Assalamualaikum semua. Nama aku Ernie. Nama sebenar tak sebenar bukannya korang tahu pun, hehehehe.
Aku dah umur 33 tahun. Tak kahwin lagi. Sendu je life. Duk rumah mak aku. Yang sebenarnya rumah nenek aku. Kira kami ada 3 generasi la kat rumah ni.
Aku nak luahkan perasaan penat aku je. Aku penat nak jadi bibik. Penat nak uruskan rumah sebesar alam aku ni.
Rumah nenek aku ni dalam 2000 sq ft. Ada 8 bilik. 2 bilik air. Tapi rumah lama…
Dah banyak masalah seperti atap bocor. Dinding berlobang, paip pecah, longkang tersumbat. Laman belakang macam paya. Laman depan macam tongkang.
Rumah ni ada aku 7 beradik duduk. Mak aku. Nenek aku. Ayah aku dalam meninggal. Sejak sekolah rendah lagi.
Dulu, masa nenek aku sihat. Rumah ni tip top! Kalau makanan terjatuh macam konfiden je amik nak makan balik kalau ikut 5 seconds made-up rules Tu.
Nenek aku seorang perfectionist. Memang berkilat2 rumah ni.
Mak aku pula sejenis pemalas. Jenis yang sekolah asrama dari muda, dah SPM pergi oversea tapi balik malaysia jadi orang yang ang berjaya karier tapi pemalas bab kerja rumah.
Bila kahwin. Anak sampai 7. Tapi semua nenek aku jaga. Mak aku cuma tahu keluar bekerja. Kira nenek aku ni macam super bibik la except dia buat untuk rumah dia dan mengasuh cucunya.
Adik beradik aku yang 6 orang ni tak kira tua muda semua pemalas ya amat. Entahlah melekat perangai pemalas mak aku ni.
Apa yang nenek aku ajarkan jadi rajin or pembersih, even tahap basuh pinggan makan sendiri pun tak boleh nak melekat amalkan.
Aku ni kakak. Aku biasa di ajar jaga rumah, rumah bersih, selesa kita semua nak duduk. Memang aku ikut nenek aku dalam segala hal.
Aku ni kakak sulong yang malang agaknya. Dapat adik beradik pemalas.
Kisahnya. Nenek aku kena potong kaki sebelah sebab diabetes pada tahun 2010. Lepas daripada saat inilah rumah aku jadi lombong.
Bila atap bocor masa hujan, lepas tu takde sapa nak sapu air atau mop bagi kering. Kalau nak tunggu kering, kena tunggu aku balik kerja la.
Aku ni kerja shift tak tentu. Kadang masuk pagi. Kadang masuk malam.
Bayangkan hujan dari malam. Aku kerja. Balik pagi2 aku aku terus buat 2nd job aku dulu. Tengah hari baru balik.
Masa aku balik tu lah air masih bergenang genang lagi. Orang lain melekar tidur. Atau main PS4. Pandang je la air bergenang tu.
Kat laman dapur. Lepas makan kalau ada lebih sisa2, contoh lebih kuah kari tu, isi air sikit dah buang sisa ke tanah. Semua jenis sisa. Sisa berminyak pun sama. Dah jadi paya kat belakang tu.
Dah tak reti aku nak uruskan macam mana. Sebab paip kat situ macam longgar kot so air paip sentiasa mengalir. Tu pasal jadi paya. Ditambah lagi dgn bahan makanan main buang je situ.
Kerak2 nasi pun campak situ. Datang ayam itik jiran makan sampah semua tu.
Memang la elok bahan sisa ada binatang makan. Mak aku kata kita kongsi rezeki dengan binatang. Sebab tu mak aku tak nak buang sisa makanan dalam tong sampah.
Tapi masalahnya apaaaa, ayam2 itik2 jiran tu buat sarang pulak kat rumah ni, berak sana sini. Dah jadi satu kerja tambahan pulak aku nak kena bersihkan simen sebab penuh taik ayam.
Hal sampah. Kalau aku tak kumpul, tak sapu tak kemaskan. Makanya jadi la tapak pelupusan sementara.
Aku kena uruskan sampah dulu. Lepas tu merayu adik lelaki aku supaya tolong buangkan ke tempat orang kutip sampah. Sebab lori sampah tak lalu kat bahagian rumah aku…
Kat rumah aku full karpet. Tapi tak ada orang nak vacuum selalu. Semua kena tunggu aku.
Penatnya nak duduk dalam rumah berdebu debu. Ambil air purifier koku ke kawey aku rasa 2 hari je rosak sebab tak larat nak sedut debu dah kot.
Rumah aku ambil water filter kawey. Yang penadah air tempat letak cawan tu berkulat la kalau tak de aku cuci. Aku sekali ada pergi travel selama 2 minggu ke Jepun.
Balik rumah tengok water filter tu berminyak2, kotor. Tempat tadah air tu ada jentik2. Ya Tuhannn. Macam mana la orang rumah aku ni hidup kalau aku tak da.
Paling kasihan nenek aku. Aku tau dia tak selesa rumah dia kotor dan busuk. Penat dia menjerit2 panggil adik beradik aku tolong buat kerja. Tapi haram….
Mereka buat pekak je. Bila muka aku ni muncul balik kerja. Mula la dia suruh basuh pinggan, periuk, baju, mop lantai, buang sampah, lipat baju, tukar bulb lampu… dsb…
Aku ni pernah je pindah keluar duk rumah sewa. Tapi nanti mak aku mula la merayu2 suruh aku balik sebab nenek aku rindu.
Padahal sebab rumah dah macam tongkang.
1 tahun aku duduk luar. Satu tahun tu juga la mak aku merajuk, suruh aku balik rumah.
Aku nak kahwin ni guys, dan bakal suami aku orang warga afrika yang dah lama di sini. Banyak kecaman yang aku terima. Telan… Macam takde lelaki Melayu lagi kat dunia ni kan.
Tapi entahlah. Aku tertarik dengan sikap pembersih dan rajin dia. Sikap caring dia.
Lama kami berkenalan dan tahun ni dia ada ajak aku kahwin. Tapi musim2 PKP ni, tak tahu lah nak uruskan macam mana.
Aku harap bila aku kahwin nanti aku ada alasan kukuh untuk duduk di luar, sebab salah satunya mak aku tak suka dengan bakal suami aku ni. Dia kata dia tak suka dengan si bu***t kuali tu.
Ya Allah sempat lagi rasis mak aku ni. Tapi tak apalah. Lama aku kumpul kekuatan untuk hidup demi aku. Bukan untuk orang lain.
Tapi aku kasihan kan nenek aku. Mesti dia stress kena duduk dalam rumah tongkang tu lagi kan.
Nak ikut lifestyle “you do you” tapi hati tisu pulak mengenangkan nenek aku tu. Nenek aku dia kata aku mesti kahwin dan keluar dari rumah ni. Kalau tak aku takkan bahagia.
Tapi aku sayang nak tinggalkan dia……
Doakan aku cepat kahwin guyss..
Semoga urusan pernikahan aku dipermudahkan semasa musim covid 19 ni…..
Salam sayang,
– Ernie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit