Rumahku Atau Rumah Abang Ipar?

Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan luahan hati saya ini.

Nama saya Syuhada (bukan nama sebenar saya). Umur 16 tahun dan masih muda remaja. Sedang bersekolah di Tingkatan 4. Saya tinggal bersama ibu dan mempunyai seorang kakak yang telah berkahwin tahun lalu. Kami hanyalah dua beradik sahaja.

Ibu bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah, manakala ayah pula telah dijemput Ilahi lima tahun yang lepas asbab serangan jantung.

Arwah ayah dulu seorang pegawai kerajaan dan sempat membina rumah tiga tahun sebelum beliau pergi meninggalkan kami bertiga buat selama-lamanya.

Saya bersekolah di sebuah sekolah agama yang berdekatan dengan rumah. Hanya berjalan kaki sahaja melintasi beberapa buah rumah untuk sampai ke sekolah.

Untuk pengetahuan semua pembaca saya seorang remaja yang pemalu, bertudung labuh dan sentiasa memakai stoking apabila keluar rumah.

Apa yang ingin saya luahkan ialah berkenaan dengan kakak saya. Selepas dia mendirikan rumahtangga saya fikir dia akan keluar tinggal di rumah sewa atau rumah mertuanya, namun saya silap.

Kakak saya seorang yang sangat manja dan sentiasa mahu berkepit dengan ibu saya. Kakak saya umurnya dua puluh enam tahun. Selepas tamat belajar universiti kakak mendirikan rumahtangga dan masih menganggur sehingga kini.

Selepas berkahwin kakak mengajak abang ipar saya untuk tinggal di rumah kami. Kakak saya tidak bekerja. Abang ipar tidak mengizinkan. Katanya dia masih mampu untuk sara kakak dan bayar bil api air rumah ini serta barang dapur rumah.

Saya tidak pasti apa pekerjaan abang ipar tetapi apa yang saya tahu kerjanya akan sentiasa menghadap komputer 24 jam. Katanya terlibat dengan perisian, design semua itu tapi wallahuaklam saya tidak tahu sangat.

Saya rasa sangat stress sebab saya kena jaga aurat memanjang memandangkan abang ipar sentiasa ada di rumah. Beberapa bulan lepas abang ipar renovate bilik kakak untuk diwujudkan ofis kecilnya di suatu sudut dalam bilik itu.

Kerja abang ipar jenis duduk dalam rumah, maksud saya ofis kecilnya 24jam. Saya sangat rimas. Saya terpaksa bertudung, berbaju lengan panjang sepanjang masa.

Sebelum kakak berkahwin saya bebas nak pakai apa pun dalam rumah saya. Saya suka baring-baring depan TV selepas balik sekolah. Pergi dapur dengan bersinglet je. Lepas kakak kahwin semuanya berubah 360 darjah. Rumah itu rumah saya, bukannya rumah abang ipar.

Saya dibesarkan di situ sejak saya bayi lagi, saya bebas nak buat apa, pakai apa. Sekarang saya rasa seperti orang asing. Seolah-olah orang asing yang menumpang di rumah orang lain.

Saya pernah beritahu ibu perkara ini tapi ibu cakap bersabarlah. Itu ujian, Allah nak uji besar mana iman adik, kata ibu. Saya ingat ibu akan nasihatkan kakak untuk pindah cari rumah sewa namun ibu seolah-olah menangkan kakak pula.

Pernah suatu hari tu saya rasa tak boleh tahan. Saya wasap kakak tanya kakak tak mahu duduk rumah sewa ke? Adik tak boleh pakai tudung dan baju lengan panjang dalam rumah sentiasa, adik panas, badan adik pun dah banyak naik ruam sebab panas.

Lepas tu kakak merajuk, hampir dua minggu kakak tidak mahu bertegur sapa dengan saya.

Saya jarang bercakap dengan abang ipar. Tapi pernah juga saya bergurau kata saya kalau kakak dan abang ada rumah sendiri nanti buatlah dekorasi macam ni macam tu. Abang ipar hanya diam pada masa tu.

Pernah juga saya merajuk, saya stress sangat sampaikan saya buat hal. Saya balik lambat. Lepas waktu sekolah saya tidur dalam musolla.

Musolla sekolah sentiasa dibuka sehingga jam 7 petang sebab sekolah ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Bila ibu tanya, saya terpaksa berbohong kononnya saya ada latihan kelas taranum Al-Quran. Berdosanya saya pada ibu sebab saya berbohong.

Sekolah saya tiada asrama, kalaulah ada asrama sudah lama saya masuk asrama. Saya sayangkan sekolah ini, guru-guru dan kawan-kawan. Saya tidak mahu berpindah ke sekolah lain semata-mata mahu duduk asrama.

Bantulah saya. Saya benci balik rumah. Betul ke apa yang ibu cakap, Allah nak uji iman saya tentang aurat?

Sekian, terima kasih.

– Syuhada (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Adik ada hak untuk bebas di dalam rumah sendiri. Abang ipar bertanggung jawab untuk sediakan rumah kepada isterinya, bukannya menumpang di rumah mak mertua sampai menyebabkan ketidakselesaan pada adik ipar perempuan.

    Bila abang ipar renovate bilik tu, nampak macam dia plan nak tinggal kat situ untuk jangka masa panjang.

    Adik ada ibu atau bapa saudara, atau atuk nenek yang boleh dipercayai? Kalau ada, mungkin adik boleh beritahu mereka tentang perkara ini dan minta bantuan mereka untuk berbincang tentang perkara ini dengan mak adik.

    Adik boleh lihat ini sebagai ujian, tapi walaupun ia ujian, bukanlah adik perlu menerima keaadaan ini tanpa berusaha mengubahnya. Contoh: tiba2 tiap2 hari jiran buang sampah kat depan rumah adik. Adakah adik atau mak adik akan anggap ini sebagai ujian saja dan terus redha hidup dengan keadaan depan rumah dipenuhi sampah? Tentu tidak, tentu mak adik atau adik akan berusaha berbincang secara baik dengan jiran tersebut, dan sekiranya tak berjaya, mak adik akan laporkan perkara ini kepada majlis perbandaran. Jadi kes adik sama sahaja, seperti ini, adik cuma inginkan hak adik untuk berpakaian selesa di dalam rumah sendiri. Menerima sesuatu keadaan sebagai ujian bukanlah bermaksud kita perlu pejam mata dan telan segalanya, islam adalah agama yang adil dan tidak menzalimi orang.

    Semoga abang ipar adik berpindah keluar dari rumah itu

  2. Nampak gaya derang takmo dan takan kluar dari rumah tu, mak pon happy dgn kehadiran semua depan mata. Pilihan yg ada ko yg kena keluar atau bertahan.

  3. Kesian adik ni.. Tersepit dalam kebahagiaan orang lain. Nampaknya abang ipar tu tak akan keluar dari rumah tu.. Dah siap renovate bilik.
    Kakak dan ibu pun tak ada isu tentang hal ni, adik sorg je yg ada isu.
    Sekarang ni adik yg kena didik hati dan redho mereka akan bermaustatin di situ. Itu juga rumah kakak awk dan ibu awk. Bukan rumah awk sorg. Cuba cakap dgn ibu utk permudahkan sikit kehidupan awk kat rumah, contohnya pasangkan aircond dlm bilik. Atau belikan tv. Jadi awk tak perlu nak kena keluar bilik. Sy faham awk rasa mcm terkongkong kat rumah sendiri, tapi at least kalau bilik awk selesa, ok lah sikit perasaan tu. sekurang2nya awk ada space peribadi sendiri tanpa kelibat abg ipar kat situ.

  4. Klau kakak n abg ipar tu xmahu dduk jauh dr mk, mrk carilah rumah sewa yg dekat rumah mak awk tu ke.. atau pon klau ada ruang atau tanah rumah yg luas, abg ipar awak tu bole je ‘renovate’ bilik atau tambah n sekat ruang yg ada spt ‘rumah’ kecil yg berasingan, pintu masuk, bilik air n dapur diorang pon sendiri2, supaya x mngganggu ‘privacy’ awk n ibu awk.. klaw sesekali abg ipar ada kperluan nk dtg ke, sruh la kakak awk maklumkn terlebih dahulu, supaya bole jaga aurat dsb.. wallahu a’lam

    • Awk ckp mcm rumah TT banglo plak. Sah2 la rumah dia jenis kecil. jalan mana2 akan terserempak punya. Dik 1 cara je. tahan la sikit je lagi sampai abes spm. lepas spm, blah terus masuk uni duk ngn mmbe2. pedulikan diorng tu.

    • Good idea ni. Mcm rumah sewa , ada 2 pintu. Dah 2 beradek je. Ibu pun mcm happy anak2 depan mata.
      Semoga win win situation.

  5. Jangan stress2 mintak mak/kakak pasangkan aircond dalam bilik awak, duduk je dalam bilik, pastu beli baju kelawar lengan panjang sangat selesa dan sejuk ye, takpe sikit lagi habis spm awak akan pergi belajar jugak, kan bagus kakak awak duduk rumah tu sekali boleh tengok mak awak masa awak sambung study, habis spm sementara tunggu result kerja la mana2 dulu, jangan stress2 ok

  6. Sabarlah awak .. aku pun ada masalah yg sama , which is almost 2 years anak buah perempuan (belah isteri) yg sebaya duduk di rumah aku !! mak mertua pun sama but aku tak kisah sebab aku anggap tu mak sendiri ..

    masa awal2 kahwin dah cukup menderita aku terpaksa jaga aurat , sampai satu tahap aku terpaksa melepak dalam bilik main fon sorang2 sambil dengar wife aku , mertua , dan anak buah berseronok main dgn anak aku sambil makan kt ruang tamu ..

    Demi allah aku terasa , banyak kali dah bincang pasal ni dengan wife , wife pun macam diluah mati mak , ditelan mati ayah .. aku muda dari wife aku .. dari segi financing pun wife aku contribute besar dalam rumah ni .. i dont know kena follow mana satu .. suppose my wife kena follow apa aku cakap dan sampaikan tapi aku taknak benda macam nk jadi kami gaduh so aku lembutkan hati jelah

    Aku pun tak nak wife aku sampai jatuh derhaka kalau aku asik terasa manjang sebab isu ni .. nak dijadikan cerita , aku berdamai dengan takdir , aku terima je semua ni anggap ujian allah bagi .. Dalam masa yg sama ak pun berharap ni semua boleh menjadi asbab rezeki kami sekeluarga dipelihara ..

    Now kt rumah aku dah tak macam dulu , dah tak berkurung dalam bilik .. memang balik kerja aku melentang je depan tv dengan pakai boxer .. aku memang xboleh tahan nk duduk rumah bertutup litup sebab aku dah warning awal to my wife bebas , nk privacy .. jadi marilah kita kongsi dosa tu bersama huhu .. semoga dipermudah kan urusan kita semua 😭😭

  7. Pernah juga kena beberapa tahun lepas. Akak faham perasaan awak dik. Macam takda kebebasan dalam rumah sendiri. Yala, mestilah kita nak bebas dalam rumah sendiri. Tapi rezeki awak ada bilik sendiri. Akak dulu share bilik dengan kakak. Keluarga tak kaya. Bila dia kahwin, bilik tu jadi bilik dia suami isteri. Akak tidur dekat ruang tamu. Akak nak tukar baju bawak jela siap dalam bilik air terus pakai. Tudung memang 24jam la pakai. Akhirnya buat keputusan keluar rumah sebab tak ada privacy. Akak pon jarang balik rumah.

  8. Ade 2 je awk boleh bt. Pertama, tggu lepas spm, awk keje parttime pastu sewa là umah ke bilik ke. Kedua, bgtau abg ipar awk yg awk xselesa dia ada kat rumah. Terus terang je kat dia. Klu dia jenis ok dia akan bwk bini dia pindah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *