Rumusan Hidup Tahun 2020 (Tahun Kereta Terbang Katanya)

Assalamualaikum buat pembaca budiman. Terima kasih kepada pihak admin sekiranya sudi publish penulisan aku yang tak seberapa ini.

Sedikit pengenalan ringkas mengenai aku ialah, aku Haz, umur lewat 20an, single n available, asal negeri serambi Mekah, dan berstatus student.

Penulisan aku ni, takda la something yang serius. Tapi lebih kepada sharing dan santai santai mengenai rumusan hidup aku pada tahun 2020. Tahun kereta terbang katanya.

1. Pulun daftar Phd

Sejujurnya aku start pulun untuk daftar Phd in Marine Science (asalnya Aquatic Science. Pastu kena bahan ngan member n sv suruh tukar kos, maka finally aku applylah pertukaran kos n jadi lah Marine Science) since November 2019 lagi sebab aku nak kejar permohonan biasiswa.

Lepas konvo master tahun lepas (2019), sambil sambil buat RA, terus aku decide untuk sambung study lepas aku reject offer dari satu company Aquaculture kat Kluang Johor. Lepas ja aku daftar phd, terus aku apply biasiswa n aku dapat shortlisted untuk di interview.

2. Covid 19

Since aku intake Feb 2020, maka aku dijadualkan untuk interview biasiswa pada bulan March 2020. Tapi sebab covid 19 n PKP, maka tertunda lah iv tu selama 3 bulan.

Dan selama 3 bulan aku kat rumah family, aku belajar lah skill meniaga since mak aku adalah seorang peniaga kedai runcit.

Banyak la yang aku gagahkan diri untuk belajar skill meniaga ni since aku kat rumah memang langsung takda pendapatan lain. Tak macam kakak aku yang cikgu tu. Bangun tengahari macam tak buat apa kerja kat rumah tu pun, gaji still jalan.

Bengang gak ah aku ngan dia. Tapi biar lah. My bad jugak sebab pernah cakap ngan interviewer yang aku tak nak masuk maktab n jadi cikgu. Hahaha. Mendapatla sekarang (waktu tu).

3. Drive kereta

Macam pelik kan ngan point ni. Hahaha. Well, sepanjang aku study degree n master, aku tak pernah drive kereta ke mana mana. Ada ja driver yang sudi tumpangkan aku ke mana mana kalau perlu (Grab atau kawan lah. N lepas tu aku bayar lah deme. Huhu).

Maka, setelah bertahun tahun tak drive kereta sendiri, maka berkarat la skill drive aku. Takde la teruk sangat karat tu. Cuma confidentnya makin low lah.

Makanya, time pkp tu lah waktu aku belajar balik cane nak gain confidence in driving. Pkp kan orang tak leh keluar sangat. Kalau keluar pun 2 atau sorang ja yang dibenarkan. So, dari situ lah aku belajar drive balik sambil sambil cari barang keperluan kedai (beras terutamanya).

Hampir jadi panic buying n barang mentah tak berapa cukup kan.

4. Raya dan Puasa di rumah bersama keluarga

Yang ni, aku maksudkan adalah dengan sepenuhnya berpuasa dan beraya di kampung halamanku. Juga maksudnya ialah aku bangun bersahur dan berbuka dengan propernya. Kalau sebelum ni kat rumah sewa time study, aku tak pernah bangun sahur n makan apa apa.

Kalau nasib aku baik, aku bangun minum air masak sahaja. Kalau tak, aku akan tersedar lepas azan subuh. Maka teruskan la berpuasa di hari tu. Dan bila duk kat rumah family, memang kenyang sebuntal buntalnya bila berbuka n kemudian, tarawih sendiri di rumah.

Dengan cuaca yang panas ya amat, aku ada nak buat pengakuan yang aku ada ponteng puasa selama 2 hari sebab tak tahan sangat dengan cuaca panas. aku teman mak aku jaga kedai runcit n kedai tu panas nak mampus.

Maka, aku pun gi la dapur n senyap senyap minum air coway. Huhu. Serius tak menyesal dan tak rasa berdosa pun sebab aku memang dah tak tahan dua hari tu. aku ingat lagi lepas aku ‘berbuka’ tu, mata aku terus segar n sakit kepala aku terus hilang.

aku fikir, kalau aku teruskan jugak puasa hari tu, mungkin aku akan kena heat stroke. Dan beraya pun, kami beraya ala kadir ja. Eh eh. Ala kadar ja. Hahaha. Takde la jahit baju raya n sedondon bagai. Bersederhana sajor.

5. Sektor kerja dibuka Kembali

June 2020, aku terima panggilan kerja meneruskan kerja sebagai RA di university aku. Btw, its normal bila kau status student dan kau kerja sebagai RA.

Cumanya, aku ni, RA yang langsung takda kaitan ngan scope study aku, tapi masih di bidang yang sama. Aku jadi RA dekat satu institute ni, since Januari lagi.

Tapi terstop sebab pkp kan. Maka, naik dari June tu, aku kena lah ganti working hours aku. Straight selama 2 bulan. Btw, aku kerja ikut jam sahaja dan bukan full time. Berpatutan dengan bayaran yang diterima. Huhu. Syukur seadanya. Tak nak komplen lebih lebih.

Dalam tempoh aku ganti working hours tu, banyak la aku merantau n join sampling n project. It was really a nice memory n wonderful experience going out for I would say ‘luxury’ sampling sebab kami satu team dengan international students.

Mengikut pemahaman aku (betulkan kalau aku salah), kita agak kena jaga air muka sikit bila dengan international students ni. Makan kena have have. Tempat penginapan kena have have. Huhu.

Ngan kami student local pun alhamdulillah dapat merasa gak walaupun kadang kadang rasa macam kuli batak je buat kerja tak dapat upah.

Kerja pulak, kerja overtime. Tapi takpa lah. Janji segala galanya free n kami Cuma perlu sumbang tenaga sahaja (walau nak patah tangan rasa mengorek core n patah pinggang mengangkut air dari gigi pantai).

Seriously dalam masa beberapa bulan aku naik kerja tu, macam macam tempat dah kami pergi seluruh semenanjung ni (Forest city, Johor; Middle bank, Penang; Pulau Tinggi, Johor; Pulau Bidong, Kapas n Redang, Terengganu; Pulau Merambong, Johor).

Yang aku tak join direct tapi masih attach n tolong proses sample ialah Pulau Tenggol dan Perhentian, Terengganu. Seriously such a nice experience.

6. Interview n biasiswa

Alhamdulillah dalam aku menggila sampling situ sini n buat kerja RA dan langsung tak sempat nak sentuh study phd aku, aku dapat tarikh baru untuk interview biasiswa. Nasib baik memang dah lama ready, aku iv lah thru webex n result pun keluar la tak lama tu.

Alhamdulillah aku dapat biasiswa selama 2.5 tahun untuk study aku berkuatkuasa October 2020.

Btw, untuk semester feb hingga June, kami pelajar postgrad dapat penangguhan semester dan alhamdulillah memang tak kacau study aku sikit pun. I would really have to say yang ini ialah such a blessing in disguise.

Menyusul dengan offer biasiswa tu, maka aku diterminate kerja RA aku. Sedih gak. Tapi aku fikir untuk jangka masa panjang la n aku pun memang lepas pada tu boleh focus study aku sepenuhnya. Langsung tak perlu habiskan office hour aku untuk kerja RA.

Maka since then dan sehingga kini, aku sepenuhnya spend masa aku untuk study aku. Alhamdulillah aku dah settle proposal defence n December hari tu aku patut sampling kat coastal area.

Tapi disebabkan ombak sangat kuat dan boatman nasihatkan kami supaya tak turun laut, maka aku ngan team berhuhu aja lah. Segala preparation mental n fizikal dah buat. Tapi end up, hanya jadi untuk shooting ja. Event boss. Huhu lah lagi sekali aku.

7. Berkenalan dengan si dia.

Kelakar. Tapi itu lah yang terjadi. Nich.. a Chinese guy, phd student in one of universities in China.

Aku malas nak ulas detail hal dia sebab hubungan kami tak panjang pun. Tapi ada cubaan untuk bawak ke pengetahuan orang tua, tapi ayah dia tak terima sebab dia kena convert to Muslim.

Memang ayah dia tak setuju n siap nak halau dia dari rumah. Nasib baik aku tak sayang sangat lagi dia dan tak serah apa apa pun lagi kat dia.

Cuma aku doa ja dan aku percaya, Allah dah jawab doa aku tu dengan cara jauhkan dia dari aku sebab sekarang banyak benda lagi tak settle dalam hidup aku.

Study, kerja, family, harta, hiburan. Sangat sangat kucar kacir lagi. Maka, aku pun tak bersedih langsung dan move on dari hidup in relationship yang putus tu. Sebulan ja tempoh kami berkenalan. Huhu.

Sekian, itu sahaja rumusan hidup aku untuk tahun 2020, kereta terbang katanya. Apa apa pun, perancangan Allah itu cukup cantik. Kita hanya perlu teruskan berusaha, doa dan tawakkal.

Untuk tahun 2022, roughly alhamdulillah. Doakan aku, guys. Semoga aku dapat tamatkan pengajian phd aku sebelum biasiswa habis (walau nampak macam mustahil ja). Huhu. Semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t. Insyaallah.

– Haz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *