Assalamualaikum. Akak nak kongsi tips memikat suami. Semoga ada manfaat untuk semua.
Alhamdulillah.. Akak berkahwin atas pilihan keluarga, sebelum kahwin memang tak bercinta.
Lepas kahwin few months, encik suami beritahu dia masih contact dengan ex.
Jeng.. jeng.. jeng.. WOW.. siap bagi akak contact dengan ex dia sebab mereka plan nak kahwin. Akak pun layankan je permintaan kedua-duanya. Akak izinkan mereka nak kawin.
Terus terang masa tu terlalu sedih dan kecewa. Tapi selalu ingat Allah uji manusia mengikut kemampuan hambanya.
Jadi akak mulakan langkah untuk pikat hati encik suami.
Tips memikat hati suami:
1. No.1 ingat Allah. Akak menangis, merayu semua kepada Allah, akak langsung tak kongsi masalah ni dengan sesiapa. Bangun malam tahjud minta Allah bantu yang terbaik.
Nasihat akak kalau apa-apa terjadi terus minta tolong dari Allah dulu sebab emosi kita tak stabil masa ni.
2. Akak siapkan semua keperluan suami untuk makan, gosok baju. Layan macam raja. Apa suami nak semua akak siapkan. Jangan merungut, jangan membebel. Hihi..
3. Akak cuba perbaiki diri, jadi macam apa yang dia suka. Means dari segi penampilan dan tingkah laku. Yang ni akak usha jugak ex dia tu, so mana yang positif tu akak ikut.
4. Belajar masak lauk-pauk feveret encik suami. Pantang bila dengar dia cakap teringin je terus cuba masak paling lambat pun esok harinya.
5. Semua benda atau aktiviti dia suka. Akak cuba suka juga. Akak bagi support 200%
6. Bila ex dia contact akak, akak layan je baik-baik. Biar dia tak boleh nak cari salah akak dan burukkan akak.
7. Sila jadi kental, jangan asyik bandingkan rumahtangga sendiri dengan orang lain.
8. IKHLASkan hati, SENYUM selalu.
Alhamdulillah, janji Allah pasti, kita buat baik dibalas baik. Encik suami sekarang dah banyak berubah. Dia pun dah berjanji tak nak kawin lain.
Sekarang encik suami mula ambil berat dan akhirnya dapat juga rasa perasaan menjadi seorang bidadari di hati suami.
Terima kasih Allah.
– Ros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit