Rumahtangga dan Keberkatan Doa Seorang Ibu

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman bila baca banyak kes cerai suami isteri dalam iium confession sejak kebelakangan ni.

Nama tipu saya, A. Berumahtangga, dan ada 3 orang cahayamata. Dah berkahwin 13 tahun. Umur lewat 30an.

Apa yang ingin saya kongsikan ni sebenarnya kisah saya dan suami lebih kurang 8 tahun dulu.

Kenal suami dari zaman sekolah, tak pernah bercinta, hanya kawan sekolah. Tup2 jumpa balik. Masa tu saya heartbroken, dia pon bercerai, duda anak sorang, kami akhirnya berkahwin.

Yer, kami sebaya. Masa tu memang saya tak fikir panjang, ye lah sebab kecewa, tengok dia okay, saya pon bagitahu ayah, saya nak kahwin, ayah setuju dan kami pon kawin.

Little did I know that he is actually baran sangat, and to make it worst, dia mental tortured saya teruk sangat. Suami tak pukul saya, tapi setiap hari dia mengungkit segala kisah silam saya, hari2 kami bergaduh.

Silap saya, saya cerita kan segalanya kepada dia. Masa tu saya jujur, dia pon nampak baik, boleh terima segala buruk baik saya. Betapa naïf nya saya waktu sebelum kawin tu.

Apa yang saya kenal dan nampak sebelum kahwin hanyalah wayang, senang cerita.

Hari-hari saya berendam airmata. Sebulan lepas kawin, saya berpindah jauh dari keluarga sebab mengikut dia bertugas. Dan ya, memang jauh tempat tinggal kami, dalam 16 jam perjalanan. Siapa yang faham, faham lah.

Lima bulan berkahwin, dengan izin Allah saya mengandung, bukan sekali, tetapi tiga kali semuanya- selang setahun lebih kurang. Semuanya gugur tanpa sebab. Sedih bila dikenangkan diri dan hidup saya masa tu, hanya Allah yang tahu.

Kurang lebih lima tahun saya berkahwin tidak dikurniakan anak. Tapi dari mula berkahwin, anak tiri yang saya anggap macam anak kandung, tinggal bersama dan kami jaga, dari usia dia setahun lebih.

Saya tak bekerja, memang saya lah yang sepenuhnya menjaga dia. Tak pernah saya rasa dia anak tiri saya. Wallahi. Makan, pakai, hantar amik sekolah, segalanya dengan saya. Dia penghibur peneman saya masa tu.

Hubungan kami suami isteri masih sama memang bergaduh, dari sekecik2 hal, akan jadi berkait2 dan sampai mengungkit, Penat perit bila nak ingat semula. Kesian anak tiri saya, zaman kanak2 dia hidup tengok mak ayah bergaduh.

Sampai satu tahap saya malas untuk bercerita dengan sesiapa pon hatta kakak saya sendiri. Dan anak saya seakan faham apa yang berlaku dalam rumah kami. Perangai suami masih sama, depan orang- he is the most charming guy. Tapi, yang hidup dengan dia tahu lah macamana.

Dan ya, mak dia tahu perangai dia, dan mak dia takut dengan dia. Dan ya, saya memang mintak diceraikan setiap kali bergaduh jika dia bencikan saya, Jangan s3ksa saya, dia atau pon saya berhak untuk hidup bahagia.

Dia memang tak kan cerai kan saya, pada saya sebab dia Takut nanti orang akan pandang dia yang bermasalah sebab ni dah rumahtangga kedua untuk dia.

Kalau nak cerita bab bergaduh sahaja, memang saya kena buat confession lain. Sebab banyak sangat.

Cukup lah pembaca tahu yang suami saya ni Mr Perfectionist, tak boleh salah, semua kena ada logik akal, semua kena sains, kena academic, kena Bagus etc., memang stress kehidupan masa tu.

Sampailah kemuncaknya tahun 2012.

Ramadan 2012, MIL akan ke Mekah, untuk umrah, berpuasa dan berhari raya di sana. Dua hari sebelum ramadan, kami sekeluarga hantar MIL ke airport, dan saya masih ingat moment tu.

Di airport, saya fikir inilah ikhtiar terakhir sebelum saya betul2 menyerah kalah dalam perkahwinan ni. Saya tak boleh tulis di rumah, dia akan tahu dan nanti akan jadi gaduh, meleret2 ke isu yang takde kaitan.

Saya pernah menulis diari, dia baca, dan kami gaduh. Dan akhirnya segalanya saya pendam dalam hati, dan akhirnya lupa sendiri.

Moment di airport tu, fully submission I would say.

Saya berlari pergi pinjam pen di kaunter info, mintak kertas sikit, masa pon dah suntuk, saya tulis doa yang saya nak MIL bacakan masa di sana nanti. Segala yang terfikir, terluah terlintas di minda saya tulis di kertas tu.

Saya tulis segala doa saya khusus untuk suami saya di kaunter Info tu dengan juraian airmata. Ya, hanya doa untuk suami. Takde pon doa nak anak ke apa. Saya fikir, ada sebab kenapa saya masih belum dikurniakan anak masa tu.

Doa saya- Saya mintak Allah kurniakan saya suami yang baik, yang tak baran, yang bertolak ansur, yang membimbing saya, yang betul2 sayangkan saya, dan yang penting suami yang membahagiakan saya.

Ya Allah, saya nak suami betul2 berubah. Ya Allah, kau tahu apa segala yang terbuka di hati aku. Kau makbulkan lah segala doa2 aku, Walaupon tak sempat saya tulis di kertas tu.

Sesudah bersalam, saya peluk MIL, saya bagi dia kertas tu, saya bisik kat dia mintak dia bacakan doa2 tu di sana.

15 hari ramadan, kami gaduh besar, walaupon punca dari hal kecik je, dia akhirnya pukul saya. Itu lah kali pertama dan harapnya yang yang terakhir.

Kebetulan malam tu, sepupu saya ajak berbuka puasa di rumah dia, saya amik peluang tu, pergi rumah dia bersama suami dan cerita kan segalanya kepada sepupu saya. Dia yang berpangkat kakak, dan lebih tua dari kami, menasihati suami, dan suami hanya tunduk mendengar.

Dalam kereta masa balik ke rumah, kami diam seribu bahasa. Sampai di rumah, dia sapukan minyak kat luka2 saya. Dia menangis, dan mintak maaf.

Kehidupan diteruskan seperti biasa, dengan saya kembali ke rumah kami, jauh dari keluarga sekali lagi.

Dan kali ni ternyata suami betul2 berubah menjadi suami seperti doa2 saya yang dibacakan MIL di Mekah. 180 degree perubahan!

Saya perlahan2 sedar perubahan dia. Perubahan yang perlahan, tapi saya senang dan bahagia. Tiada lagi ungkit mengungkit, baran marah. Dan yang paling nyata- Dia semakin dekat dengan agama. Alhamdulillah.

Akhirnya, tahun 2013, saya dikurniakan cahayamata. Fast forward, 2014 saya tergerak hati untuk bertanyakan MIL pasal doa2 saya.

MIL bagitahu, malam ke 15 ramadan dia di sana, dia demam teruk. Tapi dia tetap bacakan doa2 saya sebab dia tahu anak lelaki nya macamana. Sampai hancur kertas doa tu dia baca untuk kebahagiaan rumahtangga kami.

Terima kasih Mak. Alhamdulillah, Berkat doa yang mak baca di sana lapan tahun lepas, saya dapat suami yang cukup baik. Baik dari segala segi. Pendek kata, dia memang husband material yang semua wanita inginkan. Dari segi rupa, pekerjaaan, segala galanya. Saya bersyukur sangat.

Bergaduh selisih pendapat hal kecik2 semua tu , lumrah asam garam rumahtangga. Saya boleh terima. الحمد لله. Semua itu mematangkan kami.

Semoga jodoh yang baik Ini berkekalan. Saya juga doakan pembaca semua dikurniakan rumahtangga yang baik berkekalan hingga ke Syurga Allah. Pastikan kita betul2 mintak pada Allah, sebelum menyerah kalah.

Maaf jika ayat susunan jalan cerita berterabur. Terima kasih sudi membaca.

– Mrs A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *