Rumahku Bukan Syurgaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah aku mungkin panjang, dan aku perlukan pendapat korang semua. Macam ni,aku seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak. Suami aku kerja offshore, balik dua bulan sekali dan aku suri rumah sepenuh masa. Aku balik tinggal dengan mak ayah sebab nak jaga mak ayah yang dah tua, mak aku 69 dan ayah aku 75. Adik beradik aku ada lima orang, kebanyakannya tinggal berdekatan, semua dah berkahwin.

Semenjak dua menjak ni, hidup aku sangat tak tenteram, sebab aku ada seorang abang yang merupakan seorang penagih dadah(nak sebut abang pun aku rasa malas sebenarnya, sebut mangkuk jelah) dan tinggal sebelah rumah mak ayah aku, ada isteri dan tiga anak nak masuk empat, berumur 12, 7 dan 4 tahun termasuk yang dalam perut sorang lagi. Dia berumur 36 kot (aku malas nak kira), tak kerja, bangun tidur makan tengok tv dan tidur jelah kerja dia and guess what? Mak aku tanggung hidup diorang berlima sepenuhnya. Best kan? Masa dia dok sebelah umah, aku tak adalah kisah sangat sebab tak mengganggu hidup aku pun tapi sekarang dia dah pindah rumah mak ayah aku, sebab dah bercerai talak tiga dengan isteri dia. Isteri dia masih tinggal di rumah itu sebab tengah mengandung, jadi talak akan jatuh selepas bersalin dua bulan lagi.

So nilah mulanya hidup aku jadi makin tak tenteram. Aku, walaupun surirumah, aku sangat bercita cita tinggi nak besarkan anak aku dalam suasana aman harmoni, dengan adab dan akhlak yang baik. Tapi aku sangat rasa tak tenteram sebab yelah, contoh aku ajar anak aku basuh pinggan selepas makan, tapi mangkuk tu selamba ja makan pastu letak je pinggan dan blah. Anak-anak pun tak berapa terurus, kerap datang umah mak ayah aku minta nasi. Isteri dia? Pun jenis perangai bersepah, tapi mungkin agaknya sebab dia menyampah dengan suami dia jadi dia jalankan tanggungjawab seadanya saja, selebihnya lantaklah. Dia selalu lari rumah tapi mulut mangkuk tu manis sangat, setiap kali lari dia akan balik semula, yelah lagipun duit mana ada nak bayar kereta (dia ada kereta sendiri, mak aku bayar dan kadang kadang dia bayar dengan duit jual kuih). Duit belanja untuk barang dapur of course mak aku bagi, duit sekolah anak-anak pun mak aku yang bagi, makan pun kalau dia tak masak pun tak jadi hal, kan anak-anak boleh mintak nasi kat rumah sebelah. Kebanyakan pakaian anak-anak diberi oleh adik-beradik aku, yang terpakai anak-anak diorang punya (yang masih sangat elok) atau beli baru. Tapi itulah, kalau belikan diorang benda baru, contoh mainan ke kasut baru ke, minggu depan tengoklah benda tu dah rosak atau bersepah je depan rumah. Memang jenis tak reti hargai barang orang bagi kot huhu. Mangkuk tu solat pun ikut suka dia, nak solat dia solat taknak sudah, kalau nak tengok dia pergi masjid (selain solat Jumaat) adalah waktu dia susah contohnya bercerai dengan bini, bini lari ke tempat lain, so konon nak pujuk bini balik, buatlah baik sekejap. Allahu, aku sangat tertekan dan rasa sangat benci (mungkin hati aku pun tak bersih), terlalu benci sampai aku nampak bayang dia lalu dalam rumah pun aku rasa benci sangat.

Karakter aku, seorang yang sangat berterus terang berbanding adik beradik lain yang kebanyakannya jenis menjaga hati. Aku direct cakap kat mak aku, sampai bila nak tanggung biawak ni? Mak bagi muka sangat sebab tu dia naik lemak sampai macam ni, tak malu ke kat orang mak tanggung anak sampai tua macam ni sedangkan dia sihat, cukup anggota dan tak cacat langsung? Mak aku cakap aku busuk hati, dengki dengan adik beradik sendiri, kena paham dia ada masalah (terjebak dengan dadah) dan rezeki dia tak sama dengan orang lain. What the? Celah mana datang rezeki kalau kau tak usaha? Kalau tak kerja, ada ke duit nak datang bergolek ke tangan kita? Dalam kes ini mestilah ada, sebab mintak je kat mak aku, mak aku bagi, dengan alasan dia pun anak mak jugak. Jadi, oleh sebab aku je yang jenis mulut laser dan direct dalam semua adik-beradik, maka aku dianggap adik kurang ajar dan melampau oleh si mangkuk, dan adik beradik yang dengki kepada abang sendiri, oleh mak aku. Terlalu banyak sangat dah aku gaduh ngan dia, ngan mak aku dan terlalu banyak sakit hati dengan perangai dia. Adik beradik lain mungkin tak rasa apa yang aku sedang rasa, sebab diorang ada rumah sendiri. Diorang kadang tak ambik port, dan anggap benda tu kecik tapi bagi aku tak.

Ok, back to the story, anak anak diorang suka datang rumah mak ayah aku, tapi aku sangat tak berkenan sebab diorang suka sangat sangat buat sepah, main fon main game sampai tak peduli orang, makan sesuka hati depan tv atau mana mana, pinggan tak basuh, perangai suka menjerit, hempas pintu, mandi lambat, dan banyak perangai buruk lain, almaklumlah didikan dari mak ayah yang macam tu. Aku pulak, bangun tidur terus mandikan anak-anak awal pagi, kalau anak sepahkan barang aku ajar diorang kemas mainan balik, susun everything, ajar diorang makan tak bersepah dan mesti kat meja makan sahaja, ambil barang dan mesti letak balik di tempat asal, basuh pinggan selepas makan, banyakkan bagi dengar zikir dan Al Quran, banyak belajar dan baca buku, nak maghrib je terus dah siap mandi dok depan tv dengar zikir channel Oasis bila masuk waktu terus siap nak solat. Aku sukakan kesempurnaan, dan aku nak didik anak aku sebolehnya ke arah itu. Aku tak mahu anak aku keliru dengan didikan aku sedangkan sepupu-sepupu boleh je buat perangai sebaliknya. Mungkin aku agak over, tapi bagi aku, anak-anak adalah amanah dan aku dan suami yang akan menjawab di dalam kubur nanti tentang anak-anak, jadi kami sungguh-sungguh usaha didik anak-anak kami sebaik mungkin. Suami aku sangat baik, dia dalam proses menyediakan rumah buat kami, sebab dia pun faham masalah yang kami hadapi. Terus terang, aku lebih suka tinggal di rumah mertua sebab sangat teratur, aku kagum dengan mertua sebab memiliki suami hasil didikan mertua aku, sampai aku sendiri janji pada diri aku sendiri nak didik anak anak aku macam mertua aku buat.

Antara sebab lain mak aku cakap aku ni tak berhati perut adalah sikap aku yang tak peduli langsung pasal anak-anak buah aku. Memang kalau diorang datang sini, aku akan buat-buat tak nampak je, sebab dulu aku berniat nak didik anak-anak diorang macam anak aku tapi disebabkan satu salah faham yang mana aku tak tahu pun adakah cerita yang disampaikan betul atau telah ditokok tambah, jadi mangkuk tu mengamuk teruk kat aku, konon aku ada buat something kat anak dia. So semenjak hari tu, aku berazam takkan sentuh dah anak-anak diorang dan buat hal aku sendiri, dan memang aku buat sampai sekarang. Aku memang tak bercakap dah dengan anak-anak dia, dan aku tak benarkan anak-anak dia main mainan anak-anak aku, sebab sikap diorang yang suka rosakkan barang, sedangkan anak-anak aku sangat menjaga barang-barang diorang. Aku tak ajar anak-anak aku benci orang lain, tapi mungkin cara aku explain tu yang membuatkan anak-anak aku faham sendiri bahawa tak perlu bergaul sangat dengan orang yang negatif, so bila sepupu-sepupu diorang datang je, diorang dengan sendirinya simpan dan kemas mainan diorang dalam bilik aku, supaya tak ada yang akan rosakkan barang mainan diorang. Semua ni aku buat untuk menjaga hati aku sendiri, tapi aku masih rasa sangat benci dan terganggu.

Aku cuma nak tanya pendapat, apa yang perlu aku buat dalam situasi yang macam ni? Kalau boleh aku tak mahu pindah, sekurang kurangnya aku boleh tolong kemas segala sepah yang dibuat oleh orang orang yang berkenaan. Suami aku beli rumah siap siap, walaupun belum nak duduk (aku seorang yang penakut untuk tinggal sorang dengan anak-anak kecil sahaja) sebab bagi kami rumah lima enam tahun akan datang akan lebih mahal. Aku rasa tak tenteram nak didik anak-anak aku dalam suasana yang macam ni, suasana ada orang smoke dalam rumah, orang yang tak solat, yang suka buat sepah, orang yang tak teratur hidupnya sebab bagi aku, keberkatan dan rasa tenteram dalam rumah tu datang bila penghuninya ikut syariat Islam yang sebenar. Aku nak sangat pindah, tapi aku terlalu kasihankan mak ayah aku. Aku teringin nak ajak mak ayah aku tinggal dengan aku, tapi aku tahu tak mungkin diorang nak. Antara options yang aku rasa korang akan bagi, dan aku dah buat pun sebenarnya:
1. Report pada AADK, diorang cakap diorang akan ambil tindakan tapi sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan.
2. Pulaukan dia, aku seorang je yang buat sebab adik-beradik aku more to tak ambik port. Sekarang memang aku tak bercakap langsung dengan dia.
3. Berdoa, aku masih berharap Allah akan makbulkan doa aku sehingga saat ini.

Moga dengan baca komen membina dan semangat dari korang semua, aku akan lebih redha untuk menghadapi semua ni.

-Nadia

– Nadia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit