Untuk part I, (https://iiumc.com/rumahku-
Assalamualaikum semua. Ni confession aku kali kedua. Lepas aku post yang first ramai bagi aku kata-kata semangat, ramai jugak nak tahu apa tindakan aku selepas tu.
Dah hampir dua bulan berlalu, tapi baru hanya 2 minggu aku di rumah sewa. Masih lagi dia area yang sama dengan rumah aku, sebabnya aku kerja dekat kawasan ni je. So aku tak boleh pergi jauh jauh.
Nak dijadikan cerita… Malam aku ambik keputusan untuk keluar rumah tu semua adik beradik aku ada kat rumah. Aku terpaksa keluar malam sebab kawan yang nak anta aku tu free malam je. Lepas seharian mengurungkan diri, aku tekad nak pergi.
Keadaan masa tu aku tak pernah terfikir akan terjadi dalam family aku. Mak aku meraung menangis, dia pegang kaki aku tak bagi aku pergi, abang-abang aku sorang pegang rotan sorang pegang kayu entah apa-apa, aku dah besar biarkan je aku pergi.
Mereka cakap apa masalah aku sampai nak keluar rumah. Apa yang aku tak puas hati sangat?
Kemarahan aku memuncak, sampaikan aku tepis pelukan mak aku dekat kaki. Aku campak semua kain baju dalam bakul dekat muka mak aku, adik beradik aku sambil aku bagitahu semua benda yang aku benci pasal diorang.
Tetiba mak aku bersuara,
“mak kerja, kenapa nak salahkan mak?”
Dengan nada geram aku balas,
“sebab kau tak pernah nak ajar anak-anak kau buat kerja rumah, kau sanggup jadi hamba untuk anak-anak kau”
“hamba apa? apa yang kamu cakap ni? Mak sayang anak-anak mak”. Berderau darah aku masa ni.
Tetiba abang aku yang sulong cakap,
“selama ni kau takde kami bole je hidup, rumah ni memang macam ni, kau jangan jadi kurang ajar sangat”
“kau duduk la anak beranak kau dalam keadaan rumah sampah macam ni, biar aku keluar dari rumah ni”
“benda kecik pun kau nak kecoh, bukannya kau lahir dalam family penangih dadah, perompak, orang jahat”. Tambah abang aku sorang lagi.
Semua bergaduh aku tu didengari kawan baik aku yang dah lama tunggu kat luar rumah. Malam tu dah tak de air mata yang keluar, sebab aku dah penat menangis hari-hari. Aku dah bagitahu elok2, aku dah buat jadual kerja masing2 semua tak jalan. Dan ini je langkah terakhir aku ada.
Dalam dua minggu ni duduk di bilik sewa hidup aku tenang setenangnya, cuma sekarang aku terpaksa pergi kerja naik grab.
Skuter aku tu aku beli loan dari mak, abang aku tak bagi aku bawak sekali. Baju pulak basuh dekat dobi. Mereka seolah nak patahkan kaki aku, tapi aku tekad aku mampu hadapi semua ni.
Dengan gaji aku yang tak seberapa ni, tambah tolak, grab, makan, sewa bilik, dll. Aku dah tak mampu nak bagi duit untuk mak. Hanya cukup untuk makan pakai aku.
Walau jiwa aku tenang, hari2 aku mesti menitis air mata ingatkan mak. Macam mana la hari-hari mak jalani tanpa aku. Mak aku tu ada macam-macam penyakit, aku bimbang dia sakit bukan sebab penyakit tu tapi sebab terlalu penat dengan kerja rumah hari-hari.
Sampai ke saat ni, aku masih tak dapat maafkan mak aku dan adik beradik yang lain. Bila mereka salahkan aku. Katanya aku terlalu cerewet, nak rumah bersih sedangkan mereka dah terbiasa tinggal dalam keadaan rumah macam tu. Salah ke aku?
Aku penat dengan ngumpatan saudara mara aku setiap kali mereka datang ke rumah aku begitu jugak jiran tetangga. Belum lagi bila mereka sebarkan ke sana sini.
Keesokkan harinya mak ada ws aku “mak minta maaf”. Satu ni je. Aku tak reply. Sebelum aku block mak. Aku sedih tapi aku tak boleh..
Dua hari lepas tu adik aku ada ws pulak,
“kau anak derhaka, pagi malam mak menangis sebab kau. Kalau jadi apa-apa dekat mak ssmpai mati aku tak maafkan kau”
Sejak dari tu aku block semua adik beradik aku. Seolah-olah salah tu dibahu aku seorang. Allah. Berat sangat ujian ni. Aku tak tahu sampai bila aku nak macam ni. Korang doakan aku kuat. Kalau apa aku buat ni salah, ajarkan aku jalannya.
– Nadwah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit