Assalamualaikum semua pembaca Luahan IIUM yg dikasihi sekalian.. Aku merupakan seorg pelajar tahun kedua di sebuah universiti awam yang terletak di Kuala Lumpur.Kebanyakan pelajar tahun kedua sibuk mencari tempat tinggal untuk didiami disebabkan pihak kolej hanya menyediakan penginapan untuk pelajar-pelajar yang aktif melibatkan diri dlm projek-projek anjuran kolej & pelajar-pelajar tahun pertama bagi sesi September 2017..Bermula awal bulan Ogos, aku & 8 org rakan bersepakat mencari rumah sewa bersama-sama..Namun disebabkan kami tidak sependapat, seorang demi seorang meninggalkan kumpulan whatsapp untuk mencari bilik sewa. Kami tak sependapat kerana ada yang mahukan rumah berdekatan dengan universiti (sewa agak mahal) dan ada juga tak kisah rumah jauh, asalkan sewa murah..Akhirnya tinggal aku & 2 orang sahabat (Dahlia & Noorul)…
Setiap hari, aku dan Dahlia melayari laman web mudah.my, ibilik.my dan segala jenis laman web yang memaparkan iklan rumah atau bilik sewa..Noorul agak sibuk dengan aktiviti sukarelawan anjuran kolej.. Noorul juga menyatakan bahawa dia akan setuju dengan rumah yang aku dan Dahlia pilih. Pada penghujung bulan Ogos, Dahlia memberitahu ada sebuah bilik yang cantik dan sewa yang ditawarkan agak berpatutan.. Kebetulan rumah tersebut berdekatan dengan universiti..Dahlia telah menghubungi pemilik rumah yang mengiklankan bilik tersebut..Dahlia meminta pandanganku.. Aku setuju..Tanpa melengahkan masa, aku terus memberitahu Noorul perihal rumah tersebut..Noorul seperti biasa tak kisah dan terus bersetuju asalkan kami bertiga dapat tinggal bersama. Apabila mengetahui aku dan Noorul bersetuju untuk menyewa rumah tersebut, Dahlia terus memasukkan duit ke dalam akaun bank “pemilik rumah tersebut”. Dahlia memasukkan duit dengan segera kerana risau tiada rumah untuk didiami .Bulan September kian hampir.. Masa semakin suntuk.. Semester baru akan bermula ketika awal bulan September..
Kami bertiga amat gembira kerana dapat menyewa rumah yang berhampiran dengan universiti dengan sewa yang berpatutan.. Aku & Noorul bertanya perihal bakal rumah baru kami.. Siapakah penghuni lain yang akan tinggal sebumbung dengan kami, rumah kami terletak di tingkat berapa & bila kami boleh pindah masuk barang-barang ke dalam rumah.. Dahlia mengatakan “tuan rumah” tidak menjawab panggilan telefon & sms yang dihantarnya. Dahlia berjanji apabila “tuan rumah” menjawab panggilan, Dahlia akan segera memaklumkan kepada kami. Kegembiraan kami tak berpanjangan. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. Kami bertiga sering menghubungi ‘tuan rumah’ setelah mengesyaki dia menyembunyikan sesuatu.. Namun panggilan & sms kami tidak berjawab.. Sehingga kini, wang kami masih belum dipulangkan.. Kami bertiga terpaksa mencari rumah sewa baru.. Dahlia juga telah membuat laporan polis..
Sekiranya anda yang menipu wang deposit rumah sewa kami, membaca luahan ini. Insaflah. Kami bukan berasal dari keluarga yang berada. Kami berusaha sedaya-upaya mencari rumah sewa paling murah bagi menjimatkan kos.. Buat kalian yang akan menghakimi kami bertiga dengan pandangan “Belajar tinggi-tinggi tapi kena tipu”, ketahuilah kami manusia biasa yang tak sempurna. Ini ujian yang Allah kirimkan kepada kami.. Kami bertiga redha menempuhi ujian ini.. Ujian setiap insan tak serupa.. Aku meluahkan pengalaman ini bukan untuk menagih simpati.. Tujuan utama aku meluahkan cebisan pengalamanku supaya tiada lagi insan yang bakal ditipu oleh manusia-manusia yang tak berhati perut mencari sesuap rezeki dengan cara kotor..
– Insan Teraniaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit