Rumahku Syurgaku

Salam. Pertama sekali terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan coretan aku. Aku Koko, anak bongsu daripada 4 beradik. Ayah aku dah meninggal sejak usia aku 5 tahun. Jadi mak la yang menyara kami adik beradik dengan hasil membuat kuih. Masa kami kecik semuanya nampak indah, best, macam takde masalah walaupun serba kekurangan. Kami adik beradik rapat, lepas gaduh berbaik semula lepas tu gaduh lagi. Tapi bila dah besar, semuanya berubah. Kami adik beradik jarang berbual, jarang ambil tahu & tak pernah bermesra. Semua ni berlaku tanpa sedar, aku sendiri tak tahu bila kami mula renggang.

Kakak sulung aku seorang yang bertanggungjawab. Dari dia masih bersekolah lagi dia dah banyak berkorban sampai sekarang. Dan aku rasa antara kami 4 beradik, kakak sulung aku la yang paling banyak terluka. Abang & kakak aku yang kedua (aku namakan dia tilam sebab dia suka baring) selalu sakitkan hati dia. Abang aku kalau bercakap dengan adik beradik, tak pernah berlembut. Ada je yang nak dimakinya walaupun benda tu nampak remeh. Kakak sulung aku antara orang yang selalu ditengkingnya. Si tilam pula selalu doakan yang buruk buruk untuk kakak sulung aku. Kadang kadang mereka baik, kadang kadang tidak. Bila aku balik ke asrama, kakak sulung aku selalu mengadu yang si tilam tu cakap begini begini pada dia, pulaukan dia dan mak aku, tak bagi kakak aku masuk bilik. Tapi bila aku di rumah, kakak sulung aku jarang menegur aku. Selalunya aku la yang buat soalan supaya kami at least bercakap dalam satu hari.

Abang aku pulak memang berubah 360 darjah. Aku rasa puncanya bila aku (umur 10 tahun) dan abang (umur 15 tahun) bergaduh kecil dan tak berbaik. Mak langsung tak cuba nak damaikan kitorang. Malah tindakan mak merenggangkan lagi hubungan kami (mak kitorang bukannya menghasut, cuma susah nak terangkan kat sini). Tapi semenjak dah berakal ni aku dah mula tegur-tegur balik abang aku, dan dia masih lagi dengan keras kepalanya. Dengan semua ahli keluarga kami dia tak mesra, cuma dalam dunia dia sendiri.

Si tilam pulak aku rasa yang paling bermasalah. Kalau masa dia baik, macam-macam lah dia nak buat. Bagi aku duit belanja, belikan mak aku barang keperluan contohnya. Tapi kalau sampai angin busuk dia, mula lah keluar perangai perangai yang tak elok. Dia ni la paling kerap tak bertegur dengan mak & kakak sulung aku. Even bulan puasa pun dia wat lek wat peace je tak bertegur dengan mak aku. Dah dekat nak raya barulah berbaik baik semula. Dia ni pantang ditegur silap dia, mula la nak melenting, marah, menangis, merajuk macam budak padahal umur dah pertengahan 20 an. Penampilan luaran dia bertudung labuh gila, tapi perangai sebenar cuma kami sekeluarga je yang tau (bukan judge tudung dia, cuma dia kadang kadang suka judge penampilan orang dan rasa dia bagus).

Aku selalu bandingkan hidup keluarga aku dengan keluarga orang lain walaupun aku tau benda tu salah. Orang cakap kalau kita asyik bandingkan rezeki kita dengan orang lain sampai bila bila pun kita tak rasa bersyukur. Aku tau tu tapi aku tak boleh nak elak. Hidup aku memang dikelilingi oleh orang yang dari keluarga bagus-bagus. Setakat ni aku belum jumpa orang yang senasib dengan aku, kalau tak boleh jugak aku kongsi cerita aku dengan dia. Hari raya kami tak sama macam hari raya orang lain bahkan macam takde apa-apa makna. Bagi aku, aku tak kisah kalau kena puasa sebulan & takde hari raya sekalipun, sebab hari raya kami memang simple. Balik dari solat raya, semua buat hal masing masing. Takde tradisi tradisi macam orang selalu buat, bersalam salam, minta maaf, bergambar satu keluarga, ziarah sedara mara. Kami cuma hidup berlima, takde balik kampung atau berkumpul dengan keluarga lain. Faktor lainnya sebab kami takde kereta, so susah nak bergerak cuma tunggu orang datang beraya. Atas sebab tu jugak kami tak rapat dengan keluarga lain, sebab jarang ziarah. Kami adik beradik pun rasa rendah diri dengan sedara mara yang berjaya. Sejujurnya, aku cemburu tengok kemesraan keluarga orang lain tambah tambah bila hari raya, semua orang berlumba lumba post gambar raya dorang, tunjuk kebahagiaan & kesenangan yang diorang ada.

Aku bukan nak menyalahkan mak aku, tapi aku percaya mak aku pun antara punca kami jadi begini. Dalam hati aku, aku selalu cakap yang mak aku sebenarnya belum sedia nak menjadi ibu (maafkan aku) sebab tu banyak yang terkurang pada didikan dia. Antaranya mak tak pernah ajar kami memberi salam sebelum masuk rumah sendiri (aku yakin kesan memberi salam itu besar), meminta maaf @ memaafkan, berterima kasih sesama kami, ucap tahniah, selamat atau memberi pujian. Malah mak aku sendiri tak pernah meminta maaf kalau dia yang membuat silap. Kalau ada yang tak bertegur dengan mak, mak aku takde usaha nak pulihkan keadaan, malah dibiarkan lagi. Aku sedar, benda ni semua comman sense tapi kalau dah dari kecik tak diajar bila dah besar rasa segan nak praktikkan. Aku tak boleh menyalahkan mak aku juga sebab kami semua pun dah besar. Lagi pun mak kami sibuk nak menyara hidup kami dari dulu & banyak perkara nak difikirkan sampaikan hal hal persekolah kami pun tak dihiraukan. Mungkin atas dasar tu mak aku terlepas pandang.

Kadang kadang aku menangis mengenangkan keadaan keluarga aku. Keluarga kami memang kurang rasa cinta. Aku sendiri tak tau kenapa setiap kali aku masuk ke dalam rumah, aku punya kegembiraan, keceriaan semua hilang. Macam terkena sumpahan. Aku yang sedar dengan masalah ni kadang kadang cuba nak menghidupkan suasana tapi tak menjadi. Tapi bila dengan kawan kawan aku ok, boleh bermesra bergurau segala. Mungkin betul orang cakap, bila adik beradik bergaduh keberkatan dalam rumah akan hilang. Buktinya keluarga kami yang dah terlalu lama sendu. Aku harap sangat masih ada peluang untuk kami sama sama berubah sebab kami cuma ada kami berlima saja, sedara mara lain jarang beri perhatian pada kami, malah dipinggirkan lagi.

Kepada sesiapa yang senasib dengan aku, aku doakan yang terbaik untuk korang, semoga luka luka korang cepat sembuh & boleh rasa bahagia macam orang lain.

– Yoyo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *