Rumah Untuk Suami

Salam semua. Saya perempuan, umur 30 dan bekerja manakala suami 27 juga bekerja dan kami mempunyai anak. Usia perkahwinan kami 4 tahun dan menetap selatan tanah air.

Saya sudah mempunyai rumah dan kereta, suami hanya mempunyai motor tetapi gaji suami RM4k manakala saya RM3k.

Jumlah komitmen rumah, kereta saya sebanyak 1.5k dibayar oleh suami. Suami bayar pada saya 1.8k. Selebihnya nafkah. Gaji suami selebihnya untuk nafkah mentua dan lain-lain. Hidup beliau bukan seorang suka yang membazir.

Saya pernah usulkan untuk berkongsi komitmen diawal tapi suami nak bayarkan. Bayaran pengasuh anak juga suami bayarkan.

Saya tolong bayarkan bill elektrik dan air, susu & pampers anak dan barang keperluan dapur dan topup untuk husband jika husband sesak hujung bulan.

Kebanyakkan gaji suami tak dapat saving maka baki gaji saya buat simpanan. Jadi segala cukai rumah dan insurans kereta, maintenance kereta saya bayarkan sebab saya yang berhutang.

Rumah saya 40k deposit duit saya disebabkan saya beli sebelum berkahwin dan sekarang menetap dirumah saya tersebut. Kereta juga kami kongsi.

Duit ubahsuai rumah saya berkongsi 60% duit saya dengan suami. Kami pindah ke rumah saya baru 2 tahun lebih.

Lama kelamaan bila suami tolong bayar komitmen saya, dia mula mengutarakan rasa tak puas hati disebabkan komitmen saya dia yang tolong bayar.. Saya diam dan dalam plan nk kongsi komitmen dengan beliau.

Selepas beberapa bulan, suami ada niat untuk membeli rumah baru atas nama dia dan dia tidak mempunyai simpanan.

Beliau suarakan hasrat nak gunakan simpanan saya yang saya simpan dari sebelum saya berkahwin dengan beliau sebanyak 60k.

Saya pun kesian disebabkan komitmen saya dia tolong bayar dan dia tak dapat buat simpanan untuk beli rumah.

Saya diam untuk fikirkan jalan terbaik untuk beliau beli rumah sama ada buat maximum pinjaman bank atau pinjamkan separuh dari saya. Saya pon nak dia ada rumah untuk masa hadapan.

Tapi saya banyak diam disebabkan layanan beliau terhadap saya, pendek kata dia seorang yang baran. Bende remeh pon nak marah dan saya kerap terasa hati dengan dia.

Terkadang saya terfikir bagi semua simpanan yang saya ada pon belum tentu dia layan saya elok dimasa hadapan.

Sekarang disebabkan saya diam. Dia terus kata saya kedekut dan kami pula kerap bergaduh benda remeh disebabkan baran dia.

Dia nampak macam saya tak ada buat pengorbanan untuk rumah tangga kami disebabkan komitmen saya dia bayar. Padahal itu tanggungjawab dia.

Hari-hari saya masak, urus anak semua. Dia balik hanya rehat dan tengokkan anak. Penat barangkali.

Hujung minggu kalau ada mood nak kemas rumah, baru dia buat dia. Saya ni isteri yang tak bersyukur dan kedekut bagi dia.

Minta pendapat semua adakah saya pentingkan diri bila komitmen saya suami bayarkan? Saya buntu nak tolong suami beli rumah.

– Cikgu Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

14 Comments

  1. lebih baik segala duit2 kte tu suami tak tau…lagi2 saving kte….
    dia tak ada hak nk minta….lebih baik duit simpanan awak tu simpan utk future anak..
    penting kan anak dulu puan….
    suami tu pandai2 dia la usaha nk beli rumah….jgn bantu….

    • Duit simpanan untuk apa2 terjadi pada masa depan, untuk future anak. Kalau apa2 terjadi pada kita sekurangnya kita ada simpanan.

    • Komitmen rumah bayar kongsi separuh2. Kereta sis, sis la kena bayar. Bil, duit pengasuh, makan minum, semua biar suami tanggung.

  2. byk cantik ko. rumah ko, laki ko bayarkan, nnti cerai ke mampos ke, family ko untung, laki ko habuk pun xdpt. dah alang2 laki ko byr umah tu, buat joint loan umah tu. xkn tu pun nk ajar. ko boleh kumpul simpanan byk sbb ko xbyr komitment laki ko yg bayar! kalau ko nk umah tu 100% milik ko. ko byr la sendiri!

    • Bodoh juga ya komen ni. Sejenis taktahu hukum nafkah dalam islam. Belajar dulu kak oii sebelum nk komen. Laki dia mmg kene berusaha bayar utk rumah walaupun nama isteri. Dah kenapa nk sibuk beli rumah kedua walaupun takde duit. Takde keperluan nk cari rumah kedua. Mentaliti kau je kak kawen kene bercerai lepas tu bini tapau semua. Sape je nak kawen bercerai. Dah tu berusaha la jadi laki yg baik dan bekerja keras utk keluarga. Bini dia da tolong api air tu pun da ckup bagus. Ramai ya akal kat lutut skrg.

    • aku setuju. rumah ko patut ko bayar sendiri loan.
      Jangan duduk rumah ko, buat sewa. Hasil sewa ko punya 100% sekupang pun jangan kongsi kat laki. Dia takde hak nak tuntut. Laki kena cari rumah lain, keluar duit dia 100% bayar sewa, bayar bil segala jangan harap langsung duit bini. Fikir masak2 nak buat joint loan, perangai laki pun baran. Bergaduh bercerai esok camno? Laki once senang, dia akan layan nafsu kawen empat, ko terkontang kanting sorang2 digantung tak bertali. Simpan duit untuk diri sendiri sis, sara keluarga 100% tanggungjawab laki. Namapun ketua keluarga. Lain la kalau suami taat bini. Ko dh sedia V layan nafsu dia dan rahim bg dia anak, jadi maid kat rumah dan nanny anak2. Satu sen pun dia tak bayar kan? Jadi maid tu BUKAN tugas bini, malu kat non-muslim.

      It’s 2025 my fellow ladies. Sudah2 la berkorban yang agama tak suruh..

  3. Memang patut pun laki ko bayarkan loan rumah walau atas nama ko. Dia yg patut sediakn tempat tinggal ikut hukumnya. Klu dia ungkit, ko pula yg bayar loan rumah ko biar pula dia bayar semua bil2 letrik, makan minum, keperluan anak dn semua nafkah wajibnya. Tak perlu awak keluar duit untuk rumah atas namanya sbb bukan tgjwb awak. Lihat pd baran suami tu awak kena bersedia dlm hal kewangan sebg persediaan jika rumahtangga tak bahgia.

  4. Duit simpanan untuk apa2 terjadi pada masa depan, untuk future anak. Kalau apa2 terjadi pada kita sekurangnya kita ada simpanan.

  5. Rumah yg awk beli, awk laah yg kena bayar. Simpanan awk tidak perlu diberi pada suami awk memandangkan dia bersifat panas baran.takut takut future awk minta cerai sebab tak tahan. Jika suami masih kata dia terbeban dgn duit tak cukup. Semua perbelanjaan boleh dibahagi 2. Isteri bayar setengah

  6. Sebenarnya dalam Islam semuanya adalah tanggungjawab suami bukannya isteri tanggungjawab isterinya hanya melayan suami ditempat tidur sahaja.pada masa sekarang seorang isteri hanya membantu untuk meringankan beban tetapi tak boleh memaksa isteri untuk membantu membayar komitmen suaminya.isteri boleh meminta dari suami tapi suami tak boleh mengambil hak isterinya tanpa izin.kena faham hakikat bagi seorang suami tentang hak seorang isteri serta tanggungjawabnya.

  7. Komitmen sendiri.. bayar la sendiri. Lepas ni rumah kau.. Kau bayar sendiri. Expenses rumah (Bil api air, brg basah, pempers susu anak, mkn minum anak bini) dgn pengasuh anak suruh laki kau yg bayar. Restructure balik mana nafkah yg mmg SUAMI kena bayar.

    Suami tak de saving tapi nak beli rumah jgk kenapa? Dia expect kau bayar kan ke nanti?

  8. Halangan sekarang ialah si isteri tak puas hati dgn layanan suami pada dia. Saya rasa better bagi je confession ni kat suami untuk baca. Biar dia faham sendiri perasaan awk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *