Diambang Kemusnahan

Hi korang! Nama aku Batu (dah tentu nama samaran) . Ni first time aku rasa nak confess kat sini. Page ni memang tempat fav aku sebab aku suka baca confession orang. Kadang-kadang aku tak percaya semua ni betul- betul jadi in real life.

Okay macamni, aku confess sini sebab aku nak pandangan dan pendapat korang semua. Mungkin sebab aku ni housewife (tapi aku ada buat bisnes online) dan aku takde kawan nak meluahkan perasaan dan dapatkan pandangan.

Lagipun aku tak berapa suka nak cerita masalah aku dan mungkin akan buka aib sendiri. Dekat sini takpe sebab korang bukan kenal aku pun.

Aku dah berkahwin 6 tahun dan ada sorang anak atas pilihan sendiri, bercinta dan suka sama suka. Sebelum kahwin aku rasa suami aku ni memang seorang yang bertanggungjawab, alim (jaga solat), tak kedekut dan sebagainya. Hahah kelakar pulak aku ingat balik.

Kitaorang kawin lepas belajar, konon-konon tak nak buat dosa bercinta lama-lama. Masa ni aku dah habis belajar dan suami aku (nama dia Kayu, nama samaran) masih lagi belajar.

Dan nafkah pulak mak ayah mertua aku tanggung masa dia tengah belajar. Masa ni masih bahagia lagi, seronok lagi bercinta. Ada bibit-bibit cinta, rindu dan sebagainya.

Aku bersyukur sebab aku ada keluarga mertua yang sangat-sangat baik. Ni memang aku tak deny. Alhamdulillah.

Cerita start lepas aku bersalin dan ada anak. Banyak yang aku makan hati. Si Kayu ni dari habis belajar sampai sekarang takde kerja yang tetap.

Tapi kehidupan kitorang okay-okay je. Alhamdulillah. Mungkin sebab aku ada duit sendiri, aku boleh berbelanja sendiri. Kayu dah minta macam-macam kerja masih belum ada rezeki. Dah dekat 5 tahun jugak lah dia memang tak dapat apa-apa panggilan.

Sebelum ni kitorang menumpang rumah mak ayah. Yang memalukan bila si Kayu ni bangun lambat. Pukul 11-12 tengahari baru bangun.

Aku pun kadang tak tahu nak kata apa, menantu dorang ni bangun lambat (aku pernah bgtahu sebelum kawin, aku tak suka orang bangun pagi lambat. Dia kata okay) aku pun percaya.

Si Kayu ni berniaga. So, dia ada waktu dia sendiri. Bab ni aku pun tak larat nak tegur sebab dia masam muka bila aku kejut dia.

Masa awal-awal kawin dulu, aku kononnya nak jadilah isteri solehah kan. Cewah! Ajaklah si Kayu ni solat berjemaah. Yelah si Kayu ni belajar sekolah agama.

Aku naklah dia didik isteri dia yang tak berapa bijak agama ni. Dua tiga kali dia imamkan aku. Lepas tu aku ajak solat jemaah lagi, dia kata suruh solat sendiri-sendiri je. Aku pun rasa kecewa. Salah ke aku nak jadi makmum dia?

Dah beberapa tahun duduk dengan mak ayah, kitorang pindah rumah sendiri. Bila dah duduk rumah sendiri ni macam-macam lah aku nampak si belang Kayu ni.

Mula-mula bestlah duduk rumah sendiri kan. Seronok, ada keluarga kecil. Ada privacy dan sebagainya. Bab perabot dan barang rumah kitorang share sama2 bayar. Dia bayar sewa dan bil setiap bulan.

Sebab aku ada hutang kereta (segala berkaitan kereta memang si Kayu ni tak ambil tahu langsung sebab dia kata ni kereta aku yang beli jadi aku kena fikir sendiri. Dari deposit, bulanan, roadtax, dan servis semua aku yang bayar.

Satu sen pun si Kayu tak bayar dan tak ambil tahu) harta dia cuma motor dan kereta warisan dia. (Dia guna motor je ke sana ke mari. kereta warisan famili dia, aku memang tak boleh guna sebab kereta tu manual).

Masa aku beli dan servis kereta pun aku buat sendiri. Kayu tak nak ambil tahu.

Yang aku geram si Kayu ni, dia boleh tahan suka gunakan aku. Dia ajak aku keluar makan naik kereta aku. Lepas tu melencong pergi beli barang- barang niaga dia. Duit minyak tak nak tong. Aku okay je bab ni. Yang aku tak okay.

Dia suka sound2 aku dalam kereta contohnya aku salah masuk jalan masa nak cod barang. Dah la aku yang drive, kereta aku pulak tu, dia tak tong minyak apa. Lepas tu sound depan anak aku yang aku ni tak prepare waze apa semua.

Sampai satu tahap aku dah geram sangat sebab terkumpul dendam-dendam sebelum ni.

Aku sound dia balik, aku kata “tak boleh ke cakap tu elok-elok sikit, dok sound-sound orang macam tak de perasaan” sambil tu aku nangis dalam kereta. Dia pun diam. Tahu pun nak diam.

Si Kayu ni pun bila cakap dengan aku memang takde nak lemah lembut. Puji-pujian pada isteri. Aku pulak jenis mengada-ngada taik unta.

Bila aku masak tu, aku tanyalah sedap ke tak, okay ke tak okay. Si Kayu tak memuji. Dia tak berapa suka aku tanya-tanya gitu. Dah la aku memasak dengan penuh semangat, lastnya terima kasih pun takde! Dia tak bagi aku tanya-tanya dah.

Ada satu hari tu, aku bagitahu kat Kayu, jomlah kita pergi jalan-jalan petang ni tepi laut bawa anak kita, bonding time dengan family kecil kita.

Dia kata tak boleh, dia nak bersukan hari-hari. Setiap hari, waktu petang adalah waktu bersama kawan-kawan dia. Tak boleh kacau waktu ni.

Aku macam sedih gila. Dia lebihkan kawan dari family sendiri. Sehari pun tak boleh.

Dan aku ada lah minta dia belanja makanan manis. Benda ni jaranglah aku minta dia belanja. Yelah sebab aku dengan anak aku yang nak makan.

Aku minta sambil tu aku nak doakan dia murah rezeki belanja anak isteri. Lepas tu dia jawab, makanan tu kan kehendak, bukan keperluan kan?

Wahh sedih gilaaa. Aku mintak sekali tu je, bukan selalu. Benda tu tak mahal pun. RM20 je. Lastnya aku tak beli. Aku ingat kata-kata dia.

Aku boleh je beli sendiri sebab aku ada duit, tapi satu haritu je aku nak makan guna duit dia.

Tapi tak kesampaian.

Mungkin masa dia berniaga ni duit tengah banyak, dia belagak apa tah dengan aku. Bila bercakap pun nak sound-sound aku. Takde lah rasa kasih dan sayang dan kemanisan rumahtangga lagi.

Sebab masa tu aku ada bergurau dengan dia pasal duit, lepas tu dia marahkan aku dia tunjuk bukti resit sambil dia datang kat aku (masa ni aku dengan anak aku dalam bilik lain, tengah mengemas)

Dia pun konon nak bergurau lah kot, dia rentap rambut aku sambil tunjuk bukti kat handphone dia. Sedih bebbb, depan anak aku dia buat gitu. Aku nangis semahunya. Anak aku diam, tak tanya apa. Aku taktau la dia faham ke tidak masa ni.

Lepas kejadian ni berlaku, si Kayu ni ada satu penyakit. Dia kena operate. Dan kena berpantang. Masa ni aku malas dah nak ambil tahu pasal dia sebabkan aku rasa kecewa dengan dia.

Dia berpantang dekat rumah mak ayah dia. Bagus pun sebab aku takde rasa hati dah. Aku rilek2 duduk berdua dengan anak aku kat rumah dan tenangkan fikiran.

Aku pernah cakap supaya dia lepaskan aku, tapi dia tak nak. Katanya sayangkan aku lah apalah blahblahblah. Dia pujuk aku balik, tu pun sekejap jelah. Aku terima maaf dia. Dia berbaik baik sikit dengan aku. Lama-lama dia buat perangai balik.

Yang ni kemuncak masalah aku berlarutan dah beberapa bulan. Bab perniagaan aku ni, si Kayu pernah kata (bisnes awak, awak punya. Bisnes dia, dia punya) maksudnya dia tak nak ambil tahu pasal bisnes aku ni.

Aku ada lah pernah minta tolong sikit2, belikan selotip, poskan barang. Sikit2 je sambil lalu. Kalau parcel banyak tu memang aku hantar sendiri tau.

Lepas tu aku minta duit belanja sikit sebab nak bawak anak dia pergi mekah dan dia jawab,

“Awak yang nak pergi, duit awak lah. Duit saya bukan banyak pun. Laptop saya pun tak bayar lagi (aku pinjam laptop dia) , duit selotip rm3 tadi tak bayar lagi, duit minyak hantar barang pun tak bayar2”

Dia ungkit semua2 ni masa ni. Masa ni aku dah memang betul-betul meletup bila dia kata gitu. Setakat duit RM3 dia ungkit dengan aku. Aku pulangkan semua laptop dan duit RM3 dia tu aku letak dekat meja luar.

Memang aku betul-betul terasa. Mungkin dia nak bergurau dengan aku . Tapi aku memang kecewa sangat- sangat dah masa ni. Aku nangis lagi.

Dia pikir aku tak mampu ke nak beli, cuma dia tu suami aku je. Aku mintak tolong sebab dia suami aku tau. Kalau dah semua benda aku buat sendiri, apa tah guna aku kawin dengan dia.

Dan sejak dari ni aku memang tak bercakap langsung dengan dia. Aku jadi degil, aku tak nak masak. Aku tak pandang muka dia. Dan aku tak maafkan dah. Dia kata dia gurau je.

Tapi bagi aku benda ni bukan gurauan dah tauu. Sebelum ni pun memang dia suka ungkit pasal pertolongan dia tu. Pertolongan dia aku kira kecil sangat2 dan bukan aku tak berterima kasih. Aku selalu je ucap semua tu. Tah lah, aku rasa bila kawan dia atau family minta tolong, dia okay je.

Sekarang pun, aku dan anak aku tidur berasingan bilik dengan dia. Sebab kerja aku memerlukan tidur yang cukup. Tengah2 malam dia tidur berdengkur kuat yaa gaiss. Aku lari bilik lain. Dan jadi alasan aku tidur asing.

Dia pun tak pernah pun tanya kenapa aku tidur bilik lain, dan tak pernah ajak tidur bilik sama2 dah. Aku tengok dia lagi happy tidur sendiri sebab aku tak kacau dia suruh bangun solat ke apa dah, dia pun bangun lewat tengahari. Memang dia suka macam tu.

Dan satu lagi, si Kayu ni dah tak jaga waktu solat wajib lepas beberapa tahun kitaorang kawin. Aku bukan tuduh ya tapi memang aku perasan. Aku nampak dia solat masa bulan puasa je.

Haa ni memang betul dia jaga solat. Aku pun dah tak mampu nak tegur dia dah. Sebab dia kan lagi pandai agama dari aku. Aku kawin dengan dia pun sebab dia tak tinggal solat. Dulu lahhh.

Dah beberapa kejadian macam ni, aku betul2 tawar hati. Dalam rumah ni aku dah tak bercakap.

Aku tak bertegur dengan Kayu dah. Tidur pun berasingan. Aku buat hal aku sendiri, Kayu buat hal sendiri. Pujuk aku pun tak. Takde lah ke arah nak ke keluarga bahagia.

Aku memang dah tawar hati. Kalau diberi pilihan aku memang boleh hidup sendiri.

(Aku dah beli rumah, si Kayu tak tahu) aku dah ada saving, anak aku pun aku buatkan saving juga. Rasa cinta pun memang dah tak ada. Aku banyak makan hati. Air mata pun dah tak terkeluar.

Kalau korang ditempat aku, agak-agak apa yang korang buat? Tolong jangan kecam. Bantu aku ya!

– Batu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *