Rumahtangga Akhir Zaman

Betul lah, ada ustaz cakap kita diakhir zaman ni ujian rumahtangga ni memang hebat. Entah lah, aku tak tahu nak luah dekat siapa. Jadi aku nak luah dekat sini boleh?

Aku seorang isteri dah berkahwin menuju tahun yang kelima ada seorang cahaya mata penyejuk hati Alhamdulilah syukur.

Aku kenal suami dari seorang kenalan, awal kenal okay je semua sampai lah kami kahwin waktu pkp. Kami rancang kahwin dalam masa sebulan lebih je, semuanya memang dimudahkan tambah waktu tu pkp kan. Jimat duit jimat masa.

Oh ya, btw suami aku ni seorang guru agama dan agak dikenali dekat kawasan tempat tinggal aku ni. Kalau orang nampak dia memang nampak soleh yakmat.

Awal perkahwinan semuanya okay, benda siket siket yang buat sakit hati mula-mula je aku bising-bising lepastu aku tak bising dah, yelah nama pun manusia mestilah ada kekurangan kan. Benda-benda yang aku rasa macam masalah kecil aku hadap je.

Fast forward sampai lah ada anak seorang, semuanya okay saja. Sampai lah satu hari aku terjumpa yang suami aku duk whatsapp dengan kakak senior dia.

Mula-mula pasal kerja lama-lama bersambung-sambung saling berbalas emoji yang macam orang bercinta dan hampir ke arah bercakap pasal cerita dalam kain.

Waktu tu memang aku mengamuk rasa down gila dalam hati aku cakap kenapa nak kena buat camni. Apa kurangnya aku?

Benda tu aku dah cakap depan suami dan dia pun nampak agak menyesal lah. Aku mula-mula macam payah juga la nak terima benda tu. Tapi sebab suami, sayang kan. Pahit pun aku telan juga.

Fast forward lagi sampai la anak kitorang dah tiga tahun sekarang. Semenjak kejadian tu aku jadi paranoid siket-siket nak check handphone suami aku.

Mula-mula nampak okay. Sekarang ni dah bulan 8 untuk tahun 2024 kan, aku tak tahu la dah berapa kali suami aku kantoi dengan aku. Kantoi chat dengan perempuan lain mengaku bujang dekat satu apps yang game tu nama dia plato.

Setiap kali dia kantoi setiap kali tulah aku chat perempuan-perempuan yang dia chat bagitahu dia dah kahwin dah ada isteri dan anak.

Aku bukan apa, aku kalau boleh taknak benda makin teruk waktu tu aku nak halang pun tak boleh dah.

Sampai lah jadi gaduh suami aku cakap jangan check handphone dia dah, dia kata aku tak percaya dia kata chat biasa je bukan apa-apa. Chat biasa sampai nak on the phone, pagi-pagi chat “assalamualaikum, sobahul khayr” aduhaii.

Dah dia tak bagi aku check handphone dia kan? Okay aku tak check dah. Aku memang serahkan urusan suami aku ni dekat Allah, sebab hati aku memang dah hancur sangat dah.

Tapi suami aku bila aku cakap dengan dia mesti dia marah aku semula, seolah aku yang salah sebab check handphone dia kalau aku tak check mesti tak akan jadi isu.

Dan sekarang ni, dalam sebulan lebih ni dua kali kantoi suami aku chat dengan junior dia pulak. Bila tanya chat apa, chat biasa-biasa je.

Tapi sebelum ni aku dah pernah terbaca diorang chat cerita pasal hal dalam kain. Faham tak betapa hancurnya hati aku? Junior dia dah kahwin ada anak dah. Tapi duk cerita dia pernah 3some lah apalah, mana la fikiran aku ni tak dapat agak apa diorang chat?

Yang lagi satu kes dia kata kawan dia chat biasa tanya kabar nak catch up dengan kawan lama katanya. Kepala dia.

Setiap kali kantoi, aku tanya kenapa buat macam tu mesti dia kata rasa nak borak je. Habistu aku isteri dia ni?

Setiap malam aku tunggu dia nak pillow talk tapi end up aku tertidur sebab dia busy main game. Kalau siang hari pun dia banyak habiskan masa pegang handphone.

Macam mana boleh kantoi? Aku tengok suami aku lain. Lepastu isteri ni korang tipu lah macam mana pun, tak ada check handphone pun mesti Allah tunjuk.

Mesti Allah hantar signal pasal suami, sebelum kantoi ni pun banyak kali dah aku tanya ada chat orang lain ke tapi nanti mesti aku kena marah balik.

Suami aku kata aku overthinking. Aku tak tahu la lepasni berapa banyak lagi kantoi chat aku nak hadap.

Hati aku memang dah hancur teruk, rasa kalau repair pun tak sama rasa dia dah. Yang aku terkilan suami aku guru agama, belajar agama. Aku rasa aku tak patut rasa semua tu sebab aku dah kahwin, tak patut ada rasa dicurangi kan?

Nak mintak korang doakan yang baik-baik untuk keluarga aku boleh? Aku cuma nak luah. Doakan aku waras sebab aku ada anak yang masih perlukan aku walaupun kadang aku rasa taknak hidup dah. Thanks korang.

– Seorang isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul la kta kakak ni, akhir zaman ni bnyak benda pelik2 berlaku.. dlu org ckp, klau nk halalkn hubungan lelaki n pompuan, kna berkahwin lah.. tp bla dah berkahwin, lain plak ceritanya, masih nk ‘mkn luar’, sdgkn isteri ada di rumah, itu pon usia perkahwinan belom cecah 10 thn lg, kes2 perceraian pon dah jd mcm ‘trending’, walhal mse nk kawen dlu, siap kumpul dt punya lah lma, ada yg hutang dgn bnk (sbb nk buat majlis kawen) pon blom slesai lg, dah ada ura2 nk bercerai (na’uzubillah).. saya baru dengar seorang ustaz ceramah.. ustaz kta, manusia ni sering diuji dgn nafsu, syahwat & bala.. klaw x tahan dgn ujian ni, maka kalah lah kita sbg ‘khalifah’ di mukabumi ini.. selalunya seorang istri akn tetap ‘setia’ selagi suaminya itu menunaikn t/jwb serta x mngkhianatinya, skali dia ‘dikhianati’, dia akn ingat sampai bila2 dan ‘gurisan2’ di hatinya sukar utk dipadamkan sepenohnya, w/pon suami berjanji tidak akn mengkhianati nya lg.. kpd isteri2 di luar sna, bersyukur la anda mempunyai suami, tetapi kebhagiaan mngkin tidak akn berpanjangan, dan kemungkinan anda akn ‘kehilangan’ suami semasa dlm perkahwinan, so buatlah sebaik mngkin semasa anda masih bergelar isteri dan serahkan selebihnya kpd Allah utk menentukan apa yg akn berlaku selanjutnya.. kpd suami2 pula, anda telah ‘berjanji’ dgn nma Allah, semasa melafaz aqad nikah dan juga takliq di hadapan wali isterimu, so tunaikan janji tersebut dgn seikhlasnya.., dan sekiranya janji2 tersebut tidak dpt dilaksanakn dgn baik, carilah jln yg terbaik, dan jgn ‘menganiaya’ isteri yg telah kamu kahwini.. sbg manusia, kita semua diuji dan harus ‘redha’ dgn ketentuan dari-Nya.. dan ingatlah, bhw semua tindakan kita, (yg baik atau yg sebaliknya), akn mendapat ‘balasan’ yg setimpal dari Allah SWT, sama ada masih di dunia, atau di Akhirat kelak.. wallahu a’lam bissawab.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *