Assalamulaikum pada semua yang sudi baca confession aku. Terima kasih pada admin jika cerita aku ini disiarkan.
Aku Sara berumur 29 tahun & bekerja di Kuala Lumpur. Aku baru je dpt pertukaran tempat kerja di Kuala Lumpur. Tarikh sepatutnya aku lapor diri pula di cawangan KL jatuh pada musim PKP ni. Jadi tertunda la kemasukan aku sampai habis PKP ni.
Aku terpaksa juga berpindah daripada cawangan tempat lama ke KL pada musim PKP ni sebab masih takde kata putus masa tu daripada cawangan KL untuk tunda tarikh kemasukan.
Juga pada masa aku berpindah tu takde lagi ura-ura extend PKP. Tapi aku boleh jangka. Aku cuma bersiap siaga di tempat baru sebab rumah sewa lama sudah pun ada pengganti aku.
Untuk pengetahuan korang, cawangan lama dan baru ni dekat sahaja lebih kurang 30km. Jadi takde masalah pada masa tu. Agak sukar juga berpindah pada waktu ini.
Kalau ikut kan aku, aku tak nak keluar rumah dalam keadaan begini. Tapi ini antara urusan yang tak boleh ditunda juga, aku gigih kan diri berpindah randah waktu ini.
Aku jaga kebersihan diri & juga waktu PKP. Aku tunjuk surat pertukaran kerja bila di mana mana roadblock polis. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Semasa aku mencari rumah sewa di area KL ni, aku ada jumpa beberapa buah rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja aku.
Namun, atas nasihat sahabat karib yang tinggal di kawasan berdekatan dia beritahu aku untuk elak cari rumah yang kena melalui MRR2. Sebab memang jem teruk setiap hari walaupun jarak rumah hanya 8km daripada tempat kerja.
Aku akur. Sebab aku memang tak tahu menahu selok belok jalan sini.
Aku bersyukur jumpa satu rumah sewa ni. Tuan rumah pun agak peramah dan memahami. Namun ada beberapa perkara yang aku tak berapa suka bila tuan rumah ni bercakap, dia seolah olah memberikan negative vibes tentang rumah sewa ni.
Antaranya ialah beliau macam memberikan gambaran bilik yang aku nak sewa selalu orang tak kekal lama sebab bergaduh dengan budak rumah yang lain. Hmmmm aku macam agak takut juga. Namun setelah aku tengok rumah dan alhamdulillah semua complete. Aku pun berpindah masuk.
Jujur cakap masa awal awal aku tengok rumah ni, budak budak dalam rumah ni sangat macam tak welcoming aku.
Masa aku nak pindah bawa masuk barang, roommate aku ni banyak sangat songeh seolah olah tak bagi aku masuk. Siap kutuk budak bilik sebelah tu berebut bilik air nak mandi pagi2, lepas tu dia kata nak iron susah kena iron dalam bilik, nak solat kat luar tak boleh sebab orang duduk kat ruang tamu.
Pastu tanya aku, “awak still nak masuk ke?” Aku jawab ye saya nak masuk sebab dekat dengan tempat keje. Dia diam.
Aku kan jadi stress dengan dia ni. Aku tanya dia, dia tahu kan bilik tu untuk berdua. So aku tanya dia kat mana je ruang yang ada untuk aku duduk dalam bilik tu?
Dia tak bagi aku bawa masuk katil katanya nanti sempit. Aku cakap katil aku ni sama lebar & panjang dengan tilam dia. Tak makan space pun. Malah menjimatkan space sebab aku boleh letak barang peribadi aku bawah katil.
Pastu dia bising kat aku, kalau aku masuk bilik tu kat mana dia nak iron? Ya Allah Ya Tuhanku. Kenapa complicated sangat dia ni. Aku cakap la kita iron la kat luar. Tuan rumah kan ada sediakan iron board and iron sekali.
Dia kata oh kita tak leh kongsi dengan budak bilik sebelah. Dorang berebut pakai pagi2. Nanti dorang buat muka. Aku terus suggest, aku belikan iron board nnt kita iron dalam bilik sama sama. Dia terus senyap and okay.
Aku rasa aku macam tengah handle budak sekolah yang first time masuk asrama. Adui. Serabut kepala aku. Siap tanya aku mana dia nak letak barang2 dia.
Eh aku cakap dalam hati, pandai2 la kita sama sama nak hidup. Aku siap lukiskan weh dia amik sebelah bahagian, aku amik sebelah. Dia pilih dia nak sebelah mana. Aku tak kisah. Sebab aku jenis flexible. Yang penting bersih & kemas.
At end of conversation, kami capai kata sepakat. Mungkin sebab aku jenis layan kepala dia kut. Bila dia warning aku pasal budak bilik sebelah aku angguk je. Dia warning aku pasal jiran2 kat situ aku angguk dengar je.
Bila dia cakap jangan pakai barang orang lain dalam rumah tu aku follow je. Lepas tu dia pun tak berkira dengan aku untuk pakai barang dia. Dia siap pesan pakai je barang dia, nanti pakai barang orang lain takut ada yang buat muka. Aku kan macam tak sedap hati je.
Masa memula masuk aku tanya roommate aku, barang apa ye saya kena beli untuk prepare masuk rumah. Mungkin dia kesian tengok aku, dia sudi la share pakai barang electrical, kitchenware & ampaian baju sama sama. Aku okay je.
Syukur la sebab dia tengok aku jenis senang bawa bincang agaknya. Masa aku whatapps dia dulu tak kenal lagi. Aku think positive jela. Kadang2 aku rasa dia paranoid sangat. Kadang2 aku amik juga nasihat dia sekadar berhati hati. Yela kita masuk rumah baru, budaya pun baru la kan.
Waktu PKP ni duduk rumah jela kan. So masa ni la aku dapat borak dengan budak bilik sebelah semua. Dorang okay je. Tapi macam suka buka topik negative. Yang macam kena kutuk orang ataupun komplen.
Aduiiiii letih la. Tak boleh ke ye kita buka minda cakap benda bermanfaat. Sekali sekala okay je, ye la mungkin mereka nak lepas geram kan. Tapi kalau dah jadi topik harian. Aku mual.
Aku lebih banyak mendengar daripada bersuara. Aku lebih banyak berdiam diri daripada cakap apa yang aku tahu. Aku hormat je mereka. Mereka pun layan aku okay je. Aku memang buat hal aku dan tak usik orang. Aku happy la dah berpindah ni. Rasa dunia baru. Penghijrahan baru dalam hidup.
Sampai satu malam, mereka buka topik tuan rumah. Mereka cakap tuan rumah ni tak betul. Tak reti uruskan rumah sewa, tak professional, suka jaga tepi kain orang, tak matang & sebagainya.
Aku pun dengar semua cerita mereka termasuk la jiran2 yang suka mengintip kita jadi mata mata tuan rumah. Alahai kelakar pulak aku dengar. First time dalam hidup duduk kat tengah bandar dapat jiran Mak Jemah macam kat kampung2. Hahahaha.
Malam tu baru aku dapat rasa betul lah apa yang aku rasa negative vibes tentang tuan rumah ni dan rumah ni. Tapi aku buat hal aku seperti biasa dan tak ganggu sesiapa.
Aku masak macam biasa. Barang2 dalam peti sejuk pun aku beli tak banyak untuk make sure semua orang dapat space. Aku ikut je the do’s and the don’ts yang roommate aku bagitahu.
Roommate aku ni umur 10 tahun lagi tua daripada aku. Dia janda & single. Muka dia macam sebaya aku je. Dia rajin bagi aku makanan lebih. Ada perangai dia yang macam budak2, tapi ada perangai dia yang memang orang berumur lingkungan dia.
Alah asalkan kita boleh bertolak ansur, aku okay je. Aku terima semua orang seadanya. Sebab aku pun risau juga ada perangai aku yang orang tak suka.
Masa keje nanti, aku memang busy. Selalu balik lewat. Jadi ini jela masa yang aku ada untuk kenal semua orang. Lepas ni, korang takkan nampak muka aku kat rumah ni.
Lepas borak panjang malam hari tu, barulah rasa ngam dengan semua orang. Sedih jugak. Dorang yang tak ngam dengan tuan rumah, aku pulak jadi mangsa dibenci masa awal awal nak masuk. Tapi sebab aku okay je. Tak cari pasal tah pape, dorang okay je. Aku doa moga memang takde la berlaku tah apa apa.
Masalah yang aku tengok sekarang ni bukan masalah mencuri ke, masalah pengotor ke apa. Aku tengok masalah pemikiran “suka cakap benda buruk”. Tapi aku mana tahu kan masa akan datang kalau kena kat aku menghadapi perangai tuan rumah tu macam mne kan.
Tuan rumah ni boleh cakap kat aku awal awal, “Kalau tak selesa dengan budak rumah tu nak pindah rumah akak yang lain boleh juga”.
Lepas aku masuk, dia cakap pula kat ketua rumah ni, “Akak tengok budak tu sopan jela bila cakap dengan akak, tapi tu mula2 tak tahu la nanti lama lama tunjuk belang pulak”. Erkkkk aku telan air liur. Apakejadah tuan rumah ni menyibuk hal orang.
Tuan rumah aku yang dulu tu simple je, cukup bulan kutip duit rumah sewa. Ada rosak kena baiki inform dia. Takde nak menyibuk pulak apa apa. Kami pun okay je tenang. Ni macam pelik2 je.
Ada juga ye yang macam ni. Macam jadi tuan rumah nak kena amik tahu pulak situasi gosip dalam rumah. Eh macam tu pulak. Entahlah.
Selama aku hidup ni alhamdulillah daripada duduk asrama masa sekolah sampailah duduk rumah sewa waktu keje, pandailah bawa diri. Ingat pesan mak abah selalu. Pegi mana mana jangan tinggal BUDI, BAHASA & TIMBANGRASA. Alhamdulillah aku terdidik jadi orang juga bila besar.
Aku fikir takpe lah, kita fikir positif, cakap benda positif, bertindak positif, insya Allah benda positif yang datang. Doa banyak2 supaya Allah selalu lindungi aku.
Aku sebatang kara kat KL ni. Kena pandai2 bawa diri. Bekalan didikan agama mak abah daripada dulu aku pegang sampai sekarang. Bila jauh2 ni semua bebelan mak abah la yang buat panduan.
“Kita buat baik, Sangka baik baik, Allah bagi baik”
Maaf kalau aku pun ada terkasar bahasa dan ada bersangka sangka buruk dalam confession aku ni. Luahan aku seorang anak perantau di Kota Metropolitan.
Sekian…
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit