkan perniagaan nya.

Di sebabkan itulah setiap kali ke rumah mertua, mini market nya semakin besar menutupi rumah yang berada di tengah2. Jadi rumah di tengah2 terperangkap tanpa pengudaraan dan tingkap.

Bahkan 50% bahagian di dalam rumah seperti ruang tamu dan dapur juga telah digunakan untuk menyimpan2 stok2 makanan dan barang2 mini market. Hanyalah di dalam bilik sahaja terdapat ruang peribadi untuk penghuni2 rumah tersebut.

Ya, suami datang tidur di rumah aku kerana tiada bilik untuknya di sana seperti yang diberitahu. Tidak pernah aku paksa suami untuk tidur di rumah ku pun, ini disebabkan bilik2 semua sudah di occupied oleh adik beradik suami yang ramai.

4 sudah tinggal di rumah masing2 memandangkan sudah berkahwin, jadi tiada tempat untuk suami tidur. Bahkan di ruang tamu juga dipenuhi dengan ayah mertua dan adik2 lelaki suami yang tidur di ruang tamu beralaskan toto.

Seperti yang diceritakan lagi, aku balik ke kampung hanyalah dua hari satu malam. Jadi hanya ini masa untuk aku spend time dan berbakti untuk ayah ku.

Hanyalah 24 jam ini yang ada, memandangkan ayah sudah tidak sihat dan sering kali keluar masuk hospital. Aku lah anak perempuan yang boleh diharapkan untuk menguruskan rumah ketika waktu aku pulang ataupun memasak juadah kesukaan ayah ku.

Dan yang mengatakan aku anggap adik beradik perempuan suami (yang lelaki masih rapat) sebagai orang luar, rasanya bukan aku seorang sahaja menganggap begitu.

Ibu tiri suami yang berkahwin sejak suamiku di bangku sekolah lagi kerana ibunya telah meninggal sering kali whatsapp2 ku mengadu bahawa dia terlalu letih untuk masak setiap hari.

Bahkan jika gathering buka puasa Atau dinner di rumah, ibu tiri suami amat letih kerana katanya hanya dia seorang yang akan memasak semua2 lauk daripada awal sampai akhir.

Dia tidak berani untuk bersuara Kepada adik2 perempuan dan kakak suami memandangkan dia hanyalah ibu tiri mereka semua.

Adik2 perempuan suami hanya akan tiba apabila hampir waktu berbuka ataupun apabila hampir waktu makan. Ibu tiri suami juga, memasak 3x sehari tanpa gagal memandangkan bapa mertua hanyalah makan makanan di rumah.

Jika hari raya, aku akan masak siap2 juadah raya dari rumah seperti ketupat, kuah kacang sambal daging, rendang ayam, rendang daging dan ungkep ayam untuk dibawa ke rumah mertua. 

Jadi kesimpulannya, tak stay siang – sebab terlalu panas tak tidur malam – takde space, takde bilik.

Pasang aircond – ada satu aircond di ruang tamu, tetapi aircond umpama hidup mati segan tak mahu. Pun tak mampu nak cover kepanasan di rumah tersebut. Disebabkan ruang bertutup dan siling yang terlalu rendah.

Sekian end confession, thanks buat semua yang bagi cadangan block2 sahaja orang macam ni. Amat2 membantu :)

– Menantu Pantai Timur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *