Rumah Sewa

Assalamualaikum, aku Mia (bukan nama sebenar) umur 28 dan sudah bekerja. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah kisah yang terjadi pada aku dan rakan-rakan aku semasa kami menjalani latihan industri sekitar tahun 2019.

Aku, Huda, Misha dan juga Shira merupakan classmate dan kami telah membuat keputusan untuk mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam memandangkan kami berempat telah diterima menjadi intern di syarikat-syarikat di Shah Alam.

Aku dan Shira di tempatkan di satu syarikat manakala Misha dan Huda di satu syarikat yang lain.

Maka bermula lah pencarian rumah sewa kami di sekitar Shah Alam, pelbagai jenis aplikasi telah kami cuba untuk mencari rumah sewa yang sesuai dengan bajet kami sebagai seorang pelajar namun rumah yang sesuai tak jugak kami temui.

Sehinggalah 3 hari sebelum tarikh bermulanya latihan industri, Shira telah menjumpai sebuah rumah yang mencari penyewa bagi master bedroom, rumah teres 2 tingkat full furnished dengan harga 300 sebulan setiap seorang dan ianya terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Huda menghantar gambar terkini rumah dan bilik master yang diberi oleh tuan rumah dan kami bersetuju memandangkan rumah berkenaan di dalam keadaan yang baik berserta harga yang bersesuaian dengan bajet dan juga oleh kerana kami sudah kesuntukan masa untuk mencari rumah yang lain.

Tanpa melihat sendiri keadaan rumah tersebut (memandangkan kami semua duduk di lain-lain negeri) kami terus membayar deposit kepada tuan rumah.

Pada hari ahad kemudiannya, Shira terlebih dahulu ke rumah sewa untuk mengambil kunci dan meletakkan barang di rumah manakala Aku, Huda dan Misha datang keesokkan paginya untuk meletakkan barang dan terus ke tempat kerja.

Sesampainya dirumah pada pagi tersebut, alangkah terkejutnya kami bertiga dengan keadaan rumah yang sangat berbeza daripada gambar yang diberi.

Rumah seperti ditinggal lama, dengan semak samun di luar dan selepas Shira membuka pintu utama rumah, semerbak bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung kami. Semua perabot ditutupi dengan kain dan hitam tapak kaki kami apabila memijak lantai.

Ya, jelas benar memang tiada langsung orang yang tinggal dan menyewa disini. Mengikut kata Shira sebelum ini, tuan rumah memaklumkan ada penyewa lain disitu tetapi penyewa tersebut outstation dan tidak tahu bila akan pulang semula.

Kami juga bertanya pada Shira jika dia tidur disini semalam memandangkan dia sudah tiba awal dari kami bertiga. Shira mengatakan dia dan keluarga nya tidur di hotel memandangkan keadaan rumah yang sangat teruk.

Oleh kerana kami perlu masuk kerja pada pagi itu, jadi kami hanya meletakkan barang-barang di ruang tamu dan langsung bergerak ke tempat kerja. Di tempat kerja aku bertanya pada Shira apa kata tuan rumah dengan keadaan rumahnya semasa Shira datang mengambil kunci?

Shira memaklumkan bahawa dia tidak berjumpa dengan tuan rumah, tuan rumah hanya memaklumkan untuk mengambil kunci dibawah pasu dan sebarang urusan berkaitan dengan rumah Shira diminta untuk menghubungi anak saudaranya yang menetap di Klang.

Jelas terpancar diwajah Shira rasa serba salah mencadangkan rumah ini tetapi kami juga yang sepakat dan bersetuju untuk menyewa disini.

Dan dengan ini apa yang boleh aku rumuskan ialah kami ditipu.

Sepanjang kerja, aku tidak boleh fokus memikirkan keadaan rumah yang sebegitu rupa, memikirkan balik nanti perlu dikemas perlu dicuci, aduhaiiii.

Malam itu selesai mengemas ruang tamu, bilik air dan bilik master, kami membuat keputusan untuk membuat bacaan yasin sebagai perlindungan memandangkan rumah tersebut sudah lama ditinggalkan tidak berpenghuni. Usai bacaan yasin, kami mengunci pintu utama untuk lanjut tidur.

Buat pengetahuan semua, pintu utama hanya boleh dikunci dari luar memandangkan dari bahagian dalam tombol sudah rosak dan tidak boleh dikunci.

Jadi dari dalam kami hanya sendal atau tahan pintu menggunakan meja dan barang-barang lain yang berat. Hanya tawakal saja lah malam itu tiada apa-apa kejadian sementara nak tunggu hari esok.

Jam lebih 1 pagi aku dikejutkan dengan bunyi bising dari tingkat bawah, bunyi seolah-olah orang memindahkan barang.

Waktu itu aku hanya berfikir jika ada perompak di bawah, habislah kami yang yang ditingkat atas ini, tak selamat!

Aku melihat sekeliling rakan-rakan aku masih lagi enak dibuai mimpi, aku mengambil keputusan untuk diam dahulu kerana untuk teruskan tidur itu memang tak mungkin lah.

Sedang aku asyik dengan bunyi bising dibawah, aku terdengar bunyi tapak kaki yang sedang menaiki tangga. Saat ini, jantung aku berdegup kencang, risau jika benar itu perompak memang habis lah kami semua.

Kemudian tombol pintu bilik kami dipulas-pulas, tanda seseorang ingin masuk ke dalam bilik kami.

Mujur pintu itu sudah kami kunci sebelum tidur tadi. Hanya beberapa saat sahaja, kemudian keadaan kembali menjadi senyap.

Disebabkan bunyi tombol pintu tadi, Misha terjaga dari tidur dan menanyakan kepada aku apa yang terjadi. Selepas menceritakan kepada Misha, aku mengajak Misha untuk turun ke tingkat bawah dan periksa bagaimana keadaan di bawah.

Entah apa yang aku fikirkan ketika itu pon aku tak tahu lah. Huda dan Shira kami kejutkan dan pesan jika apa-apa terjadi minta telefon pihak yang sepatutnya.

Turun sahaja dibawah aku dan Misha saling berpandangan. Mana tidaknya, keadaan rumah masih sama seperti mana sebelum kami tidur tadi dan pintu juga tiada tanda-tanda dibuka atau dipecah masuk.

Mana mungkin! Memang jelas aku dengar bunyi-bunyi seperti perabot dialihkan tadi.

Bunyi tombol lagi, haaa tak kan aku bermimpi? Pagi itu barulah Huda dan Shira tahu apa yang telah terjadi pada malam tadi dan mereka kata memang mereka tak dengar apa-apa mungkin kerana kepenatan mengemas rumah.

Dua, tiga hari selepas kejadian tersebut tiada apa-apa yang terjadi dan tiada ada apa yang kami alami. Namun, masuk hari yang keempat, seperti biasa kami akan tidur dengan merapatkan tilam antara satu sama lain dan tempat tidur kami berhadapan dengan almari baju yang memang sedia ada.

Malam itu aku bermimpi, aku sedang tidur bersama rakan-rakan aku sama keadaan nya sepertimana kami tidur dan keadaan di dalam mimpi aku tu. Cumanya di dalam mimpi aku tu Huda sedang mengcangkung di depan almari yang terbuka dan gayanya seperti mencari sesuatu di dalam almari baju tersebut.

Bila ditanya apa yang dicari dia tidak menjawab. Seketika kemudian, Huda menoleh ke belakang dan memandang aku dengan pandangan yang sangat menakutkan.

Dari situ dia bangun dan menerkam ke arah aku, aku lantas terbangun dari tidur dalam keadaaan yang sangat terkejut. Mimpi rupanya, nasib baik! Kata aku. Aku memandang Huda, ya dia masih lagi sedang tidur disebelahku.

Fuhhh! Aku bukanlah orang yang boleh nampak benda-benda atau makhluk ghaib tapi kejadian seperti ini memang pernah aku alami masa sekolah dahulu, jadi aku tidak merasa janggal apabila kejadian seperti ini terjadi lagi.

Kejadian malam semalam memang aku ceritakan sahaja kepada rakan-rakan aku. Reaksi mereka ada yang takut ada yang sempat melawak lagi, macam Huda boleh lagi dia tanya aku baju apa yang dia pakai dalam mimpi tu sebab kalau boleh tak ade lah dia nak pakai dah.

Seminggu kami menyewa disitu, Shira ambik keputusan untuk menyewa ditempat lain. Katanya dia tak suka dengan rumah tu.

Ada jugak dia ajak kami bertiga menyewa bersamanya, kalau ikutkan hati memang kami nak tapi bila fikirkan deposit akan burn sebab tak ikut perjanjian dan perlu keluarkan deposit untuk menyewa tempat baru jadi kami buat keputusan untuk tetap menyewa disitu selagi tak ada perkara buruk terjadi.

Memang Aku, Huda dan Misha menyewa disitu sampai tamat latihan industri kami.

Alhamdulillah tiada gangguan yang dasyat-dasyat setakat bunyi-bunyi datang usik tu ada.

Tak perlulah aku beritahu dimana rumahnya cuma sekarang taktahu lah masih diberi sewa atau tidak dan memang sehingga kami selesai menyewa pun kami tidak berjumpa dengan tuan rumah.

Mengikut kata anak saudaranya, ibu saudaranya itu duduk jauh jadi nak datang tu ada kesukaran sikit. Anak saudaranya saja yang kami jumpa itu pun beberapa kali sahaja.

Akhir sekali, selepas Shira dah menyewa ditempat lain dia ada juga bertanya pada aku keadaan rumah macam mana, aku jawab rumah okay macam itu ajelah dan aku tanya pada Shira kenapa dia nak sangat pindah sedangkan dia yang cari rumah dan kami pun ada lagi dekat situ bukannya dia duduk sorang-sorang.

Dia kata hari yang dia ambil kunci tu, dia memang jujur terkejut dengan keadaan rumah.

Dia masuk setiap bilik dan check semua benda dengan abah nya. Masuk bilik master tu dibukak nya almari baju dan terjumpa lah tangkal.

Abahnya ambik dan buang. Dengan apa, buang dimana tu aku pun tak tahu, tak diceritakan.

Maaf semua kalau bosan dan panjang sangat cuma nak berkongsi cerita yang paling aku ingat zaman belajar dulu.

Apa-apa pun setiap yang terjadi ada baik dan buruknya, berbalik lah kepada Pencipta kita dan kalau nak bagi orang sewa itu sentiasa lah bersikap jujur.

Sampai disini sahaja semua, ada masa kita jumpa lagi ya.

P/s: Buat Huda, Shira dan Misha kalau korang terjumpa cerita ni, sorry yer aku ceritakan hahaha take care korang!

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *