Rumahku Nerakaku

Assalamaualaikum semua. Apa yang aku ceritakan ni adalah kisah aku yang dah tak mampu aku simpan sendiri. Makin lama aku makin sakit jiwa dan raga.

Aku Nadwah. Dan ini adalah nama sebenar aku. Nadwah tu sebahagian dari nama ibu ayah bagi untuk aku. Anak ketiga, aku ada 2 orang abang dan bawah aku 5 orang adik. Total 8 oranglah adik beradik aku. Mak aku ibu tunggal sejak 12 tahun lalu.

Abang aku yang sulong umur 30, kedua 27 tahun. Ke semua kami tinggal dengan ibu di teratak tinggalan ayah.

Apa yang membuat aku menangis hari2 adalah bila abang2 dan adik2 aku bersikap bagai raja dalam rumah. Ya mereka bekerja, begitu juga aku. Adik2 aku sekolah menengah 3orang dan sekolah rendah 2 orang. Semua dah besar2 belaka. Melepasi usia 10 tahun tu boleh dikatakan besarlah kan.

Abang2 aku kerja 9-6 petang, ibu 7-3 petang iaitu kerja kilang makanan, aku 12 tengahari-10 malam. Aku melakukan dua kerja.

Apa yang membuatkan aku sakit hati adalah adik beradik aku hanya tahu bermain telifon dari yang besar sampai ke yang paling kecil apabila berada di rumah. Itu saja yang mereka buat lepas pulang dari kerja atau sekolah.

Ibu aku kerjanya sangat memenatkan perlu berdiri, mengangkat barang berat2. Jadinya bila balik ke rumah dia perlukan rehat.

Segala kerja rumah aku la terpaksa buat. Meskipun aku juga penat yang amat. Benda ni dari aku kecil sampai la ke dewasa tak pernah berubah. Ibu dan aku umpama orang gaji di rumah.

Hari ni cukup seminggu bergaduhan aku dengan ibu dan adik beradikku, suatu hari aku terlajak tidur sampai jam 9 pagi, menyebabkan aku lupa untuk menjemur kain.Lalu ibu call aku sambil menjerit memanggil aku dan berkata aku anak yang malas. Tahu tido sahaja. Dah la adik pun tak hantar ke sekolah pagi tadi. Dan ibu perlu mengantarnya.

Padahal masih ramai anak2 ibu yang lain yang boleh diminta tolong. Macam biasa aku juga dipersalahkan. Sebab aku terlalu penat, berjurai air mata aku keluar. Dan aku tak dapat simpan apa yang aku pendam sekian lama aku bertengkar dengan ibu dalam telipon.

Setiap kali aku balik ibu sudah tidur dan macam biasa adik beradik aku mana reti nak tidur lagi ralit dengan telifon masing2. Dan keadaan rumah aku bagai tongkang pecah. Istilah yang boleh aku katakan adalah “kalau aku taku kemas tak kan ada orang lain kemas”.

Kerana aku kerja tengahari memang setiap hari aku pastikan rumah bersih sebelum aku pg kerja. Bayangkan aku bangun seawal 6 pagi dan non stop buat kerja rumah. Memasak lagi. Aku memang tak de masa untuk betul2 rehat

Setiba di rumah, aku biarkan semua begitu saja aku hanya uruskan barang aku. Sampai la semalam aku dah fikir masak2 bahawasanya aku harus pergi untuk kali ni. Sambil aku membaringkan diri kerana penat aku mendengar suara ibu mengeluh kesakitan. Satu badan ibu menjadi sejuk dan ibu seolah-olah seperti mahu sawan. Adik aku di bilik sebelah ibu masih leka dengan telipon.

Masa ni hati aku sakit sangat, aku meninggikan suara pada ibu dan menjerit bagai org gila. Aku penat!!!!! Sambil capai telipon dan call pak cik aku. Memang sangat tak reti bahasa adik beradik aku yang lain mereka biarkan aku terkapai-kapai dengan ibu. Aku benci mereka!!

Pak cik aku doktor, lepas dia tenangkan ibu dan bagi makan ubat ibu nampak ok. Aku berlalu pergi meninggalkan ibu dalam bilik sambil menjerit panggil orang lain tengokkan ibu.

Ibu aku melayan anak2 lelaki dan begitu juga adik2 aku yang lain bagai raja. Ibulah membasuh baju, menjemur baju,memasak, mengemas rumah, memberus kasut sekolah, walhal seluar jeans atau seluar kerja abang2 aku pun ibu berus pakai tangan baru letak dalam mesin. Tapi kebanyakkan tugas ni dah beralih pada aku sejak aku tinggal di rumah.

Anak2 ibu jadi macam ni sebab apa? Sebab didikan ibu dari kecik layan mereka bagai raja sanggup jadi hamba anak2. Dan ibu aku ada satu sikap nak semua perfect. Dulu masa aku kecil ibu tak benarkan aku masuk dapur sebab kami orang susah nanti rosak barang2 memasak ibu nak kena beli lagi. Kasut sekolah aku berus tak bersih ibu berus balik. Baju aku lipat senget ibu betulalkan semua balik.

Sampailah aku dah besar, aku pernah beberapa kali masuk dapur untuk memasak tapi aku di marahi ibu. Katanya aku akan menjahanamkan benda sahaja. Bukan menjadi pun aku masak. Sejak dari hari itu aku jadi malas jadi takut untuk memasak. Aku sedih sedih sangat, ibu hanya tahu marah tapi ibu tak pernah nak tunjuk cara buat sesuatu itu dengan betul. Sebab tu aku rasa adik beradik aku yang lain jadi macam ni bila besar.

Aku punya adik bongsu umur 11 tahun. Agak jauh jaraknya dengan aku. Bila dia dah umur 9-10 tahun aku ada mintak dia tolong aku sapu ruang tamu sikit, buang sampah. Benda2 yang senang lagipun adik aku perempuan kot. Tapi akhirnya aku pula dimarahi ibu. Dia kata budak kecik tak seharusnya buat semua tu. Ni kerja aku sebab aku dah besar.

Setiap kali aku balik ibu sudah tidur dan macam biasa adik beradik aku mana reti nak tidur lagi ralit dengan telifon masing2. Dan keadaan rumah aku bagai tongkang pecah.

Korang bayangkan perasaan aku sebelum pergi kerja rumah bersih, sinki kosong semua tip top. Tapi bila aku balik kerja dengan penat emosinya lagi rumah aku hancur tak terurus. Aku dah banyak kali membebel pasal hal ni pada ibu pada adik beradik aku tapi mereka langsung tak endah perasaan aku. Apa yang aku buat selama ni.

Dan kisah hari raya yang sedih untuk aku. Kawan-kawan aku ada buat ziarah raya. Kami rotate rumah untuk beraya dalam satu hari. Jdnya aku bangun awal bersihkan rumah. Malu sangat kalau orang tahu keadaan sebenar rumah aku. Beraya bermula dari tengahari dan rumah aku yang terakhir.

Aku dah pesan siap2 yang akan ada tetamu datang nanti. Setibanya di rumah, aku terus menangis. Rumah aku bersepah macam bertahun tinggal. Padahal baru beberapa jam. Aku berasa amat malu bila kawan aku kata “eh, tadi lambat kata kemas rumah. Ni bersepah-sepah ni macam tak kemas je”

Malam tu aku menangis je aku jadi marah pada semua orang. Dan masih segar dalam ingatan yang mak cik aku pun pernah kata benda yang sama. “rumah ni semua budak2 besar, tapi rumah macam tongkang pecah. Mana pergi anak dara?”

Orang tak nampak macam mana penatnya aku setiap hari kemas rumah. Kadang2 makan pagi pun tak. Celik2 mata terus pegang penyapu. Sesungguhnya aku penat. Dan aku rasa sebelum aku jadi gila aku kena keluar dari zon ni. Biarlah apa nak jadi pada rumah ni.

– Nadwah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *